Wednesday, January 7, 2009

companies to boycott..

























  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

  • Timberland


p/s: ada apa dgn boikot? tanda protes semata-mata? lebih dari tu! tanya saya ;-)

Tuesday, January 6, 2009

Israel is Immune From Criticism

A Galaxy of Partisan Propagandists

Israel is Immune From Criticism

By BRIAN CLOUGHLEY

The state of Israel has descended – plummeted – to one of the lowest levels of conscious barbarity that is currently evident in this horrible world.

Any nation that has behaved towards a subject people, as Israel has to Palestinians, is worthy only of utter contempt. On Sunday January 4 I heard a rabbi on the BBC's morning religious program saying that he supported Israel 's air strikes on Gaza . A man of God actually endorsed the killing of hundreds of people. To say that I was – and am – aghast at the sentiment expressed is to put it very mildly. This religious leader, a person supposed to spread and preach tolerance, patience, charity and peace, was supporting war crimes of immense gravity. His approval of the killing of Arabs was blood-chilling.

Get the full picture at:

Masyarakat Melayu melucukan?

apa yang bakal anda baca, adalah realiti. saya pasti ramai yang menyedari, tapi tidak ambil peduli. mungkin sudah menjadi norma hinggakan ramai yang dah lali.
tapi saya tidak.
saya masih kolot. saya tidak mengikut
trend.
sebab itu saya kolot.



anda pernah ketawa sampai begini?





atau begini?




ataupun begini??



apa yang lucu sangat sampai nak ketawa teruk-teruk macam tu?
"habis tu, nak buat macam mana? dah memang lawak"
satu jawapan yang pernah didengar.

anda rasa lawakkah perkara yang diketawakan sebegitu rupa sekali?
saya rasa memang lawak.
sebab saya yang ketawa sebegitu.
tapi cuma dalam hati.

nak tahu apa yang lawak?
jom kita check it out.

[fail situasi dibuka]
sekarang, kita serius.
apa? anda tak percaya?
kenapa tidak?
kata Datuk S, "percayalah.."
siapa Datuk S? Datuk Syed?
oh tidak.. saya masih muda.
Datuk S ialah Datuk Siti.
Kenapa S? jawapanyya ialah kerana suaminya Datuk K.
huruf dengan huruf, baru sepadan kan?
(peringatan: saya bukan peminat Siti Nurhaliza)

ah, kali ni kita benar-benar serius.
jangan main-main lagi.
"now into the serious topic. Dont laugh. Dont even smile", kata Tok Guru Shah Kirit.

tapi saya tetap ketawa dalam apa jua keadaan.
(kecuali depan orang yang memang betul-betul tengah marah)

Situasi 1

Masa : (maaf, tak ingat. tapi malam)
Tempat : Dalam televisyen. (bukan saya tengok. cuma tertengok.adik yang tengok)
Tajuk : Sehati Berdansa. (tengok? saya takkan tengok perkara macam ni kan?)

"Berita baiknya, tiada siapa tersingkir pada minggu ini!" pengacara (tak ingat siapa) mengumumkan. "Jadi apa perasaan anda? Dan bagi komen sikit" "Alhamdulillah, syukur kerana kami terus diizinkan untuk menari" kata pasangan yang hampir tersingkir tu.
er..tak jelas?
baik. kita rewind.

"Alhamdulillah, syukur kerana kami terus diizinkan untuk menari" kata pasangan yang hampir tersingkir tu.

ok? dah jelas kan?
bagaimana mungkin mereka melafazkan kata-kata sedemikian?
saya tahu. memang kita kena bersyukur untuk setiap nikmat.
tapi menari? depan orang ramai, dengan pakaian yang 'ntah pape'?
nak bersyukur? terpulanglah.

tapi saya memang ketawa sebaik dengar ayat tu.


Situasi 2

Masa : lebih kurang jam 4 (ya. kelmarin atau semalam)
Tempat : Bank Islam (tak perlu tanya saya buat apa di sana)
Tajuk : tak perlu tajuk (anda boleh bagi sendiri)

saya sedang mengulang hafalan. Tiba datang seorang makcik hendak duduk.
Oh. Makcik. Takpe, takpe. Duduk, Duduk.
Datang pula seorang remaja.
Pakaiannya boleh tahan la. (dia lelaki ok?)
kacak SIKIT la. (saya kacak banyak)

(tak perlulah ketawa macam tu. dalam hati cukuplah)

"mak, mai nombor giliran" lembut suaranya. aduh. betul-betul lembut.
(tapi dia bukan lelaki lembut. dan dia orang kedah.)

