Monday, August 29, 2011

selamat pulang ke 'kampung'

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Wa lillahil hamd.

masjid 'aisyah : ihsan google

Dalam setiap siri kuliah saya, saya tidak pernah lupa untuk berpesan kepada para jamaah yang hadir utk tidak lupa mengucapkan syukur kepada Allah taala.

Kerana Dia tak pernah lupa untuk mengurniakan nikmat-Nya yang terlalu luas kepada kita.
Betapa sangatlah ringan kewajipan kita untuk mengucapkan syukur atas pemberian yang tidak lain hanya memberikan kebaikan kepada kita jua.

Dan terkini, kerana kita telah diizinkan Allah untuk menyempurnakan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, dan menghirup udara syawal yang baru menjelma beberapa ketika lalu.

Bermakna, kita sekarang menyambut 'Eidul Fitri, perayaan kembali kepada fitrah.
Usai sebulan dalam Ramadhan, kita mendidik nafsu dengan lapar dan dahaga, kita membasuh nafsu dgn pelbagai amalan sunat, lantas saat ini kita mengecapi pengembalian kita kepada fitrah.

Tepuk dada, tanyalah diri kita.
Benarkah kita telah kembali kepada keadaan kita yang suci dari dosa setelah diampunkan Allah hasil dari ta'abbud kita Ramadhan lalu?
Atau, 'Eidul Fitri kita hanya ucapan lalu lalang di bibir?

Dan seterusnya, marilah kita melakukan 'post mortem' bagi Ramadhan yang lepas.
Di manakah kelemahan kita, kekuatan kita, peluang yang terabai dan di mana perlu kita tambahbaik.
Moga andai kita ditakdirkan bertemu Ramadhan akan datang, ia pastinya lebih baik dari tahun ini.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Moga Allah terima amalan kita semua.

Mohon maaf andai ada hati yang terguris, hak yang tak tertunai.
Sama-sama kita usahakan perbaiki diri dalam perjalanan pulang ke kampung akhirat.

Monday, August 8, 2011

Hitung Hari.


Matahari menyinar cerah, menyebarkan bahangnya ke seluruh pelusuk bumi.
Saat ini jam menunjukkan pukul 2.30 petang, 8 Ogos 2011.
Hari ke-8 umat islam di Malaysia menghirup udara dari atmosfera Ramadhan.


Kita masih ada dari 21 hingga 22 hari lagi sebelum Eidul Fitri menjelma.
" sigh. Lamanya. 22 hari lagi nak puasa. Aduh.."

"Taktaulah boleh tahan ke tak lagi 22 hari lagi ni. 8 hari pun dah seksa"

"Hmm..Sabar..Sabar.."



Namun kita juga masih punya satu sudut lain untuk kita melihat.
"Dah 8 hari dah Ramadhan ni, aku ada lagi 22 hari je nk rebut pahala berganda ni"

"Dosa aku bulan2 lepas punyala banyak, agak2 amalan bulan Ramadhan ni boleh tak nak cover balik?
Ish, tak boleh jadi ni. Kena banyakkan lagi amalan. Ada lagi 22 hari je lagi tinggal"

"Bulan-bulan lain nak khatam quran sebulan sekali pun susah. Harap-harap Ramadhan ni bolehla paling kurang sekali"

"Lailatul Qadar dah dekat. Kalau aku masih main-main ibadat aku, nanti boleh ke aku nak push diri aku 10 malam terakhir nanti?"


agaknya kita akan lebih menghargai Ramadhan, andai kita ke hospital dan doktor memberitahu,
"awak cuma boleh hidup antara 20 hari ke 30 hari je lagi"