Monday, September 21, 2009

bagaimana syawal kita?

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan hanya bagi Allah segala pujian.
(cube tnya student BAR betul tak saya punya translation kalau tak caye)

tatkala jam menunjukkan 8 malam, 19 september 2009,
(masa tu belum tau tarikh hijrinya sebab penimpan mohor besar raja-raja belum umum)
saya bersedia dengan juzuk 30 untuk tarawih malam ke 30,
berharap dengan usaha muraja'ah yg dilakukan boleh meringankan sikit tarawih yang akan dilaksanakan.
saya betul-betul menumpukan perhatian pada usaha muraja'ah tersebut.

hingga tiba-tiba,
"YEAY!! ESOK RAYA..!!"
saya sedikit terkesima, atau perkataan yg lebih tepat, tergamam dan terpaku mendengarkan suara lembut 2 orang kanak-kanak perempuan menjerit kesukaan.

"eh budak-budak ni biar betul. takkan esok raya?"
secara jujurnya saya masih mengharapkan sekurang-kurangnya sehari lagi ramadhan untuk menjelma, sekurang-kurangnya untuk saya.
(haha.bunyinya agak tak adil kan?)
ini bukan satu percubaan mencipta ayat-ayat poyo,
tapi sebenar-benarnya saya mengharap kehadiran ramadhan walau hanya sehari.
walau hanya sehari.

sungguh saya akui,
ramadhan yang berlalu selama lebih 25 hari di uia,
berlalu agak sia-sia bagi saya, secara peribadi.
mungkin kerana saya kurang bersedia untuk menghadapi ramadhan,
mungkin juga kerana saya kurang berada dalam jemaah yg kuat zauqnya.

di situ saya menyedari kesahihan kata-kata Hassan al-Banna,
"tidak ada kekuatan kecuali dengan jamaah"
saya tak membuka ruang untuk mana-mana individu beraliran sufi untuk membahaskan tentang frasa ini, dalam blog saya.
cuma saya harap saya benar-benar mengambil iktibar untuk masa akan datang.
dan kali ini saya takkan membicarakan tentang ciri-ciri jemaah yg sepatutnya dipilih,
menurut Allahyarham Dr. Fathi Yakan.

malam satu syawal berlalu tanpa tidur,
tapi sayang sekali saya tak menyahut seruan seorang senior saya untuk memanfaatkan malam satu syawal. banyak fadhilatnya. memang banyak.
tapi yang jelasnya, saya lebih menyahut seruan final exam yang akan menjelang beberapa hari lagi.
(anda pun tahu macam mana rasanya menghadapi final exam)
namun saya mengharapkan agar tungkus lumus saya malam itu, diterima sebagai ibadah.
tapi siapa sangka menjelang jam 5, selepas 2 rakaat menghadap Yang Esa,
tersungkur juga saya.haha.

raya kali ini kurang terasa keriuhannya, kurang terasa kelam-kabutnya.
mungkin kerasa kurangnya tenaga 2 insan penting dalam keluarga saya,
adik saya, dan ibu tercinta.

namun sunnah 1 Syawal tetap disusuri.
dan kerana kurangnya kemampuan ibu, kami memilih untuk solat hari raya di satu masjid berdekatan dgn rumah nenek, masjid tempat bersemadinya jasad datuk tersayang.
tapi siapa sangka suasana di masjid ini agak memberi pengajaran bagi saya.
untuk diri sendiri.

saat melangkah ke dalam masjid, kelihatan cuma beberapa kerat manusia.
dan beberapa insan berusia lebih separa abad kelihatan memandang saya dgn pandangan yg...
menakutkan.
*ugh..macam melampau.tapi memang pandangan yang menakutkan*
saya menghulurkan tangan untuk bersalaman, berharap dgn sentuhan kulit dapat mengendurkan ketegangan.

seterusnya saya mengambil tempat berhampiran tempat imam, melihatkan tempat itu kosong.
mendengarkan takbir yang syahdu, saya mula mengikut.
mikrofon bertukar-tukar tangan, dan takbir dilaungkan dgn nada-nada yang berlainan.
terasa indah diversity di bumi Allah yang indah ini.
melihatkan deretan kubur yang terletak di hadapan masjid melalui tingkap,
saya mula merindui saat kematian.
mungkin agak gila bunyinya, tapi kematian adalah saat yang saya benar-benar rindukan.
tapi saat terpandang bumi hijau ini, hati ini segera terpaut pada keindahan dunia.
betapa jelas keindahan dunia mampu melekakan hati dari mengingati mati.

baru sekejap tadi saya merindui mati,
tapi tatkala memandang bukit yang menghijau, hati ini lekas sekali terpaling.