"bagusnya. lembut cakap dengan emak" getus hati saya.

dia tengok K770i saya. sedang buka aplikasi Quran.
dia tengok lama sikit.
"Apa pandang-pandang? Nak curi la tu" (ini hanya dialog rekaan)
saya biarkan saja dia pandang. mungkin kagum. haha
saya tahu anda tak kagum. saya tahu telefon bimbit anda lebih canggih.

dia keluarkan telefon bimbitnya. (saya ingat nak tayangkan pada saya. teruknya saya bersangka buruk)
"Hello sayang..sorry..hubby baru bangun tido", suaranya jauh lebih lembut dari tadi.
(anda bayangkan, lelaki kedah yang kasar dan tegap melembutkan suara dan bercakap loghat K.L. )
serta-merta saya lupa ayat seterusnya untuk dibaca. 2 minit saya lupa.
(saya tidak diam untuk dengar perbualan dia, tapi saya benar-benar lupa ayat seterusnya)

saya lihat remaja tu.
atas dan bawah.
rambut, boleh tahan. (mungkin guna brylcreem)
pakai jeans, spek hitam ala 60-an.
tapi tak ada gaya macam orang dah berkahwin.
habis dia cakap dengan siapa?
anda mesti boleh agak, kan?
teruskan bercerita.

ok. saya dah ingat balik.
"ok sayang. saaaaaaayang ayang sangat-sangat" lembut teramat suara dia.
lebih lembut dari bantal peluk saya. (ops?)

saya kembali lupa ayat seterusnya.
saya pandang ibu remaja tersebut. tiada reaksi.

"mak..mai seratus.." suaranya agak kasar berbanding semasa bercakap dengan 'isteri'nya.

saya hampir ketawa mendengar permintaan tu.
tadi macam dah kahwin, tapi minta duit kat emak?
inilah remaja sekarang.
saya pun tak faham.

[fail situasi ditutup]

cerita ini sudh saya riwayatkan kepada sahabat baik saya, dan dia juga ketawa.
anda bagaimana? taknak ketawa?
bagus. jangan jadi macam saya.
lakukan sesuatu untuk jadikan masyarakat kita masyarakat yang Islam sebenar-benarnya.

banyak lagi sebenarnya tindak-tanduk masyarakat melayu yang benar-benar buat saya ketawa.
"ROTFL" kata sensei saya.
tapi mungkin ini cukup kali ini.

Dalam bab ketiga sahih bukhari, hadis ke 68,
Ibn Mas'ud meriwayatkan, "Rasulullah menyelangi kami dalam beberapa hari dalam memberi peringatan, kerana khuatir kami bosan kerananya"

dan itulah apa saya akan lakukan.
untuk kita fikirkan, apa perlu kita lakukan kepada masyarakat yang sebegini melucukan.

p/s: Ya Allah, kurniakan daku hikmah dan jadikan aku antara mereka yang bergelar ulul albab.

Monday, January 5, 2009

A.I.A [Ayah, Ibu, Anak] (apa yg istimewanya?)

"salam sejahtera buat mereka yang mengikut petunjuk" [taha, 20:47]

(itu gaya saya beri salam dalam sms, ym dan surat. ade sebabnya. nak tau? tanya la)

A.I.A.
Ayah, Ibu, Anak.
Lagu Kumpulan Baji.
Mungkin anda pernah dengar lagu ni. Best, kan?
Yalah. Bagi saya, agak best la.

Tapi tu bukan niat saya.
Saya taknak sentuh pasal lagu tu.
Ini apa yang sempat bermain dalam fikiran saya semalam masa berada kat suatu tempat.


ops. tapi ni bukan gambar semalam. ni gambar tahun lepas punya.
sem-break sem 1. pegi kelantan, tapi berlaku tragedi.
jgn tanya tragedi apa. taknak bagitau. hehe

budak tu, adik saya.
yg blkg, tu..er.. takyah tanya. taknak jawab jugak. hehe..

balik kepada perbincangan,
semalam tu maksud saya, 9 malam. di satu pantai berhadapan The Bayview Hotel.
kenapa saya sebuta nama hotel tu? adalah sebabnya. hehe..

suasana malam, 9.00 malam.
angin kuat. amat nyaman dan segar.
langit cerah.
Maha Agung Allah menciptakan ciptaan seistimewa ini.
alangkah indahnya.
berbaring atas pasir tepi pantai.
ah..alangkah selesanya.
amat-amat merehatkan.
Maha Suci Allah..

