Monday, August 29, 2011

selamat pulang ke 'kampung'

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Wa lillahil hamd.

masjid 'aisyah : ihsan google

Dalam setiap siri kuliah saya, saya tidak pernah lupa untuk berpesan kepada para jamaah yang hadir utk tidak lupa mengucapkan syukur kepada Allah taala.

Kerana Dia tak pernah lupa untuk mengurniakan nikmat-Nya yang terlalu luas kepada kita.
Betapa sangatlah ringan kewajipan kita untuk mengucapkan syukur atas pemberian yang tidak lain hanya memberikan kebaikan kepada kita jua.

Dan terkini, kerana kita telah diizinkan Allah untuk menyempurnakan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, dan menghirup udara syawal yang baru menjelma beberapa ketika lalu.

Bermakna, kita sekarang menyambut 'Eidul Fitri, perayaan kembali kepada fitrah.
Usai sebulan dalam Ramadhan, kita mendidik nafsu dengan lapar dan dahaga, kita membasuh nafsu dgn pelbagai amalan sunat, lantas saat ini kita mengecapi pengembalian kita kepada fitrah.

Tepuk dada, tanyalah diri kita.
Benarkah kita telah kembali kepada keadaan kita yang suci dari dosa setelah diampunkan Allah hasil dari ta'abbud kita Ramadhan lalu?
Atau, 'Eidul Fitri kita hanya ucapan lalu lalang di bibir?

Dan seterusnya, marilah kita melakukan 'post mortem' bagi Ramadhan yang lepas.
Di manakah kelemahan kita, kekuatan kita, peluang yang terabai dan di mana perlu kita tambahbaik.
Moga andai kita ditakdirkan bertemu Ramadhan akan datang, ia pastinya lebih baik dari tahun ini.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Moga Allah terima amalan kita semua.

Mohon maaf andai ada hati yang terguris, hak yang tak tertunai.
Sama-sama kita usahakan perbaiki diri dalam perjalanan pulang ke kampung akhirat.

Monday, August 8, 2011

Hitung Hari.


Matahari menyinar cerah, menyebarkan bahangnya ke seluruh pelusuk bumi.
Saat ini jam menunjukkan pukul 2.30 petang, 8 Ogos 2011.
Hari ke-8 umat islam di Malaysia menghirup udara dari atmosfera Ramadhan.


Kita masih ada dari 21 hingga 22 hari lagi sebelum Eidul Fitri menjelma.
" sigh. Lamanya. 22 hari lagi nak puasa. Aduh.."

"Taktaulah boleh tahan ke tak lagi 22 hari lagi ni. 8 hari pun dah seksa"

"Hmm..Sabar..Sabar.."



Namun kita juga masih punya satu sudut lain untuk kita melihat.
"Dah 8 hari dah Ramadhan ni, aku ada lagi 22 hari je nk rebut pahala berganda ni"

"Dosa aku bulan2 lepas punyala banyak, agak2 amalan bulan Ramadhan ni boleh tak nak cover balik?
Ish, tak boleh jadi ni. Kena banyakkan lagi amalan. Ada lagi 22 hari je lagi tinggal"

"Bulan-bulan lain nak khatam quran sebulan sekali pun susah. Harap-harap Ramadhan ni bolehla paling kurang sekali"

"Lailatul Qadar dah dekat. Kalau aku masih main-main ibadat aku, nanti boleh ke aku nak push diri aku 10 malam terakhir nanti?"


agaknya kita akan lebih menghargai Ramadhan, andai kita ke hospital dan doktor memberitahu,
"awak cuma boleh hidup antara 20 hari ke 30 hari je lagi"

Saturday, April 16, 2011

2 ekor kucing di persimpangan.


suatu petang, di sebuah persimpangan.
2 ekor kucing, Ahmad dan Bakar sedang bersenang-senang.


sungguhpun mereka berdua hanyalah 2 ekor kucing buangan, namun mereka bersyukur.
mereka bersyukur kerana mereka bukan manusia.
yang akan dipertanggunjawabkan atas apa yang diperlakukan.

tidak lama kemudian, berlalu seorang manusia dengan menunggang motosikal.
motosikal tersebut masih jelas kelihatan kilatannya.
dan nombor platnya juga menunjukkan bahawa motosikal tersebut masih baru.

dek kerana lajunya motosikal yang ditunggang, habuk-habuk berterbangan, mengaburi pandangan.
daun-daun kering yang ditiup angin kencang bawaan motosikal tadi menambah tutup pandangan.
Ahmad dan Bakar yang sedang bersenang-senang minum petang, jadi terganggu rehat mereka.

