Monday, February 22, 2010

dan bermusafirlah.(",)

pelbagai ayat dalam quran menggesa kita supaya bermusafir untuk mengambil pengajaran.
tak kurang juga ayat yang mengajak kita berfikir.
dan anggaplah posting pertama selepas sedar dari futur yang panjang ni sebagai satu pembukaan kepada sesuatu yang lebih baik :)

Khamis, 18 Februari 2010


Kelas tasmik terakhir untuk sesi semester 2 2009/2010.
kelas terakhir tak bermakna perpisahan.
memang ada di kalangan kami yang akan terus ke Main Campus di Gombak selepas ini,
tapi itu masih tak membawa maksud perpisahan.

kami semuanya dah berjanji dgn ustaz hazri yang komited untuk semua hadir ketika short sem nanti. kita tengok jelah berapa ramai yang akan tunaikan janji :)

teringat lagi semasa awal semester 1 di darul quran.
jumlah asalnya kalau tak silap perkiraan saya, 16 orang.
kemudian seorang demi seorang mengundur diri, atau mungkin lebih sedap dengan kata,
membuka fikiran untuk berjuang di Jordan, dan beberapa tempat lain.
tu masih belum dikira dengan ahli kelas yang dibahagi-bahagikan ke kelas lain.

16 orang untuk satu kelas. ramai kan?
tapi angka tersebut cuma tinggal ilusi, sekarang.
seingat saya, ketiga semester 3 di darul quran, hanya 9 atau 10 orang di kalangan kami yang tinggal.
dan semester 2 pusat asasi uia?
haha. lihat saja dalam gambar.
puratanya, itulah.
tak perlu dikomen. masing-masing tahu, dan masing-masing ada komitmen :)

namun apa yang cukup saya hormati adalah komitmen ustaz tasmik saya. :)
tiap minggu tak pernah tak datang kelas.
dan terima modal kami walaupun cuma satu maqra'
dan bila kami semuanya tak ada modal,
ajak bersembang. (baca: bukan sembang kosong, okay? )

dan saya, haih.
kena tambah lagi iadah :)

Jumaat, 19 Februari 2010

saya teringat kenangan di rumah.
dalam keadaan senang-lenang begini, memang mengingatkan saya pada rumah.
sebab apa?
mungkin sebab rumah tempat saya bersenang lenang.
ye ke?
haha. tak jugak.

saya mengira-ngira masa berapa kali saya pernah awal untuk ke masjid untuk solat jumaat.
ketika kecil dahulu, ya. memang selalu.
sejak melangkah ke universiti?

rasanya sekali sahaja.
itu pun sebab kena baca khutbah. kalau tak?
wallahu'alam :)

kenapa selalu lewat?
sebab kadang-kadang saya leka.
bahkan yang ingatkan saya tentang hari jumaat adalah ibu saya.
(tapi hairan. kenapa adik perempuan saya dan kakak saya tak pernah sedar pasal hari jumaat? )
atau mungkin memang semua perempuan tak conscious pasal hari jumaat? :p

takpelah. lepas ni kena awal, insya-Allah.

Sabtu, 20 Februari 2010

boleh dikira bersejarah, mungkin :)
hari ini saya berjalan jauh untuk menyambungkan silaturrahim.

pertamanya dengan rakan sekolah yang lama tak bersua.
dan yang kedua dengan guru yang setahun tak dengar suara :)
dan kebetulan pula, dengan senior yang tak pernah saya jumpa.

saya berkira-kira mahu bertolak jam berapa pagi tersebut.
sahabat saya kata, dia cuma boleh waktu petang.
hmm.. bolehlah. asalkan jangan batalkan sudah.
kami bersetuju untuk bertolak selepas zohor.

teringat compact disc yang saya pinjam dari senior a.k.a lecturer untuk tayangan ketika raudhah festival belum lagi saya punya kesempatan untuk dipulangkan.
lantas saya tak ingin lagi buang masa, saya call Bro Mas-Yuri bertanya tentang ketetapan masa untuk saya pulangkan.
reaksi terlebih positif.
dia nak datang Petaling Jaya untuk ambil compact discs tersebut.
dan dia dapat tahu saya nak keluar.
jadi dia hantarkan saya ke stesen komuter.
sengaja dia pilih yang agak jauh supaya kami dapat bersembang lama
apapun, saya senang dengan dia dan perkongsian dia.
menginsafkan saya yang dah lama meninggalkan dakwah inter-religion.
dan islah umat. insaf, insaf.

bertemu kembali dengan sahabat lama,
dan keluarganya yang dah macam keluarga sendiri :p
terasa contented. (macam mana eh nak translate tu dalam bahasa melayu?) :p

dan macam biasalah.
dia memang tak pernah merungut kalau menempuh susah bersama saya.
macam ni lah namanya kawan :)

dan detik pertama menatap wajah cikgu, Dr. Malek yang jelas keletihan,
rasa rindu terubat.
lantas panjang dan banyaklah yang kami kongsikan bersama.
sayang sekali, saya tak berapa pandai untuk bersembang. haha

dari dulu saya kagum dengan peribadi Dr. Malek.
sentiasa low-profile.
dari dulu ketika dia tak dikenali,
hingga sekarang, tiap-tiap hari keluar televisyen,
dia masih dengan gaya yang sama.

dan pejabatnya, masih dengan gaya yang sama :)

itulah perjalanan saya selama 3 hari.
dan perjalanan takkan berhenti.
selagi denyutan wujud di nadi :)

saya dapat belajar dari perjalanan saya.
bagaimana anda? :)

Monday, February 15, 2010

hanya Allah tempat tawakkal.



Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.

(Ali 'Imran 3:160)

Friday, February 12, 2010

of modesty.


Salim reported on the authority of his father that the Prophet (may peace and blessings be upon him) heard a man instruction his brother about modesty. Upon this the Prophet remarked: Modesty is an ingredient of Iman (faith).

Muslim, Book 1, Hadith 57.

Wednesday, February 10, 2010

hari ini dan semalam.



telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian itu) kerana Allah hendak membiarkan mereka merasa sebahagian daripada balasan dari perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali

[Rum 30:41]