kalau boleh nak tido je kat situ malam tu,
tapi pergi pantai malam tu pun ada sesuatu untuk dibuat sebenarnya.
apa? dating?
Ya. Betul. Dating. hehe..
ops. jangan salah sangka. dating dgn ibu, ayah dan 2 orang adik.
kenapa di pantai dan kenapa pukul 9.00 malam?
aduh...janganlah banyak sangat bertanya.

saya berbaring sebelah ibu.
"Insyirah, kenapa langit ada kat atas, bukan kat bawah?"
ayah bertanya kepada Syarifah Nurul Insyirah, 7.
"Allah lebih mengetahui"
Syarifah Nurul Syafiqah, 12. Mencelah adiknya (dia memang suka macam tu.hehe)
"sebab dia ringan"

Insyirah menjawab ringkas.

anda pernah ditanya soalan tu?
anda pernah terfikir jawapan macam tu?
saya sendiri tak pernah.
agak terkejut bila dia mampu menjawab.
sedang otak bermain ligat memikirkan jawapan saintifik+dalil quran dan hadis,
kanak-kanak 7 tahun mendahului.
malu seyh. hehe..
jawapan dia pun ada rasional dan logiknya.

seketika kemudian, Syafiqah mengajak adiknya bermain pasir dengan skop yang dibawa.
kenapa bawa skop?
ala..tak payahla tanya. tak penting pun. hehe..

lucu melihat kedua kanak-kanak radix itu bergaduh kerana berebut skop yang lebih ringan.
melihat insyirah yang terkial-kial menyekop (perkataan belum berdaftar dengan dewan bahasa) pasir, ayah mula menghampiri, mengajar kanak-kanak nakal itu cara yang betul menggunakan skop.
dengan lemah lembut, ayah menerangkan.

hati saya terusik melihat 3 beranak itu.
cukup mesra.
cukup tenang melihat mereka.
terasa aura kasih sayang mereka menghangatkan suasana sekeliling.
macam aura chakura naruto time keluar ekor ke-5 kyuubi.

fikiran saya sekali lagi didorong electrical impulses dengan bantuan saltatory conduction.
apa yang mendorong seorang ayah untuk memberi tunjuk ajar kepada seorang anak dengan cara yang sebegitu lembut walaupun pada hakikatnya dia seorang yang garang?
apa?
ya, betul. kasih sayang.
Maha Suci Allah yang menciptakan perasaan kasih sayang.
apa pula kasih sayang?
err..aik? kenapa diam?
takpe.takpe.
saya faham.
kasih sayang itu kompleks. memang kompleks.
datang dari hati, kan?
dan hati itu juga kompleks.

apa anda fikir tentang telefon laptop yang canggih?
boleh ke Insyirah cipta Mac AirBook?
apa..?? tak dengarlah.
betul. Boleh kalau Allah nak begitu.
tapi secara hukum logiknya mustahil kan?

untuk mencipta mesin yang canggih seperti Porsche 911 GTR2,
apa kita kena ada?
betul.
syarikat kereta Porsche, yang punyai kepakaran untuk mereka kereta yang mampu memecut 60mph dalam 3.6 saat dengan had laju maksimum 204 mph.

Menurut Darwin Evolution Theory, manusia adalah produk evolusi.
dari?
ya, betul. BERUK. ingat, anda asal-usul anda adalah seekor beruk.
tak terlepas juga Charles Darwin.
Dia mesti tak marah kan kalau orang kata nenek moyangnya beruk?
hehe.. (take it positively.hehe..

logikkah hati dan segala berkaitan dengan hati seorang manusia yang sebegitu kompleks berevolusi dari hati dan perasaan seekor beruk?
atau hati dan perasaan juga berevolusi?
logikkah DNA seekor beruk berevolusi menjadi DNA seorang manusia,
dan setiap nucleic acid dalam DNA masih lagi tersusun rapi?

bayangkan.
sesuatu yang berkembang atau bergerak sendiri, tanpa bantuan apa-apa,
tetap menjadi sesuatu yang begitu tersusun.

cubalah anda biarkan 10 manik dalam 1 bekas menggelungsuri satu permukaan curam.
sempatkah manik-manik tu sampai ke permukaan rata dalam keadaan sama seperti dilepaskan, atau menjadi sesuatu yang lebih baik daripada yang dilepaskan, mutiara, mungkin? hehe..
cubalah sendiri.

kemudian aplikasikan pada teori evolusi. boleh diterima? terpulanglah.