Ahmad : Heeiii... Laju betul dia tu naik moto. Dahla lesen L lagi. Manusia, manusia.

Bakar : Hahaha.. Mau tau laa.. Biasa la tu..

Ahmad : Selalu petang-petang memang diorang bawak moto laju-laju ke?

Bakar : Taklah. Baru hari ni je.. Eh, kau tau tak, aku boleh teka yang naik moto tadi tu laki ke perempuan.

Ahmad : Eh, kau ni biar betul? Kau kasyaf ke? Okay, cuba bagitau aku, yang tadi tu lelaki ke perempuan?

Bakar : Perempuan.

Ahmad : Kau yakin?

Bakar : Yakin.

Ahmad : How can you be so sure?

Bakar : Haha..Ahmad, Ahmad. Aku ni sebulan tua dari kau, tau tak? Cuba kau tarik nafas dalam-dalam. Kau ada bau sesuatu, kan? Itu bau perfume. Dan itu bau perfume perempuan.

Ahmad : Ooo.. Bijaknya engkau, Bakar.

Bakar : Simple je, Ahmad. Kalau bau perfume sebatu tu, mesti perempuan punyalah.

Menyedari simpang itu terlalu sibuk dan mengganggu minum petang mereka, mereka pun menukar lokasi minum petang mereka ke masjid. Kerana menurut Bakar, waktu petang begini, tiada siapa untuk mengganggu mereka di masjid.

"Wangian bagi lelaki adalah wangian yang keras aromanya dan pudar warnanya. Dan wangian bagi wanita adalah wangian yang jelas warnanya, dan tidak keras baunya"

H.R Tirmidzi

Thursday, March 31, 2011

let's islamize knowledge.


sekarang saya cuti panjang. maksud saya sejak sebulan lalu.
saya yakin rakan-rakan sedia maklum tentang itu.
dan cuti saya masih berbaki sebanyak 5 bulan.

tentunya orang yang punyai cuti sepanjang 6 bulan ini mencari-cari kerja sambilan.
untuk mengisi masa lapang,
untuk mencari wang poket,
dan untuk mencari pengalaman.
tak kurang juga yang mahu berbakti kepada masyarakat.

dan baru-baru ini keputusan SPM diumumkan.
secara umumnya, generasi di bawah saya kebanyakan telah maju beberapa tapak.
semakin ramai yang mampu memperoleh keputusan yang lebih cemerlang berbanding generasi kami.

dan tentunya mereka lega setelah selesai mengemaskini borang UPU mereka,
yang ditutup petang tadi, kalau tak silap saya.

mungkin terlewat sedikit, namun saya menyeru adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai halatuju.

kenapa?

Islamization of Knowledge.

sila beritahu saya, jika ada mana-mana universiti lain yang menawarkan Islamization of Knowledge.

saya tidak memandang rendah mana-mana universiti lain.
bahkan, UIAM bukanlah sehebat UKM, UM ataupun USM.

UIAM hanya menduduki tempat pertama bagi kategori universiti awam.
bukanlah universiti penyelidikan atau apa-apa status lain.

namun saya kongsikan untuk anda betapa pentingnya Islamization of Knowledge.
ini pengalaman saya mengajar tuisyen intensif PMR. Subjek Sains.
dan saya mampu lakukan itu, kerana saya diajar sebegitu di UIAM.

*****

"Try telling me, why do we, and why do you guys need to learn this topic,
about elements, matter, compound and mixture. Tell me why?"

"Emm..sebab tajuk lepas ni ada sentuh pasal ni kot?"

"Tell me, what are the purposes of our creation on Earth?"

"Untuk buat baik?"

