Friday, December 18, 2009

tomakninah.

pembaca yang dirahmati Allah.

lama saya fikirkan hal ini.
tak kurang juga dilemma untuk membuat keputusan.

namun selepas mengambil kira kuantiti pembaca yang tidak seberapa,
saya kira keputusan saya takkan memberi impak yang besar.

saya tak menafikan kualiti para pembaca.
tidak juga potensi.

tapi saya juga manusia.
izinkan saya rehat 'seketika'.

tomakninah, bak kata sahabat saya.
doakan saya tidak futur.

p/s: mungkin kalau saya futur pun takde bezanya.

Monday, November 23, 2009

tanpa sponsorship..

saya teringat suatu ketika dahulu ketika membincangkan buku Fiqh Sirah karangan Al-Buti.
memang semua soalan yang dilontarkan ustaz terhadap kami sukar-sukar belaka.
tapi yang hairannya, soalan-soalan yang berbunyi seolah-olah sangat sukar tu terjawab dengan kitab tersebut.

masya-Allah. hebat pemikiran Dr. Said Ramadhan Al-Buti.
nak jadi macam dia jugak, insya-Allah ;)

saya terasa terdetik nak berkongsi tentang satu perkara,
kepenganjuran.
bila ustaz tanya kami apa itu kepenganjuran, kami gagal menjawab.
kami cuba menjawab dengan pelbagai jawapan.
bermula dari satu perkataan hingga beribu-ribu perkataan, tiada yang tepat.
ustaz memberi kami satu hint. sponsorship.
kami sangkakan kami sudah tahu, tapi rupanya ustaz jugak yang kena terangkan.
sorry ustaz ;)

kepenganjuran adalah seperti biasiswa.
maksudnya kita hidup senang.
apa yang kita hendak, mudah untuk diperolehi.
hendak wang, UIA bg.
hendak laptop, mintak pada parents, parents bagi. (eh saya pulak yang terasa :p)
perlu apa saja, boleh dapat.
dan itu yang sedang diusahakan oleh kita dan siapa-siapa di zaman sekarang.
dan hasilnya, inilah.
anak-anak muda zaman sekarang.

mari kita renungkan bagaimana Allah membesarkan pemimpin nombor satu dunia sepanjang zaman.
Baginda juga orang biasa seperti kita.
apa lebihnya?
lahir dalam keluarga kaya-raya? salah!
dibesarkan dalam infrastruktur kelas pertama? salah!
diberikan pendidikan kelas pertama? salah!
diberikan sepenuh kasih sayang? salah!

saat dalam kandungan lagi, bapanya sudah meninggal dunia.
lahirnya dalam keadaan tidak kenal siapa bapanya.
di kalangan masyarakat Melayu sendiri pun, kalau tiada bapa, pasti diketawakan.
itu masyarakat Melayu yang terkenal dengan sopan santun, kononnya.
bagaimana pula Arab, anda rasa?
akan dapat ramai kawan kerana simpati?

kemudian setelah beberapa hari disusukan orang suruhan Abu Lahab, baginda bertukar tangan lagi kepada seorang wanita Bani Saad, Halimah binti Abi Zuwaib.
dan baginda bertukar tangan dalam keadaan ibu susuannya berat untuk menerima bayi itu, lantaran keyatiman baginda.
Tidakkah sedih bertukar tangan dalam umur yang sebegitu muda?

Baginda hidup jauh dari keluarga sendiri selama 5 tahun,
dan selepas itu baginda dipulangkan kepada keluarga baginda.
ketika umurnya 6 tahun pula, ibunda baginda pula dijemput menemui Pencipta.
ketika itu baginda sedang dalam perjalanan pulang ke Mekkah bersama rombongan yang melawat ke Madinah.
boleh anda bayangkan anda di tempat baginda?
bagaimana rasanya andai ibu kita meninggal dunia pada umur kita sedemikian rupa?
tidakkah kita akan merungut di kemudian hari kerana tidak sempat mendapat kasih sayang seorang ibu?

baginda bertukar tangan lagi dan kali ini baginda dipelihara datuk baginda, Abdul Mutalib.
Itulah dia seorang yang punyai keteguhan hati, pengaruh yang besar dan tajam fikirannya.
Kita sangka hidupnya akan mula bahagia.
Tapi siapa tahu, Allah sudah aturkan sejak azali lagi,
datunya akan meninggal pada umur baginda 8 tahun.

andai kita di tempat baginda, ke mana hendak kita mengadu nasib?
pada siapa kita hendak bermanja?
pada siapa kita hendak meminta itu dan ini?

seterusnya baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
benar, bapa saudaranya itu punyai perasaan yang halus dan sangat menyayanginya, namun beliau bukanlah orang yang berkemampuan.
bahkan, beliau sendiri punyai anak yang ramai.
dan baginda, ketika itu diberi kerja untuk mengembala kambing.
ketika mengembala itu, sekali lagi baginda jauh dari manusia.

sekarang nyatakan,
dari sudut mana baginda hendak dapatkan kasih sayang?
dari kecil dibesarkan oleh orang asing, kemudian belum sampai setahun tinggal bersama ibu, ibunya pula meninggal.
baru beberapa tahun tinggal bersama datuk, datuk juga meninggal.
lalu dibesarkan oleh seorang pakcik yang kurang berkemampuan, dan punyai anak yang ramai.
dari mana baginda hendak dapatkan kasih sayang?

di mana pula infrastruktur kelas pertama baginda?
setelah dilahirkan, baginda dibawa ke sebuah kampung di pedalaman.
ketika dipualangkan kepada ibu baginda, baginda dibawa bermusafir.
setelah wafat datuknya, baginda dipelihara bapa saudaranya,
dan diberi tugasan untuk mengembala kambing.
sekali lagi baginda jauh dari infrastruktur, mahupun kelas pertama atau kelas ke berapa sekalipun.

mana pula kekayaan baginda?
sejak bayi lagi baginda dibesarkan di sebuah kampung yang sangat teruk keadaannya.
kemudian dipulangkan kepada ibunya.
kemudian datuknya.
dan belum sempat apa-apa diberikan pula kepada bapa saudaranya yang kurang berkemampuan.
dan baginda sendiri yang perlu bekerja.
mengembala kambing.
detik mana yang baginda perolehi untuk berkenalan dengan wang dan harta?

dan apa hasilnya?
kita kenal baginda.
kuat semangat. tabah. tak kenal erti putus asa. zuhud. lemah lembut. sentiasa mengutamakan orang lain.
itu adalah hasil dari kepayahan hidup yang baginda tempuhi sejak awal lagi.

dan kita? maksud saya, saya.
ibu bapa saya cuba memberikan yang terbaik buat saya.
makanan, tempat tinggal, pendidikan dan segalanya.

dan mungkin ini hasilnya.
apabila menempuh sedikit kesulitan di jalan dakwah, mula hendak mengeluh.
ketika diminta membayar yuran untuk program dakwah dan sebagainya, mula hendak berkira.
ketika diminta sedikit masa untuk program tarbiyah, mula hendak mengelak.
kita kata kita sayang nabi.
kita kata kita cintakan baginda.
tapi kenapa kita tidak belajar dari kehidupan baginda?
maksud saya, kenapa saya tidak belajar dari kehidupan baginda?

cukup sekadar ini.
moga pengorbanan baginda yang terlampau besar suatu ketika dahulu menggerakkan hati kita untuk membuat pengorbanan kita sendiri untuk Islam.
sempena 'Idul Adha yang bakal menjelang.
dan saya mulakan semangan pengorbanan itu dengan berkorban tak balik rumah raya ni. adoi.
(ish.jangan mengeluh ;))

Friday, November 20, 2009

24 jam sehari.

