Saturday, March 14, 2009

saya kena berfikir!

to be perfect is to change often


tiba-tiba saya teringat proverb ni.
bukan nak poyo, tapi agak poyo jugaklah.
(entah apa yang saya taip ni.haha)

saya baru 18 tahun.
baru-baru ni kawan saya dah masuk 19 tahun.
nampak sangat saya masih muda.
(maksud saya muda bukanlah lambat lagi nak mati. tapi nampak sangat saya masih banyak kena belaja. betul kan?)

saya sedari dalam 18 tahun ni, terlalu banyak salah yang saya buat dan terbuat.
ada yang saya sedari, dan banyak yang saya tak sedari.
ada yang salah yang pada hakikatnya betul dan teramat banyak yang pada hakikatnya saya je yang rasa saya betul.
ada yang saya sedari, saya rasa betul, tapi hari ni saya dah tau i was wrong.
(tak reti nak explain dalam bahasa melayu.sorry.hehe)
tapi tetap banyak yang saya masih tak tau salah betulnya.
dan saya, masih dalam pencarian.
bukan mencari jalan.
tapi mencari cara terbaik untuk lalui jalan tu.
merangkak? meniarap? berjalan? berlari? menunggang kuda?
atau semuanya sekali?
sayangnya saya tak tahu di mana saya sekarang.haha

apa yang saya tahu, keadaan saya sekarang adalah amat dinamik.
dinamik dalam erti kata sangat kerap berubah.
berubah dalam mencari kebenaran hakiki.
kebenaran cabang yang hakiki.
dan kesempurnaan sejati.
itu sahaja yang saya faham tentang diri saya.

cuma ada seorang kawan yang faham betapa saya sedang diuji.
bukan saya nak cerita pun, tapi dia yang nak tau.
jadi saya ceritakan.
tapi saya suka berkawan dengan dia.
dia memang kawan sejati.
dan saya tau,
dia adalah rahmat dalam ujian.
jadi saya teramat bersyukur dapat kawan macam dia.


kadang-kadang saya berfikir,
bilalah semua ujian ni nak berakhir.
saya hampir menyerah kalah.
tapi dia tetap bersama saya.
percayalah.
dia memang kawan yang sangat baik.

bila emosi kembali tenang, saya terfikir untuk meletakkan satu jawatan.
(sebenarnya bukan jawatan pun. cuma tanggungjawab. hehe)
biar orang lain pulak yang pikul tanggungjawab tu.
tapi saya kena berkompromi dengan seseorang.
partner saya dalam memikul tanggungjawab tu.
saya kata kat dia,

nak berjuang kena berkorban. taknak berkorban, takyah berjuang.
taknak berjuang, takyah hidup. hidup adalah perjuangan, dan perjuangan bererti pengorbanan. kesimpulannya, hidup adalah pengorbanan. biarlah tanggungjawab ni jadi 1 wasilah tarbiyah untuk tarbiyah kita dalam pengorbanan.

tapi saya akhirnya tetap melepaskan tanggungjawab tu.
(cakap je pandai kan?hehe)

lantas saya tersedar, ujian yang saya hadapi ni juga merupakan tarbiyah.
dan saya takkan terlepas daripada undergo tarbiyah ni.
tarbiyah dari-Nya adalah sebaik-baik tarbiyah.
moga saya terus tabah menghadapinya.

saya ada seorang senior yang saya panggil sensei.
dalam setiap perkara,
dia amat tenang.
sangat berhikmah.
sangat bijaksana.
(ni bukan nak bodek tau.haha)
saya nak jadi macam dia,
sekurang-kurangnya.
tapi pada hakikatnya,
saya nak jadi lebih hebat daripada dia.
(jangan marah,sensei.hehe)

kesimpulannya, saya masih ada banyak untuk dipelajari.
banyak untuk ditempuhi.
banyak untuk diubah.
banyak untuk diperbetulkan.
dan menjadi manusia bukanlah alasan untuk saya terus melakukan kesilapan.
menjadi manusia adalah sebab saya MESTI belajar dari kesilapan.

kerana orang yang melakukan kesilapan lebih faham kenapa dia tak boleh ulang kesilapan yang sama. kan?

jadi saya kena cari apa yang saya perlu belajar dari kesilapan-kesilapan tu.
kenapa saya buat kesilapan-kesilapan tu,
dan macam mana untuk improve.
agar saya tak ulangi kesilapan yang sama.
untuk itu, saya KENA berfikir!