"OK lah. Berpandukan Quran, kita diciptakan atas 2 tujuan.
Yang pertama, kita dicipta sebagai Khalifah. Allah sebut dalam Quran, Surah Al-Baqarah ayat 30.


dan tujuan penciptaan kita yang kedua adalah, kita dicipta sebagai hamba. Untuk beribadat kepada Allah. Surah Az-Zaariyaat, ayat 56.

Khalifah, dari perkataan 'Arab "Khalafa", maksudnya menggantikan.
Bukannya menggantikan due to absence, tapi menggantikan in the presence of. Atau dengan erti kata lain, menggantikan dengan sebab diamanahkan atau disuruh mengganti.

Kita menjadi Khalifah Allah, bermaksud kita menggantikan Allah, tapi bukan menggantikan dengan sebab Allah itu tiada. Tapi kerana Allah mengamanahkan kepada kita untuk menjalankan tugas untuk memakmurkan bumi.

Faham?"

"Ooo.. Baru faham.. Ustaz tak pernah cerita pun kat kami"

"Ok, kalau kita dicipta sebagai Khalifah, yang selain dari kita ni dicipta untuk apa? Lembu, kambing, kerbau, harimau, pokok, ikan. Semua tu dicipta untuk apa?"

"Untuk kita guna lah. Nak makan, nak buat rumah"

"Betul. Quran memang ada sebut pasal tu. Dalam Surah Al-Mulk, ayat 15.

Dialah yang menjadikan Bumi ini sebagai subservient maka berjalanlah atas Bumi ni,
dan makanlah apa yang Allah bagi. Tapi ingat, kita semua akan dikembalikan kepada Allah.

Okay apa tu subservient?"

"Taktau"

"Subservient tu, macam contohnya, kita ni hamba. Dan bumi ni pulak hamba kepada kita. Maksudnya hamba kepada hamba. Itulah subservient.

Allah kata, Dia ciptakan bumi ni sebagai subservient, maksudnya kita boleh guna apa saja atas bumi ni, buatlah apa yang kita nak. Nak tebang pokok ke buat bot ke, nak buat rumah ke, buatlah. Tapi ingat, macam mana kita guna tu, akan ditanya di akhirat nanti.

Intipatinya, Allah dah bagi green light kat kita untuk kita gunakan apa saja atas dunia ni.
Tapi macam mana kita nak guna kalau kita tak kenal apa yang kita nak guna?

Contohnya, air yang kita minum. Dibuat daripada 2 molekul Hidrogen dan satu molekul Oksigen.
Kalau kita tau macam mana nak gabungkan hidrogen dgn oksigen tu, kita boleh buat air tanpa perlu beli kat kedai. Ha. Best tak?"

"Jimat duit.. Boleh bayar duit tuisyen kat cikgu"

"Jadi untuk tau semua tu, sebab itu kita belajar pasal matter, elements, mixture dan compounds ni. Dan saja saya sebut ayat quran tu semua, supaya kita semua ingat, walau macam mana pun kita gunakan sumber atas bumi ni, kita akan dipersoal"

*****

Itu contoh Islamization of Knowledge yang saya sendiri cuba terapkan.
Terinspirasi dari guru biologi saya, Sir Mahathir Azhari.

Apa komen anda?

Thursday, March 3, 2011

sentuhlah hati.

sentuhlah hati.

hati itu suatu anugerah. hati itu penentu gerak geri manusia.
penentu baik buruk manusia.
kita semua tahu tentang itu.

ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada segumpal darah. sekiranya ia baik (segumpal darah itu), maka baiklah seluruh jasad itu. dan sekiranya ia buruk (segumpal darah itu), maka buruklah seluruh jasad itu. ketahuilah, bahawa ia adalah hati.

H.R. Bukhari
sungguhpun begitu, amatlah tidak patut untuk kita menilai dan menghakimi seseorang.

"kau tgk budak tu. kucing pun dia tendang. jahat betul"

"kalau dah hati tu jahat, luar pun jahat"

saya tergelak seketika mendengarkan dialog tersebut.
betul. mereka memahami hadis tersebut, kanak-kanak 6 tahun tersebut, namun untuk menghakimi seseorang, bukanlah sikap seorang da'ie.

"wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa"

Al-Hujurat 49:12

dan itulah tanggungjawab kita sebagai da'ie. tanggungjawab dan juga strategi.
sesungguhnya apabila kita melihat keburukan manusia, itu akan menjauhkan hati kita daripada mereka. dan itu akan menyukarkan kita untuk mengajak mereka ke jalan koreksi.

ya, betul.

mendekati kanak-kanak tidak sama metodenya seperti mendekati seorang perompak.

tapi saya kongsikan satu kunci yang sama.
sentuh hati mereka.

dengan cara itu hati mereka akan lebih terbuka untuk menerima apa yang kita ingin sampaikan.

namun, wahai da'ie sekalian.
perkara yang paling utama adalah,
sentuhlah hati sendiri.

kerana hati yang mati takkan mampu menghidupkan hati lain yang mati.

Friday, February 18, 2011

matlamat yang berlari-lari.


"Begin with the end in mind"

Quoting itu saya terima kira-kira ketika saya sedang menuntut di tingkatan tiga. (Atau mungkin dua). Ketika itu saya menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training). Dan saya tahu, quoting ini cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang berlabel 'orang persatuan'.

Apapun fokus utama saya adalah, quoting tersebut menggesa kita supaya kita memiliki sebuah matlamat. Sebuah cita-cita. Sebuah hala tuju. Atau sekurang-kurangnya sebuah target.

Dan itu juga sebahagian daripada ajaran Islam.

Apabila Allah berulangkali menyebut soal syurga dan neraka, Allah mengajar kita untuk memilih matlamat hidup. Apakah matlamat kita, mahu ke syurga atau ke neraka?

Dan itulah sebaik-baik matlamat.
Di sebalik itulah tercatat dan terselit ciri-ciri sebuah matlamat.



MATLAMAT YANG JELAS.

Syurga atau neraka merupakan dua matlamat yang jelas. Tidak kabur, meskipun ghaib.
Islam tidak mengajar kita untuk mencari matlamat yang kabur seperti, tempat tinggal yang baik, tempat tinggal yang selesa ataupun seumpamanya.

Baik? Bagaimanakah baik itu?
Selesa? Bagaimanakah selesa itu?

Namun andai disebutkan syurga, kita sedia maklum bahawa itulah sebaik-baik tempat tinggal.

MATLAMAT YANG STATIK.

Syurga, seperti yang kita ketahui, sememangnya statik. Syurga itu tidaklah boleh berubah-ubah.
Tidaklah syurga itu, suatu hari nanti akan beralih menjadi suatu mimpi ngeri.
Tidak pula syurga itu, suatu hari nanti akan berubah menjadi suatu penjara penyeksaan untuk menyiksa penghuni-penghuninya dengan segala bentuk penyeksaan yang memeritkan.

Syurga itu kekal sepertimana yang dikhabarkan, kerana syurga itu berada di dalam sebuah dunia yang tidak ada perubahan dalamnya.

Kerana itulah, dalam syurga, para penghuninya akan kekal muda, walau 1000 tahun berlalu.

FALSAFAH YANG DILUPAKAN

Dua elemen ini, dalam pembentukan sebuah matlamat, seringkali dilupakan.

Dalam kursus-kursus motivasi, apabila matlamat dipersoalkan, seringkali yang diterima, hanyalah jawapan-jawapan yang umum, yang tidak jelas, dan tidak statik.

Kerana apa?

Kerana jawapan-jawapan tersebut semuanya berpaksikan dunia. Dunia seperti yang kita tahu, dunia yang sentiasa berubah, dan yang akan sentiasa berubah.

Contohnya mudah.
10 sen pada zaman nenek saya merupakan suatu nilai wang yang sangat besar.
Namun pada hari ini 10 sen, andai jatuh tercicir pun, tiada siapa yang mahu mengutip.

Dunia berubah, bukan?

Demikian juga matlamat hidup bekerjaya.
Ramai di kalangan kita sekadar mahu menjadi seorang yang berjaya, apabila ditanya tentang cita-cita.