benar Allah kurniakan kita 24 jam sehari.
benar Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
memang benar Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk kita.

tapi benar kata Al-Banna, atau sesetenga orang katakan, kata-kata Al-Syafie,
kewajipan itu lebih banyak dari waktu.
saya sekadar tidak ingin mengecewakan para pengunjung yang saya sendiri tak sangka untuk setia,
lalu saya curi sedikit masa yang berbaki ni untuk dicoretkan sedikit dakwat pada blog ni.

banyak yang saya nak ceritakan.
pasal iktibar dari mekanisme fotosintesis, Cyclic Photosystem dan Non-Cyclic, tapi nampaknya saya belum berkesempatan.

saya juga ingin ceritakan serba sedikit tentang Analytic Geometry yang boleh kita serapkan dalam kehidupan seharian.

juga tentang pengembaraan saya sehari-hari berurusan dengan makhluk yang kasar mahupun halus.

namun kelihatannya kesempatan itu masih belum Allah kurniakan pada saya.
saya quotekan kata-kata roomate saya yang bunyinya agak kelakar bagi saya,

"Hey, you know, you look like a saint you know,
but actually you are a terrorist."

haha.anda boleh fikir apa di sebalik kata-katanya?
may Allah guide All of you.

Wednesday, October 21, 2009

the implicit layout

dimulakan dengan nama Allah.

bermula kisah 'the implicit layout' adalah pada layout pertama saya.
entah saya pun dah tak ingat macam mana rupanya.
tapi rasanya kalian boleh agak layout seorang beginner.

tapi saya tak boleh komen banyak pasal layout tu,
sbb bukan saya yang buat pun.
saya hadapi sedikit masalah kod html ketika saya hendak menukar layout saya.
i mean it, ok. SEDIKIT. tak banyak pun.
lalu saya mintak tlg seorang junior saya, kerana dia lebih senior berbanding saya dalam dunia blogging ni. memang dia seorang pakar.
kalau saya sebut nama dia, pasti kalian tau.
tak payah lah sebut. biarlah suspens sikit. klik saja di sini untuk kenal siapa yang sedang bersin sekarang.

dan, mintak maaf untuk jatuhkan saham anda, sang hero.hehe
dia juga tak tau macam mana nak buat.
lalu setelah panjang bercerita (mungkin untuk cover line.ahah),
takpelah. kita sangka baik. dia terlupa macam mana praktikalnya.hehe
lalu dia beri saya pilihan 2 orang untuk tolong saya dengan urusan html tu.
lalu yang seorang ni pula, tak banyak cerita.
entah beberapa saat saja dia siapkan layout baru saya.
(sayang sekali kalian tak dapat tgk layout tu.haha)

by the way, jangan pula kalian percaya dia siapkan dalam beberapa saat.
itu cuma sekadar sedikit hiperbola untuk mengekspresikan kepakaran beliau.
dan juga tak dilupakan, sekadar mengambil hati beliau kerana siapkan saya punya template. wink

itu adalah cerita perkenalan saya dengan seorang sahabat saya ni.
kenapa saya bercerita pasal dia? question
sebab dia ada kaitan dengan layout terbaru saya ni. kenyit

satu hari saya berbincang dgn beliau mengenai hedonisme yang terlampau menguasai dunia.
katanya dia benci hedonisme.
lalu saya katakan kepada beliau untuk lawati blog saya, dengan rendah dirinya.
lalu Allah bukakan pintu hati beliau untuk lawati blog saya.
instead of commenting my writing, dia komen pulak sy punya layout.
kemudian baru saya terasa yang sememangnya layout saya nampak sedikit buruk.
anda pun rasa begitu kan?
(JANGAN JAWAB! haha)

lalu saya pun mengambil kesempatan atas peluang yang nampaknya terbuka luas.
selepas sedikit perbincangan, lalu saya meminta beliau memilih dan mengeditkan saya punya template,
dan Alhamdulillah, dengan besar hatinya beliau menerima.

dek kerana citarasa saya yang teruk, beliau bersetuju untuk memilih template untuk saya.
katanya, tarbiyah perlukan pencerahan.
tanpa banyak bicara saya bersetuju, walaupun tak berapa setuju.
mungkin dengan bertukar citarasa, saya boleh menjadi rajin, siapa tahu?
doakan saya kenyit

sebenarnya saya tak mengharapkan banyak dari dia.
cuma edit bahagian html yang akan memeningkan kepala saya sahaja.
tapi siapa sangka, dia ubah segalanya?
haha. setiap yang dapat kalian lihat sekarang adalah hasil tangan beliau.
kecuali entry-entry saya, sudah tentu.

lalu di sini saya ingin mengekspresikan gratitude saya pada beliau yang telah dengan baik hatinya menyiapkan template untuk blog saya, beserta dengan widget-widgetnya sekali..
dan maaf yang tak terhingga kerana buang poll tu.haha
mintak maaf banyak-banyak ye.
nanti ana taipkan pasal yang ana janji hari tu ye.
by the way, terima kasih banyak.
barakallahu fiik.

p/s:
saya punyai banyak untuk diceritakan.
tapi selepas ini saya mengesyaki diri saya untuk menjadi sibuk,
jadi mungkin saya tak sempat update.
same thing for ar-raheeq al-makhtum okay? really sorry.

Monday, October 19, 2009

saya percaya pada ikhwah!

dan begitulah saya.

saya pada hakikatnya sukar untuk mempercayai sesiapa.
walau sesiapa jua.

namun sebelum langkah kedua dikorak dalam perjalanan yang penuh dengan suspens ini,
saya dididik untuk mempercayai sekurang-kurangnya beberapa orang.

sekurang-kurangnya beberapa ikhwah.
dan kepercayaan saya sekarang nampaknya berbayar.
(bayaran tak semestinya dengan duit. jangan ingat saya mata wang sudah.haha)

"jalan dakwah bukan satu jalan yang mudah. kita semua tau itu.
jatuh bangun tu semua kita akan hadapi. siapa yang kita boleh harapkan kalau bukan ikhwah kita? kita kena belajar untuk percaya pada ikhwah"

saya pun, meskipun sukar, meskipun lambat, akhirnya saya belajar untuk percaya pada ikhwah.
saya percaya bahawa ikwah sekalian akan sentiasa bersama selagi saya berada di jalan ini.
dan saya percaya mereka akan menarik saya kembali seandainya saya tergelincir.
walau terpaksa pengsankan saya. (ini retorika saja. jgn buat betul2 tau.haha)

namun kelihatannya, hari demi hari,
mereka memang layak menerima kepercayaan tersebut.

para ikhwah benar-benar kelihatan seperti orang yang menerima tarbiyah yang secukupnya.
bak kata teacher saya,
"kalau buat menantu, sejuk hati"
(kelihatannya macam saya tak sabar lagi nak kahwin. haha)

itu dari sudut pandangan saya.
komitmen mereka.
mujahadah mereka.
penampilan mereka.
muamalat mereka.
benar-benar tak layak menerima komen saya.hehe
(macam jahat sangat pulak lah kan?taklah. saya baik je :p)

namun kesimpulannya,
saya sendiri berasa teruja untuk menerima tarbiyah.
tarbiyah untuk membawa diri saya maju ke hadapan,
moga-moga saya dapat memberi manfaat yang lebih besar untuk Islam.

p/s: masih ada isi. tapi tersirat. pk sendiri ye.haha
btw, 'mata wang' merupakan saya punya derivative untuk mata duitan.
kenapa tak jadi 'mata wangAN' (imbuhan an)?
saya punya sukalah. ini blog saya kan? haha
gurau aje k.