"dan beringatlah wahai ulul albab!"

p/s: bukanlah niat saya nak mencurah rasa hati. tapi sekurang-kurangnya analisalah apa yang saya cuba sampaikan. saya minta maaf kepada semua pihak untuk kesilapan yang pernah saya lakukan, dan doakan saya berjaya tempuhi ujian ni. berjaya dan belajar. saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat Tuan Haji Ismail, Imam Masjid Kelibang, sebab bagi saya peluang untuk baca khutbah. terima kasih banyak.


"saya adalah kanak-kanak yang baru belajar bertatih. melalui siri-siri tarbiyah dan perubahan. perjalanan saya masih panjang. teramat-amat panjang."

Friday, March 13, 2009

Pengisytiharan MLMS : penuh dengan kejutan!

itulah dia.

12 Rabiul Awal 1430.
Bersamaan 9 Mac 2009.

Tarikh itu dan tarikh sebelelumnya serta selepasnya mempunyai pelbagai rahmat yang tersirat.
Rahmat. Tarbiyah. Hikmah.
i hope I learnt well from them.

11 Rabiul Awal 1430, tamat sebuah program tarbiyah jasadi,
dengan tubuh yang sakit-sakit. (I mean it.memang sakit.)
luka di tangan dan kaki.
ditambah dengan serpihan duri yang enggan keluar di tangan kanan.

melangkah pulang ke kampus DQ untuk ambik barang, dan bergerak ke KL, untuk program esok harinya.
Pulang dengan sorg senior, dengan kereta, sempat merehatkan mata. Mata sahaja. hehe

siap ambik barang, dah pegang handphone nak telefon 'teksi', ternampak kereta seorang senior.
Abdullah Hillmee.

"ah.peluang ni.hehe" getus hati saya.

lalu saya mendail nombor senior itu untuk minta jasa baiknya.
nak tumpang ke stesen ktm. hehe

syukur, positif responsnya.

niat hati, cuma nak ke stesen ktm kuala kubu.
tapi insan itu terlalu baik hati. dia tumpangkan sampai ke..
(alah.tak ingat pulak.hehe..tapi memang jauh la)

namun perjalanan itu bukan lah sesuatu yang sia-sia.
memang saya timba pelbagai darinya.
dan sempat menyelitkan lagu
"We Will Not Go Down" nyanian Michael Hearts.hehe

perjalanan itu suatu rahmat.

terfikir pulak nak tidur kat mana malam tu.
tiba-tiba K770i mendendangkan lagu.
nama 'IZZUDIN' tertera.

dia menawarkan penyelesaian.
HPA sediakan penginapan buat kami berdua.
atas sebab-sebab tertentu. (saya pn takmau bagi org saja2 tidur kat hotel)
De' Palma tu..
memang amat bersyukurla.

saya memang dah lama tak tidur kat hotel.
saat tengah sakit-sakit badan, kaki tak mampu melangkah walaupun setapak lagi, saya amat bersyukur boleh menginap kat tempat selesa macam tu.

ada 3 pengalaman yang amat melucukan, tak sampai 10 minit kami menjejak kaki ke dalam bilik tu. amat melucukan. tapi tak perlu la diceritakan kat sini. (hehe..jangan mara ye..)

selesai jama' maghrib dan isyak, izzudin terus menyepi. (letih sangat katanya)
saya tidak tahan dengan suasana sepi. lantas saya pun menyepi. saat jam menunjukkan 1.30.

jam 4.30 pagi, pihak hotel telefon. gerak subuh.
haha..awalnye..
tapi baguslah. sebab tu la kot HPA pilih hotel ni.

jam 7.30 bergerak ke Dewan Tabung Haji.
berlatih dulu dengan izzudin.
lepas tu baru daftar.
tgk2 kena queue 100 meter.
"hai..nyesal tak daftar awal-awal.hehe"

kemudian, melangkah masuk.
keadaan amat-amat mengejutkan.
semua kerusi occupied!
dan ada beratus-ratus yang berdiri.
haha..nak buat macam mana.
berdiri lah jugak.
walau kaki rasa macam nak patah.