Kadang-kadang saya ketawa. Kerana rapuhnya jawapan tersebut.
Tapi kadang-kadang saya terdiam. Kerana andai dia menyandarkan 'kejayaan' pada

Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
At-Taubah 9:89
dan beberapa ayat yang sama maksudnya, maka kejayaan yang dia kejar memang berpaksikan suatu sendi yang sangat kukuh.

Itu matlamat dalam bekerjaya.
Bagaimana pula dgn matlamat dalam berumah tangga?

Mereka menjawab, "isteri yang cantik", "isteri yang pandai", "isteri yang begitu-begini".

No offense.

Saya okay saja dengan semua jawapan tersebut.
Tapi saya cuma ingin bertanya, apakah semua itu akan menjamin kesinambungan rumahtangga anda?

Bagaimana jika isteri anda tiba-tiba menjadi hodoh? Apakah anda masih sudi bergelar suaminya?
Ataupun tiba-tiba hilang ingatan. Apakah anda masih sudi bersamanya?
Ataupun tiba-tiba hilang ciri-ciri yang anda gariskan. Mahukah anda untuk terus bersamanya?

Kita semua tahu hadis nabi,

The Prophet said, "A woman is married for four things, i.e., her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers.

hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya.
Lantas, kenapa tidak kita letakkan agama sebagai kayu ukur bagi isteri kita?

Sebagai penutup, saya suka sekali untuk mengajak kita bermuhasabah.

apakah matlamat kita dalam bekerjaya?
dan apa pula matlamat kita dalam mencari teman hidup?

yang paling penting, apa matlamat kita dalam menjalani kehidupan seharian?

Tuesday, February 8, 2011

kita dan quran.


seketika soalan ini berlegar dalam minda saya.
saya akui, memang ada isu lain yang lebih hangat dibincangkan. isu mesir, isu politik semasa, isu najib dicabar itu, isu najib kata ini tapi maksudnya itu minyak turun dan sebagainya.

saya seringkali berbincang dgn dua tiga sahabat, empat lima rakan dan enam tujuh teman tentang akar umbi segala fasad yang berlaku dalam dunia seharian.
memang persoalan ini terlalu lewat utk dipertanyakan, tapi isu ini bukanlah terlalu lapuk untuk dihebahkan.

segala fasad yang berlaku atas dunia ini, tak kiralah fasad yang bersifat individual, communal, kebangsaan atau antarabangsa, jalan keluarnya hanya satu, iaitu Al-Quran.


namun apa sebenarnya Al-Quran pada kita?
siapa sebenarnya Al-Quran bagi kita?
apa status Al-Quran bagi kita?

pernahkah Al-Quran mendapat tempat di hati kita sebagaimana angka 4.0?
pernahkah terdetik di hati kita rasa rindu terhadap quran sepertimana rindu pada kampung halaman?
pernahkah terdetik dalam hati, rasa ingin selalu membaca quran seperti rasa ingin bermain game?

apa yang jelas dalam masyarakat kita,
kita menganggap quran itu sebagai sebuah kitab suci.
kitab yang suci lagi dihormati. atau saya lebih suka gunakan perkataan sacred.
nak menyentuhnya perlu suci dari hadas.
nak membacanya perlu menutup aurat.
nak menimpannya perlu di tempat yang tinggi.
tapi sekadar itu.

kesedaran bahawa Al-Quran itu suatu kitab yang suci adalah bagus.
tapi baguskah jika kesedaran itu hingga menimbulkan rasa takut untuk menyentuhnya?
baguskah jika kesedaran itu menimbulkan suatu perasaan yang membuatkan kita semakin jauh dari Quran?
dan baguskah kesedaran itu jika ia membuatkan Quran ini hanya perlu dilibatkan dalam majlis2 tertentu?

Bukankah Quran itu suatu kitab suci yang perlu didampingi?
bukankah Quran itu kitab suci yang perlu sentiasa di hati?
dan bukankah Quran itu kitab suci yang perlu menjadi rujukan sehari-hari?

mari sama-sama kita betulkan persepsi.
persepsi masyarakat dan diri.

biarlah Al-Quran itu sentiasa ada di hati.
24 jam di bibir, ia meniti.

