Friday, February 18, 2011

matlamat yang berlari-lari.


"Begin with the end in mind"

Quoting itu saya terima kira-kira ketika saya sedang menuntut di tingkatan tiga. (Atau mungkin dua). Ketika itu saya menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training). Dan saya tahu, quoting ini cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang berlabel 'orang persatuan'.

Apapun fokus utama saya adalah, quoting tersebut menggesa kita supaya kita memiliki sebuah matlamat. Sebuah cita-cita. Sebuah hala tuju. Atau sekurang-kurangnya sebuah target.

Dan itu juga sebahagian daripada ajaran Islam.

Apabila Allah berulangkali menyebut soal syurga dan neraka, Allah mengajar kita untuk memilih matlamat hidup. Apakah matlamat kita, mahu ke syurga atau ke neraka?

Dan itulah sebaik-baik matlamat.
Di sebalik itulah tercatat dan terselit ciri-ciri sebuah matlamat.



MATLAMAT YANG JELAS.

Syurga atau neraka merupakan dua matlamat yang jelas. Tidak kabur, meskipun ghaib.
Islam tidak mengajar kita untuk mencari matlamat yang kabur seperti, tempat tinggal yang baik, tempat tinggal yang selesa ataupun seumpamanya.

Baik? Bagaimanakah baik itu?
Selesa? Bagaimanakah selesa itu?

Namun andai disebutkan syurga, kita sedia maklum bahawa itulah sebaik-baik tempat tinggal.

MATLAMAT YANG STATIK.

Syurga, seperti yang kita ketahui, sememangnya statik. Syurga itu tidaklah boleh berubah-ubah.
Tidaklah syurga itu, suatu hari nanti akan beralih menjadi suatu mimpi ngeri.
Tidak pula syurga itu, suatu hari nanti akan berubah menjadi suatu penjara penyeksaan untuk menyiksa penghuni-penghuninya dengan segala bentuk penyeksaan yang memeritkan.

Syurga itu kekal sepertimana yang dikhabarkan, kerana syurga itu berada di dalam sebuah dunia yang tidak ada perubahan dalamnya.

Kerana itulah, dalam syurga, para penghuninya akan kekal muda, walau 1000 tahun berlalu.

FALSAFAH YANG DILUPAKAN

Dua elemen ini, dalam pembentukan sebuah matlamat, seringkali dilupakan.

Dalam kursus-kursus motivasi, apabila matlamat dipersoalkan, seringkali yang diterima, hanyalah jawapan-jawapan yang umum, yang tidak jelas, dan tidak statik.

Kerana apa?

Kerana jawapan-jawapan tersebut semuanya berpaksikan dunia. Dunia seperti yang kita tahu, dunia yang sentiasa berubah, dan yang akan sentiasa berubah.

Contohnya mudah.
10 sen pada zaman nenek saya merupakan suatu nilai wang yang sangat besar.
Namun pada hari ini 10 sen, andai jatuh tercicir pun, tiada siapa yang mahu mengutip.

Dunia berubah, bukan?

Demikian juga matlamat hidup bekerjaya.
Ramai di kalangan kita sekadar mahu menjadi seorang yang berjaya, apabila ditanya tentang cita-cita.

Kadang-kadang saya ketawa. Kerana rapuhnya jawapan tersebut.
Tapi kadang-kadang saya terdiam. Kerana andai dia menyandarkan 'kejayaan' pada

Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
At-Taubah 9:89
dan beberapa ayat yang sama maksudnya, maka kejayaan yang dia kejar memang berpaksikan suatu sendi yang sangat kukuh.

Itu matlamat dalam bekerjaya.
Bagaimana pula dgn matlamat dalam berumah tangga?

Mereka menjawab, "isteri yang cantik", "isteri yang pandai", "isteri yang begitu-begini".

No offense.

Saya okay saja dengan semua jawapan tersebut.
Tapi saya cuma ingin bertanya, apakah semua itu akan menjamin kesinambungan rumahtangga anda?

Bagaimana jika isteri anda tiba-tiba menjadi hodoh? Apakah anda masih sudi bergelar suaminya?
Ataupun tiba-tiba hilang ingatan. Apakah anda masih sudi bersamanya?
Ataupun tiba-tiba hilang ciri-ciri yang anda gariskan. Mahukah anda untuk terus bersamanya?

Kita semua tahu hadis nabi,

The Prophet said, "A woman is married for four things, i.e., her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers.

hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya.
Lantas, kenapa tidak kita letakkan agama sebagai kayu ukur bagi isteri kita?

Sebagai penutup, saya suka sekali untuk mengajak kita bermuhasabah.

apakah matlamat kita dalam bekerjaya?
dan apa pula matlamat kita dalam mencari teman hidup?

yang paling penting, apa matlamat kita dalam menjalani kehidupan seharian?

Tuesday, February 8, 2011

kita dan quran.


seketika soalan ini berlegar dalam minda saya.
saya akui, memang ada isu lain yang lebih hangat dibincangkan. isu mesir, isu politik semasa, isu najib dicabar itu, isu najib kata ini tapi maksudnya itu minyak turun dan sebagainya.

saya seringkali berbincang dgn dua tiga sahabat, empat lima rakan dan enam tujuh teman tentang akar umbi segala fasad yang berlaku dalam dunia seharian.
memang persoalan ini terlalu lewat utk dipertanyakan, tapi isu ini bukanlah terlalu lapuk untuk dihebahkan.

segala fasad yang berlaku atas dunia ini, tak kiralah fasad yang bersifat individual, communal, kebangsaan atau antarabangsa, jalan keluarnya hanya satu, iaitu Al-Quran.


namun apa sebenarnya Al-Quran pada kita?
siapa sebenarnya Al-Quran bagi kita?
apa status Al-Quran bagi kita?

pernahkah Al-Quran mendapat tempat di hati kita sebagaimana angka 4.0?
pernahkah terdetik di hati kita rasa rindu terhadap quran sepertimana rindu pada kampung halaman?
pernahkah terdetik dalam hati, rasa ingin selalu membaca quran seperti rasa ingin bermain game?

apa yang jelas dalam masyarakat kita,
kita menganggap quran itu sebagai sebuah kitab suci.
kitab yang suci lagi dihormati. atau saya lebih suka gunakan perkataan sacred.
nak menyentuhnya perlu suci dari hadas.
nak membacanya perlu menutup aurat.
nak menimpannya perlu di tempat yang tinggi.
tapi sekadar itu.

kesedaran bahawa Al-Quran itu suatu kitab yang suci adalah bagus.
tapi baguskah jika kesedaran itu hingga menimbulkan rasa takut untuk menyentuhnya?
baguskah jika kesedaran itu menimbulkan suatu perasaan yang membuatkan kita semakin jauh dari Quran?
dan baguskah kesedaran itu jika ia membuatkan Quran ini hanya perlu dilibatkan dalam majlis2 tertentu?

Bukankah Quran itu suatu kitab suci yang perlu didampingi?
bukankah Quran itu kitab suci yang perlu sentiasa di hati?
dan bukankah Quran itu kitab suci yang perlu menjadi rujukan sehari-hari?

mari sama-sama kita betulkan persepsi.
persepsi masyarakat dan diri.

biarlah Al-Quran itu sentiasa ada di hati.
24 jam di bibir, ia meniti.