Thursday, October 15, 2009

W=Fd - siri Masyarakat Melayu Melucukan?

ini siri kedua saya bagi tajuk ni.
dan saya ada beberapa perkara untuk digarisbawahkan atau dalam bahasa Inggerisnya dihighlightkan sebelum anda mula membaca.
(garisbawah=highlight? jgn difikir yang rumit-rumit.ahah)

pertamanya saya bukanlah menulis untuk membuat siapa-siapa melenting.
sebab kalau ada yang melenting, akan mula perpecahan.
dan saya tak suka perpecahan seperti saya nyatakan dalam satu blog saya yang lain berkenaan prinsip saya menulis dan mengarang.

keduanya, saya bukanlah anti-Melayu.
dalam kad pengenalan saya juga ditulis Melayu walaupun pada asalnya saya berbangsa Arab.
mula menjadi Melayu sejak pembentukan Malayan Union
(MU-bukan sekadar Manchester United.ahah),
menurut satu sumber yang saya boleh percayai.
apabila nenek moyang saya menjadi Melayu untuk pembentukan Malayan Union, itu menunjukkan nenek moyang saya juga berjasa dalam usaha memerdekakan Malaysia.
adakah ada sebab untuk saya membenci Malaysia ataupun Melayu?

dalam satu siri kartun yang saya tonton, seorang pembuat kapal berkata kepada pekerjanya,
"tak kira kapal yang kamu bina itu menjadi kapal lanun atau kapal Polis Laut, kamu harus berbangga kerana mencipta kapal itu. Kapal itu menjadi Kapal Lanun apabila Lanun menaikinya dan memasang bendera yang ada tengkorak. dan kapal itu menjadi kapal Polis Laut apabila Polis Laut menaikinya dan memasang bendera yang ada seagull. bukan kerana kamu yang membinanya."
menyahut seruan itu, ya, saya juga berbangga kerana menyumbang untuk kemerdekaan negara.

saya juga cintakan negara ini.
dan saya juga seorang nasiaonalis.
nasionalis bertauhid bak kata seorang rakan saya.hehe.jgn marah.

tapi adakah anda rasa saya sayangkan negara ini dan bangsa ini hingga saya sanggup biarkan mereka lakukan apa yang mereka suka, apa yang mereka hendak hingga tersesat jauh dari landasan sebenar.
oh tidak. saya masih rasional dan masih berfikiran secara relevan.

jadi ayuh kita lihat dalam fail situasi saya, yang dah berkurun saya tak buka.

konsep formula W=Fd

itu satu formula yang saya belajar ketika kecik-kecik dulu, dan akan belajar lagi semester hadapan. kalau salah, betulkan.hehe

konsep work done, W ialah force, F didarabkan dengan displacement, d.

Force itu merujuk kepada jumlah force dalam satu vector sahaja.
dan displacement pula ialah (bagi yang tak faham istilah fizik) jarak awal ditolak dengan jarak akhir. (kalau tak silaplah.haha)

namun seandainya jumlah force yang mempunyai vector positif, sama dengan jumlah vector negatif, maka jumlah forcenya adalah kosong.
dan kalau jumlah vector negatif adalah lebih besar daripada jumlah force yang mempunyai vector positif, maka forcenya akan jadi negatif. betul?
(common sense could tell you that.haha)

pengaplikasian formula W=Fd

sedar tak sedar, (sebahagian sedar, dan sebahagian lain tidak),
sebenarnya formula ini juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
saya tidak maksudkan mengaplikasikan secara abstrak.
sebelum mengangkat barang ataupun menolak sesuatu beban, dikira terlebih dahulu untuk memastikan hasil yang memuaskan atau dalam istilahnya, efficient work.

namun apa yang saya maksudkan ialah pengaplikasian formula tersebut dalam pengkaderan individu-individu muslim yang akan menjadi tonggak negara Islam yang kita idamkan.
(ini bukan soal politik setempat, tapi politik antarabangsa)
negara Islam yang saya maksudkan bukanlah sebuah negara yang dipimpin PAS,
tapi negara yang warganegaranya terdiri daripada individu-individu muslim yang mendapat tarbiyah secukupnya.
pengaplikasian formula tersebut dalam pengkaderan individu muslim, dalam usaha pentarbiyahan.

kali ini saya membahagikan tarbiyah kepada 2, iaitu tarbiyah positif dan tarbiyah negatif.
kita assume positive force sebagai tarbiyah positif, dan negative force sebagai tarbiyah negatif.
seperti kita bincangkan tadi,
seandainya positive force adalah sama dengan jumlah negative force,
maka jumlah forcenya adalah sifar atau kosong.
dan apabila nilai sifar dimasukkan dalam formula W=Fd,akan menjadi

W=0xd

jawapannya kosong.

dan seandainya jumlah negative force adalah lebih besar daripada positive force pula,
net forcenya juga adalah negatif.
dan apabila nilai negatif itu dimasukkan dalam formula tersebut,
maka jumlah work done adalah negatif.

manusia mempersoalkan, adakah wujud perkara sebegini?
saya jawab ya.

adakah anda sedar wujudnya tenaga-tenaga untuk mentarbiyah pemuda zaman sekarang ke arah positif, dengan erti kata ke arah mendokong dakwah Islamiyah?

dan adakah anda sedar kewujudan tenaga-tenaga untuk mem
buatkan pemuda zaman sekarang melupakan tanggungjawab mereka untuk mendokong pembentukan khilafah Islamiyyah?

yahudi?
illuminati?

oh tidak.
nampaknya kalian telah berjaya dikaburi.
kita terlalu banyak menyalahkan yahudi, illuminati dan pelbagai lagi pihak yang lain.
dan kita tak nampak usaha dari dalam negara untuk mem
alingkan pemuda-pemuda Islam.

takpelah. kalau taknak percaya kita rujuk fail peristiwa.

[buka fail peristiwa]

situasi 1

kita sedia maklum kewujudan beberapa organisasi yang berjuang menolak cinta monyet, melarang anak-anak muda bercinta dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan cinta.
itu kita sedia maklum.
tak perlu lagi dibicarakan.
kita ambil ini sebagai positive force.

tapi ada juga usaha-usaha untuk mendidik anak-anak seawal usia 10 tahun untuk bercinta.
ridiculous right? tapi itulah fakta.

contohnya dalam kisah Hikayat Putera Shazlan yang menjadi kegemaran adik-adik saya.
ditayangkan semalam, lebih kurang waktu sebegini jugak.

Shazlan meminati seorang gadis, dan buku hikmat itu mengajarnya dari A hingga Z bagaimana untuk memenangi hati gadis tersebut.
beri coklat, berjumpa, ajak makan malam dan sebagainya.

dan filem-filem serta drama-drama Malaysia.
apa tema yang lebih banyak dan jelas menonjol?
tidak lain tidak bukan, cinta.
di sana cinta, di sini cinta.
di sana bukan mahram berpegangan tangan, di sini bukan mahram berpelukan.
itu produk atau work done yang secara jelas dapat dilihat.
dan jelas juga sebagai negative work done.

dan kita?
di mana force kita?
di mana pula work done kita?

mungkin ada, tapi terlampau kecil, hingga yang negatif menguasai yang positif.
inikah daulah Islamiyah yang kita idamkan?

Situasi 2

kita seringkali mendengar ayat ni, terutamanya rakan-rakan hamalatul quran saya,

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."