Thursday, January 27, 2011

Prinsip Soalan Saya.

Hari ini adalah hari Khamis, dan jam 4-6 petang nanti akan berjalan kelas terakhir bagi saya dan beberapa orang rakan bagi semester ini.

Semester ini, kami dipaksa belajar UNGS2030, UNGS2040 dan UNGS20050 yang masing-masing membawa tajuk "Introduction to Islamic Worldview", "Islam, Knowledge and Civilization" dan "Fiqh and Ethics in Daily Life"

Dan sepanjang sesi kelas berlangsung dari awal semester, saya merupakan antara pelajar lelaki yang paling banyak mengajukan soalan kepada professor. Sebenarnya, saya risau andai soalan-soalan yang saya utarakan kepada professor itu menyinggung perasaan dan keselesaan classmates saya.

Namun pada hakikatnya, jumlah soalan yang saya tanyakan bukanlah banyak sangat pun. Itu kerana saya cuba untuk mengurangkan kuantiti soalan yang ditanya, dan hasil-hasil soalan yang ditanya, hanya soalan-soalan itulah yang kritikal, yang saya rasakan saya tidak boleh simpan lebih lama. Dan antara mekanisme penapisan soalan yang saya gunakan adalah prinsip-prinsip saya dalan bertanya.

Walau bagaimanapun, saya lebih suka untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Maka dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka kepada semua rakan-rakan sekelas, andai ada di kalangan kalian yang merasa tersinggung ataupun annoyed dengan soalan-soalan yang saya utarakan kepada prof. Di sebalik kemaafan yang saya pohon, saya masih mahu kalian tahu, atas dasar apakah saya bertanya soalan. Antaranya :

  1. Saya tidak tahu tentang sesuatu perkara.
  2. Saya tidak pasti akan kebenaran sesuatu teori.
  3. Saya mahu berkongsi akan sesuatu dgn kalian.
Bukankah bertanya soalan itu lebih baik daripada berlagak tahu? :)


p/s: entry ini ditaip pada hari khamis dan dipost pada hari jumaat.

Saturday, January 8, 2011

ukhuwah dan...

in picture : Amer Muttaqin, Musthoffa Syawwal, Umar Zulkifli, Shukri Nordin, Haidar Adnan, Aizat Khodus, Zubair Shamsul Bahri, Nadzmi Che Ramli.

Tiada dalam gambar : FAUZUL KABIR. (kasi besar sikit. haha)


kalau boleh, saya nak letak semua gambar kawan-kawan saya kat sini. tapi nanti bagi mereka yang menggunakan iium-community, kene tunggu sehari pulak nak bukak satu post ni :)
just joking :)

pengalaman mengajar saya, bahawa ukhuwwah itu tak mungkin dapat dibina hanya dari hasil sebuah program. Proses pembinaan ukhuwwah itu adalah suatu proses yang berpanjangan.
Walaupun anda tinggal sebilik dgn seseorang selama bertahun-tahun, itu tak menjanjikan sebuah ukhuwwah. Walaupun anda sekelas dgn seseorang itu selama 2 sem, itu masih tak menjanjikan kuatnya sebuah ukhuwwah.

Saya bukanlah seorang yang setiap hari memberikan bunga ros kepada mereka2 yang membuatkan hari2 saya menjadi hari2 yang terindah, dan bukan juga seorang yang setiap hari menyusun kata2 indah untuk dihantar kepada sahabat2 tersayang dan dihargai untuk membuatkan kalian rasa dihargai.

Bahkan, kalian akan termuntah saat kalian menerima kuntuman bunga dan kata2 tersebut. kalian kan lelaki :)

Namun apa yang mampu aku titipkan buat kalian adalah layanan yang terbaik sehari2.
Tidak mengecilkan hati2 kalian dgn kata2 yang mungkin mengguris hati kalian, (aku masih mencuba) dan mungkin yang masih gagal aku lakukan adalah beberapa, seperti ithar.

Above all, aku bersyukur kerana kalian dihadirkan ke dalam hidupku :)