(inilah pemikiran saya.melalut-lalut.dari hubungan kekeluargaan kepada Evolution theory)

Pendokong Darwinism, Ernst Mayr dalam bukunya, What Evolution Is menyatakan:

"Evolution is a historical process that cannot be proven by the same arguments and methods by which purely physical or functional phenomena can be documented. Evolution as a whole, and the explanations of particular evolutionary event, must be inferred from observations."

Dalam menerangkan cara menyiasat dan menerangkan asal-usul secara lebih mendalam, Mayr berkata:


“...Darwin introduced historicity into science. Evolutionary biology, in contrast with physics and chemistry, is a historical science – the evolutionist attempts to explain events and processes that have already taken place.

Pada awal kurun ke-19, muncul pula Theory of Intelligent Design.
apa kaitan Intelligent Design (ID) dengan teori evolusi?
oh, mereka ni pantang berjumpa.
Mesti bertumbuk.

ID menidakkan teori evolusi.
kenapa?
Dalam ID, segalanya berbalik kepada Tuhan.
ID menyatakan, setiap yang ada dalam semesta semestinya berasal dan mempunyai satu kuasa yang benar-benar intelligent untuk mereka cipta alam ini.
Tapi sayang, teori ini ditolak dengan alasan teori ini bukan satu teori saintifik kerana scientific methods tidak terlibat dalam penggagasan teori ini.

Mungkin seperkara yang mereka terlepas pandang, suatu garis panduan diturunkan hampir 1400 tahun dahulu yang bakal membuktikan kesahihan Intelligent Design.

Behold! in the creation of the heavens and the earth; in the alternation of the night and the day; in the sailing of the ships through the ocean for the profit of mankind; in the rain which Allah Sends down from the skies, and the life which He gives therewith to an earth that is dead; in the beasts of all kinds that He scatters through the earth; in the change of the winds, and the clouds which they Trail like their slaves between the sky and the earth;- (Here) indeed are Signs for a people that are wise.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #164)



apa kaitan ayat ni?
oklah. saya cuma highlightkan 2 perkara je.
  1. Allah tinggalkan satu petanda dalam penciptaan langit dan bumi
  2. Tanda tu cuma akan disedari oleh people that are wise. Atau dalam bahasa qurannya, ulul albab.
kita tengok pula ayat ke-2.
bagi saya, ayat ni cukup cantik. seolah-olah tepat untuk entry blog saya malam ni.

Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #30)

lihat gambar ni.
betul, memang cantik. tapi bukan saya tanya cantik atau tak.
persoalannya,
anda percaya benda secantik ni datang dari definite nothingness??
dari takde apa-apa, tiba-tiba wujud benda secantik ni lepas satu letupan besar?
Yelah..memanglah kalau Allah nak, apa pun boleh jadi.

Tapi dalam ayat di atas, dinyatakan asal penciptaan adalah satu titik,
kemudian Allah pisahkan titik tersebut menjadi..
apa yang kita lihat sekaranglah!

oklah.
Big Bang, satu letupan.
Andai terjadinya satu letupan, apa hasilnya?
segalanya kucar kacir dan berselerak kan?
tapi apa yang anda lihat sekarang?
bumi berlanggar dengan matahari ?
venus berlanggar dengan pluto?

hakikat yang dipersetujui semua saintis, universe ini sedang berkembang.
dan berkembang dan berkembang.
secara sistematik.
anda pun tahu kan macam mana universe ni berkembang?

macam anda lukiskan titik-titik atas satu belon,
kemudian anda tiupkan belon tu, dan belon tu akan semakin membesar kan?
apa jadi pada titik-titik tu?
semakin menjauh dengan jarak yang tetap kan?
ala..try la sendiri..baru tau..

adakah titik-titik tu berlanggar antara satu sama lain?
apa?? bagus..
tidak, kan?
jadi macam tu la universe ni berkembang.

anda percaya, dengan satu letupan besar,
setiap partikel bergerak menjauhi satu sama lain dengan jarak yang tetap,
dan tak berlanggar?
bagus.
sama macam saya.

perkara macam tu adalah mustahil.
kecuali ada 'sesuatu' yang menggerakkan.
yang mengawal dan menentukan?
Anda tahu siapa?
ya. saya pun tahu siapa.
anda yakin sekarang?

itulah dia.
dari pasir-pasir pantai ke pergolakan 2 kelompok saintis sejak zaman Greek.
jawapannya,
ada dalam Quran.
andai kita pernah merenungkan..

p/s: Ya Allah, kurniakan daku hikmah, dan jadikan aku antara mereka yang bergelar ulul albab..