Al-Ahzab 33:33
nah. saya dah highlightkan untuk kalian salah satu kehendak ayat tersebut, iaitu jangan bertabarruj seperti tabarruj jahiliyyah zaman dahulu.

yang ini mungkin kurang ditekankan dalam masyarakat kita.
malah, perkataan tabarruj itu juga andai disebut, kita pasti ditanya kembali.
dan, lebih mengaibkan apabila yang menyebut juga tidak tahu menjawab apabila ditanyakan kepadanya.

namun apa yang jelas, seruan bertabarruj itu yang bergema lebih kuat.
aurat yang membawa maksud sesuatu yang memalukan, diajak untuk dihias, dan kemudian didedahkan untuk perhatian orang ramai.
untuk dikagumi dan dipuji.

sebentar tadi baru saya terperasan satu rancangan televisyen,
entah apa namanya.
juga entah di saluran berapa,
mengajar, atau dalam bahasa lain, mentarbiyah ibu yang mengandung untuk berhias,
agar dilihat dan dikagumi oleh orang ramai.

dan dalam Hikayat Putera Shazlan yang sama,
ketika Shazlan berjaya mengajak gadis tersebut untuk makan malam bersamanya,
gadis tersebut beria-ia masuk ke bilik mengeluarkan segala macam pakaian yang ada dalam closetnya, mencuba satu persatu, mana yang lebih cantik untuk dikenakan.

dengan rantai leher, crown dan pelbagai lagi.
aksesori yang sebegitu lengkap, cukup mengejutkan untuk dimiliki bagi anak-anak sebesar itu.
mungkin pelik saya yang bukan berasal dari keluarga berada.
tapi saya sendiri yang cetek pemikiran ini, berfikiran,
andai saya selaku ibu bapa,
tak mungkin saya akan berikan itu semua kepada anak saya.
itu terlalu berlebihan.
(harapnya bukan sekadar di bibir sahaja. moga Allah beri kekuatan.)

dan dalam tajuk yang sama juga, sebentar tadi saya ke kedai membelikan sedikit barang dapur untuk emak.
sengaja saya memilih basikal.
mungkin kerana saya sudah sebati dengan basikal, sejak masuk ke Darul Quran.
kenapa tak naik motosikal?
sebab saya nak naik basikallah.

secara relatifnya, apabila saya mengayuh basikal, kelajuannya memang tidak boleh mencapai keljuan motosikal. itu motif saya menyebutkan saya menunggang basikal.

lalu di satu simpang, sebiji motosikal ditunggangi seorang wanita lalu.
dan beberapa minit kemudian saya tiba di simpang itu.
dan hidung saya menangkap satu bau yang,
Masya-Allah...!
sakitnya hidung! hehe
(yeah i mean it. memang sakit hidung)

dan jarak saya dari motosikal itu saya kira ketika itu sudah mencapai 200 meter.
dalam jarak 200 meter masih lagi saya dapat menghidu wangian itu.
itu adalah bau yang dicampur bau asap ekzos motosikal.
macam mana agaknya bau wangian itu andai saya membonceng motosikal tersebut bersama wanita itu.
bayangkan sendiri, dan jangan termuntah. hehe

situasi 3

sebentar tadi juga, ketika makan tengahari, (oh kantoi saya tak puasa.hehe)
sengaja saya makan di hadapan televisyen,
dan tertonton sebuah rancangan.
entah apa tajuknya.

seorang lelaki lembut ditegur seorang pengawal keselamatan kerana 'kelembutannya'.
kerana terlampau melenggok,
dan cara cakapnya juga yang membuat saya sendiri hampir termuntah.

dan apa yang melucukan, lelaki lembut tersebut mengadukan kepada seorang wanita.
dan ya, memang wanita itu bukan wanita yang lemah lembut,
tapi yang 'keras'. punyai sifat yang seharusnya ada pada lelaki.
dan wanita itu yang menuntut bela untuk lelaki lembut tadi.

wanita membela lelaki?
aduh. nampak sangat dunia sudah terbalik.

dan apabila mereka naik ke pejabat,
wanita itu berkata kepada lelaki lembut tersebut,
"apasal kau sedih sangat ni? buat apa kau pedulikan cakap-cakap mamat-mamat kat bawah yang takde sivik tu?"

dunia memang sudah terbalik.
yang melanggar fitrah mengata kepada yang menegur, bahawa yang menegur tak punya sivik?
adoi. saya sudah pening. hehe

entah bagaimana masyarakat zaman sekarang mengukur sivik itu.
adakah dengan bekerja di pejabat yang mempunyai hawa dingin itu dikira bersivik?
atau adakah dengan miliki pangkat yang tinggi atau panggilan hormat yang berjela itu dikira sivik?

itu force di sebelah vector negatif.
apa pula force di sebelah kita?

mungkin ada, tapi terlampau kecil hingga tak dapat dikesan

[tutup fail peristiwa]

cukuplah kiranya sekadar itu saya mengkritik.
terlampau banyak berbicara juga tak baik untuk diri sendiri.

ada kala kita terlalu banyak menegur orang, hingga hampir terlupa masalah sendiri.
sedangkan mata saya yang terlebih dahulu melihat entry ini.
telinga saya yang terlabih dahulu mendengar.
dan minda saya yang terlebih dahulu mentafsir.
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berpikir?

Al-Baqarah 2:44
ayat ini terlebih dahulu menghentak batang hidung saya sebelum orang lain.
maka saya juga tidak boleh lupa untuk islahkan diri saya seiring dengan islah dan dakwah masyarakat.
moga amal ini diterima.

p/s: mintak maafla kepada yang minat gaya menulis saya yang merepek2 tu.
ada kalanya kena tugar gaya, tak gitu? ;)

Friday, October 9, 2009

kisah kereta-kereta saya

ini kisah tentang kereta-kereta saya.
saya ulang.
KERETA-KERETA saya.

ya, anda tak salah baca.
memang
plural pun. maknanya banyak.
saya memang ada banyak cerita. maksud saya kereta.


posting kali ni mungkin agak merepek.
saya jamin, insya-Allah agak merepek.
tapi saya juga janjikan ada pengajaran di sebalik kisah ni.

dan tujuan
posting ni sebenarnya, untuk memberi penjelasan kepada beberapa orang rakan, terutamanya yang sorang ni tentang tohmahan mereka terhadap saya, kononnya saya tak punya lesen.

untuk pengetahuan, saya punyai paling kurang, 2 kereta.
satunya Mitsubishi Eclipse,dan satu lagi, EVO. (nama penuhnya tak ingat.tapi Mitsubishi jugaklah)
kenapa Mitsubishi? namanya tak sedap kan?
satunya sebab logo dia lawa.heheh.
keduanya sebab adik saya suka mitsubishi.
dan saya telah pun beli kereta ketiga saya, Porsche Cayman S.

ketiga-tiganya warna hitam, dan ketiga-tiganya ada
vinyl (merah atau oren) lebih kurangla. saya tak kenal warna. ahah
tapi saya juga kerap tukar warna kereta-kereta tu, supaya polis tak kenal kereta-kereta saya.
cuma EVO tu je yang pernah kantoi.
jadi diorang dah tau saya drive EVO. alahai~


lain kereta punyai performance yang berbeza.
EVO contohnya, punyai
handling yang lebih tinggi daripada Eclipse.
dan Eclipse pula, punyai
top speed dan acceleration yang lebih tinggi berbanding Evo.
jadi saya pilih antara satu mengikut keperluan.

kalau jalan yang ada banyak selekoh, saya pilih Evo, dan kalau jalan lurus, saya pilih Eclipse.
tapi banyak kali jugak saya tersalah pilih.
(pada hakikatnya memang tak reti pilih.ahah)


jadi apa ada pada fikiran anda sekarang?
saya punyai 2 buah kereta dan saya seorang pemandu yang handal kan?
haha. kalau nak datang langkawi, sila contact saya ya.

saya punyai beberapa orang kawan yang dah beberapa kali kata nak datang langkawi.
ini cuma trip bersama kawan-kawan.
jadi mereka nak saya
drive.