"bagi memberkati majlis kita, sama-samalah kita mendengar alunan ayat suci al-quran, dari surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 40 yang akan dibacakan oleh saudara Izzudin bin Zakaria."

saya melihat reaksi Zubair.
ya. Dia terkejut. hehe

12 Rabiul Awal itu memang punyai rahmat, tarbiyah dan hikmah tersendiri.
selepas test power ais krim toyyibah HPA (memang sedap. halus teksturnya. bukan promote, tapi.. itulah. memang promote pun), saya segera bergegas ke stesen monorel Ampang Park.

Destinasi seterusnya, Kuala Kubu Bharu.
ya. memang tepat seperti disangka.
dalam monorel, berdiri lagi.
dalam komuter berdiri lagi.
kemudian naik bas dari rawang.
berdiri lagi.

"takpe. inikan tarbiyah" saya tenangkan diri.

di Kuala Kubu Bharu, menaiki 'teksi' ke Darul Quran.
berlari lagi.
ambik barang.
berlari ke tingkat 4.
berlari ke masjid.
berlari ke asrama.
kaki yang terasa nak patah dah tak terasa nak patah.

kemudian bergegas ke Kuala Kubu lagi.
tunggu bas ke Tanjung Malim.
hampir pukul 8 baru bas sampai.
saya memang takut sangat dah.
takut ketinggalan train.
"takpe. ini pun tarbiyah. kena yakin dgn Allah" saya tenangkan diri lagi.

dalam tren, saya mengambil kesempatan sebolehnya untuk berehat.

tamat 12 Rabiul Awal yang penuh dengan tarbiyah, rahmat dan ujian.

Thursday, March 12, 2009

"this is only a little of my God's bounty"

salam..

lama tak update.
dah bersawang dah blog ni.
(beribu jugak duit habis nk upah orang tlg sapu balik.aha..da mula merepek)

yeah. memang nak update.
idea..memang banyak.
just time constrains. (haha..alasan je tu)

tapi betullah. kan 'kewajipan tu lebih banyak dari masa'?
(tak percaya bukak le pesanan al-Banna.hehe)

well this time i guess I'll just tell stories.
about me.
yeah. who else.

(cte pasal orang lain karang tak pasal2 dapat dosa kering.hehe)

jadi inilah kehidupan saya.

BUKA FAIL PENGALAMAN

[PENGALAMAN SATU]

SATU tarikh penting untuk direkodkan.

jam 11.18 pagi 25 Februari 2009
di Masjid Darul Quran

saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran sebab dah khatam.
30 juzuk Alhamdulillah. (walaupun tak ingat.aha..teruk3.*sampuk ipin*)
tapi insya-Allah, dengan ke'syadid'an ust Ala'uddin, kena ingat jugak. hehe


itulah tarikhnya. (maaf.tarikh hijri tak ingat.teruk3.aha)
tarikh selepas 3 kali tunda sebab banyak sangat keje lain. (sebab saje2 nak menyibuk)
tapi setinggi-tinggi Alhamdulillah jugak.

sempat jugak mencelah bagi ucapan 2 minit.
nak tau apa ucapan saya?
takpelah. biarlah rahsia. aha

[PENGALAMAN SATU TAMAT]

[PENGALAMAN DUA]

SEBENARNYA belum lagi jadi pengalaman.
tapi akan jadi, pada hari jumaat. (eh, hari ni la tu)
13 Mac 2009 (tarikh hijri...err..ala.kena tgk kalendar.hehe)

berbekalkan teks khutbah yang sorang kawan saya buat, dan saya tambah sikit-sikit (pada yang mengarang, jangan marah ye.hehe), saya membaca khutbah di Masjid Kelibang (sebenarnya akan membaca). Sebenarnya inilah saat yang saya ternanti-nanti.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat yang Maha Mendengar Doa, dan terima kasih sebanyak bulu beruang buat Imam Masjid Kelibang, untuk peluang ini. Saya teramat-amat hargai.

saya terkedu.

(ini bukan ujian.ini betul-betul)

jadi doakan lah saya.
moga mesej yang saya nak sampaikan, diterima. Insya-Allah.

[PENGALAMAN DUA TAMAT]

TUTUP FAIL PENGALAMAN


Cukupla sekadar itu apa yang saya ceritakan tentang diri saya.
apa yang personal, biarlah personal.
moga apa yang saya sampaikan sama-sama dimanfaatkan.
lihatlah hikmah dalam segalanya.

"maka berlumbalah ke arah kebaikan"