mikrofon akhirnya sampai ke tangan seorang kanak-kanak yang menyejukkan hati yang memandangnya.
dengan suara yang halus, takbir mula berkumandang di corong pembesar suara di masjid.
jelas kedengaran kefasihannya, tajwidnya yang hampir sempurnya, dan alunan suaranya yang dapat menghidupkan hati yang mati, mengubati hati yang sakit.
mungkin kerana dia masih suci dari dosa,
lalu Allah kurniakan dia kemuliaan sebegitu.
dan Allah kurniakan dia kebolehan mengubati hati dengan alunan kalam suci.

tapi secara tidak sengaja saya terpandang seorang pembesar masjid warga separuh abad.
dengan pandangan tajam dia merenung kanak-kanak itu.
pandangan yang sesiapa sahaja mampu faham.
pandangan yang bermaksud, "eh, hentikan, budak-budak!"

lalu seketika kemudian, seorang dewasa di sebelahnya mengambil kembali mikrofon.
barangkali takut dengan pandangan tajam pakcik separuh abad tersebut.haha

masjid semakin dibanjiri para muslimin yang sama ada mengikut sunnah mendirikan solat aidil fitri, ataupun mengikut adat, pagi raya kena pergi solat.
datang seorang pakcik yang kelihatannya tawadhuk, menghulur tangan bersalaman dengan saya, dan saya menyambutnya dengan tawadhuk juga.
saya tak mampu menyangkal,
sikap tawadhuk akan melahirkan tawadhuk dari hati yang lain jugak.
setuju?

dan begitulah pengajaran yang saya peroleh pada pagi yang cukup indah itu.
dan rumah kami,
tidak juga seperti tahun-tahun sebelumnya.
rumah kami diserbu para pelawat!

moga kehadiran mereka benar-benar membawa rahmat,
pemergian mereka menghilangkan dosa!

p/s: dalam ujian sentiasa ada rahmat.

Thursday, September 17, 2009

salam 27 Ramadhan..

27 Ramadhan sudah menjelma.
dan tarikh ini secara peribadinya teramat istimewa buat saya.
pada masa-masa lalu, masa sekarang, dan juga masa akan datang.

rata-rata rakan-rakan sudah mula menangisi keberangkatan Ramadhan yang bakal menjelma.
dan tidak lupa jugak yang sudah mula bersiap-siap dengan sambutan hari raya.

namun bagi saya, 1 Syawal jarang pernah membakwa apa-apa makna,
melainkan hari menerima keputusan sepanjang proses tarbiyah sepanjang ramadhan.

adakah berada dalam period tarbiyah ini memadai untuk saya beroleh pangkat IMTIYAZ yang membawa hadiah TAQWA sebagaimana ditawarkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang kerapkali kedengaran sepanjang Ramadhan.?


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa

sengaja saya highlightkan pada kalimah 'mudah-mudahan kamu bertaqwa' kerana apa yang jelas pada masyarakat kita, ialah, sesuatu yang tidak jelas.

"kenapa kamu berpuasa?"
dan antara jawapan yang bakal diterima adalah,
"puasa kan wajib.."
"dah Allah suruh puasa, puasa jelah"


dan andai ditanya pula kepada sekelompok yang lain,
serta merta mereka melenting,
"eh kau sape nak persoal benda-benda wajib ni?"

serta merta fikiran saya menerawang pada satu persoalan yang pernah dilontarkan oleh tutor saya ketika program Friendly Comparative Religion,
"adakah Islam itu agama yang berasaskan blind faith semata-mata?
adakah Allah itu Tuhan seperti yang digambarkan dalam Bible, suka hamba-Nya berada dalam keadaan tak mengetahui apa-apa?"

But of the tree of the knowledge of good and evil, thou shalt not eat of
it:
book of genesis, chapter 2, verse 17

adakah Tuhan sebegini, dan sekaligus contradict suruhan-suruhan mencari ilmu dalam quran dan hadis, seperti


Abu Musa al-Ash'ari reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as
saying: Keep refreshing your knowledge of the Qur'an, for I swear by Him in
Whose Hand is the life of Mahammad that it is more liable to escape than camels
which are hobbled.

Muslim, book 4, hadith 1727


lalu dengan ini saya menyeru manusia seluruhnya, terutama diri saya sendiri untuk membetulkan zann terhadap Allah.
kerana bagi setiap suruhan dalam Al-Quran, mahupun hadis,
ada objektifnya.
ke atas kitalah untuk merungkai hikmahnya.

moga dengan Ramadhan yang hampir meninggalkan kita, kita beroleh walau secebis dari piala taqwa. Ramadhan belum berakhir, teruskan bermujahadah!