saya katakan,
"haha.aku baru lesen L"
lalu mereka ketawakan saya.
termasuk tuan blog tadi.
(katanya blog dia tak ramai yang baca.jadi saya tolong
promotekan.hehe.jgn marah fuad)

Lesen L bermakna saya tak boleh pandu kereta.
jadi apa pula cerita dengan 3 buah kereta saya tu?
kalau kalian faham, itu koleksi kereta saya dalam Need For Speed Most Wanted.ahah
dalam game tu je saya dapat ekspresikan segala yang saya nak.
nak beli kereta banyak-banyak.
nak
drive laju-laju.
nak
test power kereta.
nak
upgrade habis-habis.hehe

jadi kesimpulannya, nanti saya akan dapatkan lesen, dan saya boleh drive kawan-kawan tour Langkawi. kawan baik saya juga. ;)

ouh.lupa masukkan pengajaran.
sebenarnya masa main NFS tu, ada kalanya saya tak boleh menang perlumbaan hanya dengan sekali main.
ada kalanya
roomate saya menjadi mangsa saya melepaskan tekanan (menjerit je pun) sebab berkali-kali kalah dalam perlumbaan.
walaupun saya pilih kereta paling laju.
saya masih kalah.

dan kereta lawan saya,
performance dia cuma separuh dari performance kereta saya.
jadi kenapa saya kalah?
bak kata adik saya, saya takde
skill.hahah

betul jugak.
walau selaju mana dan sehebat mana kereta saya, kalau jalan seinci langgar tembok,
macam mana nak menang?
jadi itulah yang penting.
bukan kerjasama saya seperti yang didoktrinkan kepada kalian,
tapi skill juga amat penting.

kalau kalian miliki pensel paling mahal di dunia, dan baca buku Biologi 10 kali khatam pun, tapi tak ada skill nak jawab soalan, macam mana nak
score?
kecuali kalau Allah dah tetapkan kalian
score.heheh

pengajaran untuk saya.
develop skill.
bukan untuk NFS, tapi untuk Biology 2, sem hadapan.
dan Fizik juga. serta Mathematics. dan Computer. dan EAP.
adoi. banyak pulak. haha. tak kisah. insya-Allah,
i'll do even better than this sem.

p/s: da tak main game lagi da.haha

Sunday, October 4, 2009

bebaskah merdeka?

tanggal 29 september 2009 merupakan hari menakutkan yang kurang menakutkan.
alhamdulillah, dengan bantuan Allah soalan final math berjaya diharungi.

100% kah?
haha. mustahil.
saya tertinggal 2 soalan berjumlah 10 markah.
macam mana boleh tertinggal?
hanya Allah yg tahu.
yg penting, I did my best.

bermula tarikh itu juga pertarungan separuh nyawa untuk peperiksaan akhir biologi bermula.
saya dan beberapa orang sahabat berkampung di Mahallah Aisyah (nama sebenar Mahallah Umar Al-Khattab 2, tapi nama Mahallah Aisyah lebih sedap bunyinya.hehe) dan mengulangkaji biologi dan diselangi dengan ulangkaji PES. hehe

dan hasil pada pagi 2 oktober 2009, hanya Allah yg tahu.
ada sebilangan rakan saya yang tersenyum lebar mengalah Ronald McDonald.
(saya cuma pinjam nama.saya masih memboikot produk tersebut.dan harapnya pinjaman ni tak disaman :p)

tepat jam 11.20 saya mula countdown masa tamat peperiksaan.
dengan mata yang rabun saya merenung jam dinding.
disebabkan rabun, saya terpaksa merenung lebih lama untuk mendapatkan fokus yang tepat.
namun kelihatan mata lain merenung saya kembali.
pengawas peperiksaan.
(oh dia mesti syakkan saya cuba melakukan sesuatu yang kurang sopan)
lalu saya menundukkan kepala.

"please check your answers, double check and triple check"
pesanan dari pensyarah saya yang penyayang.

dan apabila tamat peperiksaan, saya ingat saya sudah merdeka, tapi,
"syahmi can u please fetch my laptop and send it to my room?"
owh.haha.saya tak kata apa-apa.
(i mean it.i didnt say anything ;))

dan saya yang terlupa mana satu kereta yang pernah saya tumpang 2, 3 kali itu terpaksa bertanya kepada rakan yang tak pernah menaiki kereta tersebut.
memalukan, kan?
haha.
u know how i feel at the moment ;P

dan ketika dalam bilk Bro Mahathir, kami (saya dan beberapa rakan yang menyibuk :P) berbincang tentang beberapa perkara untuk dilaksanakan pada masa hadapan.
dan pesanan yang saya dapat, agar terus mengulangkaji pelajaran.
haha.dan memang itu yang ada dalam minda saya ketika tamat peperiksaan tadi.
saya takkan tinggalkan latihan math, dan takkan tinggalkan buku biologi.
anda ingat saya main-main?
haha.
ini bukan poyo-poyo ok?
i mean it.

saya taknak nanti apabila di semester 2,
saya tak ingat tambah tolak darab bahagi yang saya belajar ketika di tadika.
(tadika belajar darab bahagi kah? ah. pedulikan. :p)

dan saya taknak apabila di semester 2 nanti saya terlupa kaitan suasana berdebu dengan concentration of oxygen yang saya goreng ketika ditanya seorang junior.haha

to recap, (baru belajar semalam masa cari cheat game :p)
saya taknak futur, dan akan terus berjuang.

p/s:
saya selitkan mesej tersirat dalam post kali ni.
ini soalan EPT versi melayu.
please figure it out for yourselves. :p
dan sebenarnya, saya masih ada ujian speaking.
tapi entah kenapa, selepas biology, terasa bahu ini seolah-olah sudah tiada langsung beban.
alhamdulillah.
Tuhanku, mudahkan!

Monday, September 21, 2009

bagaimana syawal kita?

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan hanya bagi Allah segala pujian.
(cube tnya student BAR betul tak saya punya translation kalau tak caye)

tatkala jam menunjukkan 8 malam, 19 september 2009,
(masa tu belum tau tarikh hijrinya sebab penimpan mohor besar raja-raja belum umum)
saya bersedia dengan juzuk 30 untuk tarawih malam ke 30,
berharap dengan usaha muraja'ah yg dilakukan boleh meringankan sikit tarawih yang akan dilaksanakan.
saya betul-betul menumpukan perhatian pada usaha muraja'ah tersebut.

hingga tiba-tiba,
"YEAY!! ESOK RAYA..!!"
saya sedikit terkesima, atau perkataan yg lebih tepat, tergamam dan terpaku mendengarkan suara lembut 2 orang kanak-kanak perempuan menjerit kesukaan.

