Saturday, April 16, 2011

2 ekor kucing di persimpangan.


suatu petang, di sebuah persimpangan.
2 ekor kucing, Ahmad dan Bakar sedang bersenang-senang.


sungguhpun mereka berdua hanyalah 2 ekor kucing buangan, namun mereka bersyukur.
mereka bersyukur kerana mereka bukan manusia.
yang akan dipertanggunjawabkan atas apa yang diperlakukan.

tidak lama kemudian, berlalu seorang manusia dengan menunggang motosikal.
motosikal tersebut masih jelas kelihatan kilatannya.
dan nombor platnya juga menunjukkan bahawa motosikal tersebut masih baru.

dek kerana lajunya motosikal yang ditunggang, habuk-habuk berterbangan, mengaburi pandangan.
daun-daun kering yang ditiup angin kencang bawaan motosikal tadi menambah tutup pandangan.
Ahmad dan Bakar yang sedang bersenang-senang minum petang, jadi terganggu rehat mereka.

Ahmad : Heeiii... Laju betul dia tu naik moto. Dahla lesen L lagi. Manusia, manusia.

Bakar : Hahaha.. Mau tau laa.. Biasa la tu..

Ahmad : Selalu petang-petang memang diorang bawak moto laju-laju ke?

Bakar : Taklah. Baru hari ni je.. Eh, kau tau tak, aku boleh teka yang naik moto tadi tu laki ke perempuan.

Ahmad : Eh, kau ni biar betul? Kau kasyaf ke? Okay, cuba bagitau aku, yang tadi tu lelaki ke perempuan?

Bakar : Perempuan.

Ahmad : Kau yakin?

Bakar : Yakin.

Ahmad : How can you be so sure?

Bakar : Haha..Ahmad, Ahmad. Aku ni sebulan tua dari kau, tau tak? Cuba kau tarik nafas dalam-dalam. Kau ada bau sesuatu, kan? Itu bau perfume. Dan itu bau perfume perempuan.

Ahmad : Ooo.. Bijaknya engkau, Bakar.

Bakar : Simple je, Ahmad. Kalau bau perfume sebatu tu, mesti perempuan punyalah.

Menyedari simpang itu terlalu sibuk dan mengganggu minum petang mereka, mereka pun menukar lokasi minum petang mereka ke masjid. Kerana menurut Bakar, waktu petang begini, tiada siapa untuk mengganggu mereka di masjid.

"Wangian bagi lelaki adalah wangian yang keras aromanya dan pudar warnanya. Dan wangian bagi wanita adalah wangian yang jelas warnanya, dan tidak keras baunya"

H.R Tirmidzi