"eh budak-budak ni biar betul. takkan esok raya?"
secara jujurnya saya masih mengharapkan sekurang-kurangnya sehari lagi ramadhan untuk menjelma, sekurang-kurangnya untuk saya.
(haha.bunyinya agak tak adil kan?)
ini bukan satu percubaan mencipta ayat-ayat poyo,
tapi sebenar-benarnya saya mengharap kehadiran ramadhan walau hanya sehari.
walau hanya sehari.

sungguh saya akui,
ramadhan yang berlalu selama lebih 25 hari di uia,
berlalu agak sia-sia bagi saya, secara peribadi.
mungkin kerana saya kurang bersedia untuk menghadapi ramadhan,
mungkin juga kerana saya kurang berada dalam jemaah yg kuat zauqnya.

di situ saya menyedari kesahihan kata-kata Hassan al-Banna,
"tidak ada kekuatan kecuali dengan jamaah"
saya tak membuka ruang untuk mana-mana individu beraliran sufi untuk membahaskan tentang frasa ini, dalam blog saya.
cuma saya harap saya benar-benar mengambil iktibar untuk masa akan datang.
dan kali ini saya takkan membicarakan tentang ciri-ciri jemaah yg sepatutnya dipilih,
menurut Allahyarham Dr. Fathi Yakan.

malam satu syawal berlalu tanpa tidur,
tapi sayang sekali saya tak menyahut seruan seorang senior saya untuk memanfaatkan malam satu syawal. banyak fadhilatnya. memang banyak.
tapi yang jelasnya, saya lebih menyahut seruan final exam yang akan menjelang beberapa hari lagi.
(anda pun tahu macam mana rasanya menghadapi final exam)
namun saya mengharapkan agar tungkus lumus saya malam itu, diterima sebagai ibadah.
tapi siapa sangka menjelang jam 5, selepas 2 rakaat menghadap Yang Esa,
tersungkur juga saya.haha.

raya kali ini kurang terasa keriuhannya, kurang terasa kelam-kabutnya.
mungkin kerasa kurangnya tenaga 2 insan penting dalam keluarga saya,
adik saya, dan ibu tercinta.

namun sunnah 1 Syawal tetap disusuri.
dan kerana kurangnya kemampuan ibu, kami memilih untuk solat hari raya di satu masjid berdekatan dgn rumah nenek, masjid tempat bersemadinya jasad datuk tersayang.
tapi siapa sangka suasana di masjid ini agak memberi pengajaran bagi saya.
untuk diri sendiri.

saat melangkah ke dalam masjid, kelihatan cuma beberapa kerat manusia.
dan beberapa insan berusia lebih separa abad kelihatan memandang saya dgn pandangan yg...
menakutkan.
*ugh..macam melampau.tapi memang pandangan yang menakutkan*
saya menghulurkan tangan untuk bersalaman, berharap dgn sentuhan kulit dapat mengendurkan ketegangan.

seterusnya saya mengambil tempat berhampiran tempat imam, melihatkan tempat itu kosong.
mendengarkan takbir yang syahdu, saya mula mengikut.
mikrofon bertukar-tukar tangan, dan takbir dilaungkan dgn nada-nada yang berlainan.
terasa indah diversity di bumi Allah yang indah ini.
melihatkan deretan kubur yang terletak di hadapan masjid melalui tingkap,
saya mula merindui saat kematian.
mungkin agak gila bunyinya, tapi kematian adalah saat yang saya benar-benar rindukan.
tapi saat terpandang bumi hijau ini, hati ini segera terpaut pada keindahan dunia.
betapa jelas keindahan dunia mampu melekakan hati dari mengingati mati.

baru sekejap tadi saya merindui mati,
tapi tatkala memandang bukit yang menghijau, hati ini lekas sekali terpaling.

mikrofon akhirnya sampai ke tangan seorang kanak-kanak yang menyejukkan hati yang memandangnya.
dengan suara yang halus, takbir mula berkumandang di corong pembesar suara di masjid.
jelas kedengaran kefasihannya, tajwidnya yang hampir sempurnya, dan alunan suaranya yang dapat menghidupkan hati yang mati, mengubati hati yang sakit.
mungkin kerana dia masih suci dari dosa,
lalu Allah kurniakan dia kemuliaan sebegitu.
dan Allah kurniakan dia kebolehan mengubati hati dengan alunan kalam suci.

tapi secara tidak sengaja saya terpandang seorang pembesar masjid warga separuh abad.
dengan pandangan tajam dia merenung kanak-kanak itu.
pandangan yang sesiapa sahaja mampu faham.
pandangan yang bermaksud, "eh, hentikan, budak-budak!"

lalu seketika kemudian, seorang dewasa di sebelahnya mengambil kembali mikrofon.
barangkali takut dengan pandangan tajam pakcik separuh abad tersebut.haha

masjid semakin dibanjiri para muslimin yang sama ada mengikut sunnah mendirikan solat aidil fitri, ataupun mengikut adat, pagi raya kena pergi solat.
datang seorang pakcik yang kelihatannya tawadhuk, menghulur tangan bersalaman dengan saya, dan saya menyambutnya dengan tawadhuk juga.
saya tak mampu menyangkal,
sikap tawadhuk akan melahirkan tawadhuk dari hati yang lain jugak.
setuju?

dan begitulah pengajaran yang saya peroleh pada pagi yang cukup indah itu.
dan rumah kami,
tidak juga seperti tahun-tahun sebelumnya.
rumah kami diserbu para pelawat!

moga kehadiran mereka benar-benar membawa rahmat,
pemergian mereka menghilangkan dosa!

p/s: dalam ujian sentiasa ada rahmat.

Thursday, September 17, 2009

salam 27 Ramadhan..

27 Ramadhan sudah menjelma.
dan tarikh ini secara peribadinya teramat istimewa buat saya.
pada masa-masa lalu, masa sekarang, dan juga masa akan datang.

rata-rata rakan-rakan sudah mula menangisi keberangkatan Ramadhan yang bakal menjelma.
dan tidak lupa jugak yang sudah mula bersiap-siap dengan sambutan hari raya.

namun bagi saya, 1 Syawal jarang pernah membakwa apa-apa makna,
melainkan hari menerima keputusan sepanjang proses tarbiyah sepanjang ramadhan.

adakah berada dalam period tarbiyah ini memadai untuk saya beroleh pangkat IMTIYAZ yang membawa hadiah TAQWA sebagaimana ditawarkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang kerapkali kedengaran sepanjang Ramadhan.?


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa

sengaja saya highlightkan pada kalimah 'mudah-mudahan kamu bertaqwa' kerana apa yang jelas pada masyarakat kita, ialah, sesuatu yang tidak jelas.

"kenapa kamu berpuasa?"
dan antara jawapan yang bakal diterima adalah,
"puasa kan wajib.."
"dah Allah suruh puasa, puasa jelah"


dan andai ditanya pula kepada sekelompok yang lain,
serta merta mereka melenting,
"eh kau sape nak persoal benda-benda wajib ni?"

serta merta fikiran saya menerawang pada satu persoalan yang pernah dilontarkan oleh tutor saya ketika program Friendly Comparative Religion,
"adakah Islam itu agama yang berasaskan blind faith semata-mata?
adakah Allah itu Tuhan seperti yang digambarkan dalam Bible, suka hamba-Nya berada dalam keadaan tak mengetahui apa-apa?"

But of the tree of the knowledge of good and evil, thou shalt not eat of
it:
book of genesis, chapter 2, verse 17

adakah Tuhan sebegini, dan sekaligus contradict suruhan-suruhan mencari ilmu dalam quran dan hadis, seperti


Abu Musa al-Ash'ari reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as
saying: Keep refreshing your knowledge of the Qur'an, for I swear by Him in
Whose Hand is the life of Mahammad that it is more liable to escape than camels
which are hobbled.

Muslim, book 4, hadith 1727


lalu dengan ini saya menyeru manusia seluruhnya, terutama diri saya sendiri untuk membetulkan zann terhadap Allah.
kerana bagi setiap suruhan dalam Al-Quran, mahupun hadis,
ada objektifnya.
ke atas kitalah untuk merungkai hikmahnya.

moga dengan Ramadhan yang hampir meninggalkan kita, kita beroleh walau secebis dari piala taqwa. Ramadhan belum berakhir, teruskan bermujahadah!

Saturday, August 22, 2009

tak ikhlasnya kita..

untuk mengelakkan sape2 dari kecik hati,
anggap je 'kita' dalam artikel ni merujuk kepada saya.
cuma saya.
ok?
sedia?
baca bismillah dan terus baca.

masuk je maghrib tadi,
menandakan dah masuk 2 Ramadhan.
kurma 2 biji menjadi santapan.
kemudian air.
itu je.
kenapa saya tak makan lain2 lagi?
saya sebenarnya takde mood nak makan. atau lebih tepat lagi, MALAS! encem
tapi hakikatnya, Allah dan kawan baik saya je tau.

saya baru pulang dari menyertai satu program latihan di Port Dickson.
apa namanya dan siapa penganjurnya, biarlah rahsia.
namun apa yang mampu saya komen tentang program tu,
"kira okayla.."

saya bukan tak ikhlas bagi komen,
tapi dah nama program pun latihan, so kebanyakannya menumpukan kepada aktiviti outdoors seperti membina rakit, compass marching dan explorace yang saya dah beberapa kali join.
so saya cuma diamkan diri sepanjang program, dan biarkan orang lain pula yang menimba pengalaman.
pada masa-masa yang diperlukan barulah tunjuk power sikit. hehe

tapi bukan itu highlight saya kali ni.
cuba amati apa saya nak katakan.

memandangkan aktiviti-aktiviti seperti deisebutkan tadi, dah beberapa kali saya buat,
jadi saya punya banyak masa untuk meneliti dan menganalisa keadaan sekeliling, termasukla para committe dan peserta.

bukan niat saya untuk buruk sangka,
tapi saya mengharapkan agar saya mampu belajar dari mereka.
dalam pemerhatian saya, saya dapati ada beberapa orang yang cuba menonjolkan diri dia.
ya. itu bagus.
anda pergilah mana-mana ceramah motivasi pasti akan disentuh pasal, "TONJOLKAN DIRI ANDA!!"
tapi atas dasar apa kita perlu tonjolkan diri kita?

Umar Al-Khattab, Abu Bakr As-Siddiq, 'Uthman bin 'Affan, 'Ali Abi Talib.
kesemua kita menghafal nama-nama insan ulung ini.
mereka terkenal sebagai Khulafa' Rasyidin,
yang berjaya membawa Islam ke mercu dunia.

cuba kita renungkan kembali.
pernahkah satu saat dalam hidup mereka,
mereka berikan keistimewaan kepada diri mereka sendiri untuk menunjukkan bahawa mereka adalah insan yang hebat?
tak pernah bukan?
tapi kenapa kita perlukan sesuatu untuk tunjukkan kepada orang bahawa kita merupakan seorang yang hebat, tinggi pangkat dan sebagainya?
saya berfikir bukan sejenak untuk mencari jawapan.
tapi saya cuma temui satu.
kerana kaliber kita tidak cukup untuk menaikkan kita di mata manusia.

dan pada hakikatnya,
untuk apa kita bekerja?
untuk redha Allah kah,
atau redha manusia?

adakah kita bekerja untuk memastikan Islam hidup subur dalam hati setiap anak Adam,
atau untuk kita diperhatikan, lalu, kalimah,
"wah..mantapnya dia ni.." terpacul dari mulut satu persatu jiwa yang memerhatikan?
saya cuma mengingatkan diri sendiri agar tidak lalai di lain kali.
agar hati ini mampu untuk diikat hanya pada Allah.
agar setiap amal saya tertumpu hanya pada Allah.

kembali ke UIA PJ.
sedia untuk solat isyak.
atau lebih tepat lagi, masbuk. Astaghfirullah.
tapi ini juga terdapat pelajaran bagi saya.

di universiti islam ini saya masih dapati,
apabila masbuk, dan dia tidak sempat untuk ruku' bersama imam.
(mungkin anda lebih selesa jika menganggap 'dia' itu adalah saya. baiklah begitu.
anggaplah 'dia' adalah saya)
apabila saya tidak sempat untuk ruku' bersama imam, bermakna saya tidak mendapat rakaat tersebut.
lalu saya rela untuk tunggu hingga imam habis sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan bangun untuk rakaat seterusnya, barulah saya angkat takbiratul ihram untuk sertai imam untuk solat.

pandangan saya yang pertama,
"wah. ni satu tindakan yang bijak.
betul jugak kan? dah tak dapat rakaat tu, baik tunggu je sampai imam bangun untuk rakaat seterusnya"

tapi satu persoalan,
adakah kita solat semata-mata untuk mengejar rakaat,
ATAU
solat kita adalah untuk bertemu Allah?
perlukah kita berkira rakaat untuk bertemu Dia?
juga peringatan buat saya.

selesai solat isyak,
muazzin mula mengumumkan untuk solat tarawih.
para makmum manyambut baik setiap selawat yang dilaungkan muazzin.
saya jadi kagum.

namun ketika imam mula membaca fatihah,
saya dapati bacaannya agak cepat berbanding solat fardhu yang lain.
kenapa ya?
nak habiskan tarawih cepat ye?

saya teringat zaman kanak-kanak saya.
apabila ayah mengajak ke masjid untuk solat tarawih, saya menjawab,
"imam masjid tu baca lambat sangat. pukul 10.30 baru 8 rakaat"
saya tak salahkan diri saya yang jahil ketika itu.

tapi kenapa sekarang baru saya sedar?
kalau habis tarawih awal, apa saya dapat?
dapatkah pahala untuk solata yang sebegitu rushing?
kalau habis awal, apa saya nak buat?
sembang bersama kawan-kawan?
bukankah lagi baik saya solat daripada bersembang?
bukankah Ramadhan tidak datang selalu?
malam kedua Ramadhan.
adakah wujud malam kedua Ramadhan kali kedua untuk tahun ini?
pemikiran sedemikian mendorong saya untuk lebih menghargai tiap detik yang berlalu dalam Ramadhan.

pada hemat anda,
manakah yang lebih baik?
solat 8 rakaat yang khusyuk dan tertib,
atau 20 rakaat yang yang seperti kereta formula 1?
renungan untuk diri sendiri.

Sunday, August 16, 2009

Selsema Babi vs Ramadhan

selsema babi atau nama sopannya H1N1 sudah terlampau terkenal.
tak perlu lagi pendefinisian apa itu H1N1 dan bagaimana merebak.

di awal buku maza yakni intima' lil islam Allahyarham Fathi Yakan menggariskan beberapa isi penting.
dalam bab yang pertama, saya mesti muslim dri sudut akidah,
isi yang kedua,
Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah
mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana
mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu
mencipta sesuatu secara sia-sia
bererti H1N1 yang Allah utuskan juga ada hikmahnya.
ada sebabnya.
ada baiknya.
tapi apa?
saya rasa dua ayat quran yang disebut-sebut di mana-mana ini sesuai untuk dirujuk.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Ruum 30:41
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Baqarah 2:216
hikmahnya ada.
kebaikannya ada.
tapi saya belum fikirkan.
mungkin juga pemikiran manusia belum sampai tahapnya untuk mengetahui hikmah H1N1.
tapi yang pasti,
Allah mahukan kita kembali pada-Nya.

jadi tak perlu saya ceritakan kenapa wujudnya H1N1

tapi satu perkara yang saya rasa terpanggil untuk saya cetuskan.
kenapa di ambang Ramadhan?
kenapa Allah utuskan H1N1 di ambang Ramadhan?

pemikiran saya adalah amat terbatas.
jadi saya lebih suka andai anda sendiri yang berfikir fiqhnya.
fiqh kenapa Allah turunkan H1N1 di ambang ramadhan.

ingin saya kaitkan dengan sirah Nabi.

saya analogikan H1N1 sebagai penyakit budaya jahiliyyah.
dan Ramadhan sebagai pengutusan risalah Islam.

sebelum turunnya risalah,
keadaan masyarakat jahiliyyah adalah sangat teruk.
sangat-sangat teruk.
menurut kitab Fiqh Sirah karya Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti,
golongan yang terpaling jauh dari hidayah
perzinaan berlaku secara berleluasa.
perjudian, arak, peperangan, pembunuhan dan sebagainya.
kerosakan cukup-cukup ketara.
segalanya rosak.

saya analogikan kerosakan yang diakibatkan dengan sebab H1N1 dengan kerosakan golongan arab jahiliyyah.
namun kemudian muncul satu cahaya.
muncul seorang penyelamat dunia yang Allah utuskan untuk sekalian makhluk.
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

dengan membawa garis panduan cara kehidupan manusia.
mengembalikan arab jahiliyyah kepada agama nenek moyang mereka, Ibrahim.
dan agama ini menyediakan jalan selamat bagi semua penganutnya di dunia dan akhirat.

lalu kehidupan jahiliyyah berubah serta merta.
maksud saya, berubah secara total.
Umar Al-Khattab contohnya,
dari seorang penyembah berhala menjadi salah seorang sahabat yang dijamin syurga.
dari pembunuh anak perempuannya berubah menjadi seorang khalifah rasyidin.
dari seorang yang keras hatinya,
membunuh sesiapa yang dirasa perlu pada hatinya,
kepada seorang yang mudah menitiskan airmata apabila mendengar ayat Quran.
bukankah ini satu perubahan yang total dari aspek peribadi?
nampakkah kita bahawa cara hidup Islam itu punyai satu kelebihan yang Allah susun untuk mengubah manusia seketara itu?

mari kita letakkan kaitan antara sirah dan zaman sekarang.
H1N1 telah menjadi sebab kewujudan huru-hara dan ketakutan dalam diri setiap individu.
sang ibu takut anaknya dijangkiti H1N1.
sang suami takut isterinya dijangkiti H1N1.
tak terlepas juga sang kekasih.
takut kekasihnya dijangkiti H1N1.
mungkin lain kesnya bagi pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
tapi rata-rata semua orang takut dengan H1N1.

beberapa ketika selepas H1N1 menggemparkan dunia,
Allah datangkan pula Ramadhan.
seperti sirah tadi.
selepas terjadinya kerosakan dalam golongan arab jahiliyyah, Allah datangkan pula risalah Islam.

dalam Ramadhan, Allah berjanji untuk memberi tumpuan lebih kepada ibadah hamba-Nya.
kepada doa hamba-Nya.
seperti termaktub dalam surah Baqarah 2:186.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
perhatikan kedudukan ayat ini dalam Quran.
ayat ini datang betul-betul selepas ayat yang memujuk sekalian orang beriman untuk berpuasa di Bulan Ramadhan.
lalu ditafsirkan bahawa doa pada bulan Ramadhan adalah lebih mudah untuk dimakbulkan.
tapi perlu diingat.
Allah letakkan syarat untuk doa kita dimakbulkan.

maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku
untuk apa syarat ini?
lihat di akhir ayat.

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
lihatlah betapa pengasih dan romantiknya Allah.
Dia utuskan bala.
tapi Dia tak biarkan hamba-hamba-Nya terumbang ambing.
dia utuskan rahmat-Nya bersama.
untuk siapa?
untuk kita.

moga kita selalu dalam kebenaran.
jadi apa kaitannya H1N1 dan Ramadhan?
gunakanlah H1N1 sebagai satu batu loncatan untuk kita menghayati Ramadhan sepuas-puasnya.
moga Ramadhan ini yang terakhir buat saya.

maksud saya, moga saya hayati Ramadhan ini seolah-olah dialah yang terakhir untuk saya.

selamat menyambut ramadhan.

Saturday, August 15, 2009

bila hati kosong..

bila hati kosong..
atau dengan perkataan yang lebih mudah difahami,
bila boring atau takde mood.

saya menulis entry ni merujuk kepada diri saya sendiri.
saya tidak sediakan buat para pembaca apa yang boleh dibuat ketika boring atau takde mood.
namun saya lampirkan pengalaman saya untuk kalian baca, fahami dan apply apa yang patut di mana yang boleh.

hari ini hari sabtu.
sepatutnya saya keluar,ada hal di luar,
tapi atas sebab kesihatan, terpaksa dibatalkan.
sangat sedih.

dan bersendirian di bilik tersangat membosankan.
dari pagi sampai ke malam.
bersendirian. kenapa?
mungkin kerana saya perlu sedikit masa bersendirian.
dan Allah Maha Memahami.
Dia Maha Berkuasa.
Dia aturkan untuk saya betul-betul bersendirian kali ni.

takde teman sebilik.
semuanya balik ke rumah masing-masing.
kenapa?
Allah lebih mengetahui.
Allah yang aturkan.

dari pagi saya menahan perut tanpa mengisi dengan apa yang perut perlukan.
kenapa?
sebab saya rasa makan itu membosankan.

saya cuma berada dalam bilik yang gelap.
tutup tingkap.
tutup langsir.
tutup lampu dan bukak kipas selaju mungkin.

masih rasa bosan.
saya cuba main game.
BOSAN.
cuba sms kawan baik.
gaduh lagi.
BOSAN.

lalu saya buka nota bio.
baca pun tak masuk.

buka buku-buku lain.
mukasyafah al-qulub karya imam ghazali ~ beberapa mukasurat
fiqh al-aulawiyyat yusuf qardhawi ~beberapa perenggan.
syarah al-hikam ibn atho'illlah ~baca 2 mukasurat
haza ad-deen sayyid qutb ~2 mukasurat
maza yakni intima' lil islam fathi yakan buat persediaan untuk study circle ~ tak jadi bukak.

jadi penghujungnya saya tutup kembali semua buku-buku tersebut.
dan fikiran mula menerawang.
macam-macam perkara datang menyerbu.
kalau kata Dr. Abdullah 'Aidh Al-Qarni,
bersendirian adalah racun yang paling berbisa
tapi saya sedang bersendirian.
datanglah racun-racun yang Al-Qarni maksudkan tadi dalam pemikiran saya.
saya memikirkan penjelajahan dalam mukasyafah al-qulub.
karya imam Ghazali.
beberapa hadis yang disertakan tidak disertakan sanad dan martabat.
saya jadi ragu untuk berpegang dengan hadis tu.
tapi bukan bermaksud saya menolak Al-Ghazali.

Fiqh Al-Aulawiyyat.
saya membaca.
dan saya faham.
saya mula melihat gambaran mana yang perlu diutamakan dan mana yang tidak.
saya berfikir adakah saya pernah buat kesalahan dalam memilih perkara yang perlu diutamakan.
jawapannya ya.
kerana saya manusia.

Syarah Al-Hikam.
kali kedua saya menatap kitab ni.
mungkin saya tersalah faham atau tertinggal isi penting ketika membada buat kali pertama.
sebab kali pertama terjemahnya dalam bahasa Indonesia.
dan memang ya.
kali ini baru terasa salahnya diri.

masih lagi bosan.
saya mendengar kuliah sirah.
dan saya sedang mendengar.
syarah raheeq al-makhtum.
rasa rindu pada nabi.
rasa salahnya diri.
sebab terlampau sibuk dengan duniawi hinggakan terlupa untuk merindui baginda.

lantas teringat pada kematian.
satu demi satu ulamak berangkat pulang ke kampung akhirat.
menepati satu hadis nabi yang mafhumnya,
sesungguhnya Allah mengangkat ilmu pada akhir zaman dengan mematikan ulama'
lantas saya terfikir.
bila pula giliran saya?
mungkin Dia belum mahu berjumpa dengan saya.
takpe.
saya akan tunggu masanya.

p/s:
Ya Allah, Kau pisahkan aku dari segalanya, tapi jangan Kau pisahkan aku dari Rahmat-Mu.