Saturday, July 25, 2009

tak inginkah kita kembali?

kadang-kadang langkah terasa berat.
hati terasa pedih.
perjalanan dirasakan terlalu tersangat sukar.

dunia hari ini sudah terlalu berubah.
terlalu banyak berubah.
benar.
saya akui kebenaran kata-kata "to be perfect is to change often"
betul.
selalulah berubah kalau nak jadi sempurna.
tapi dengan syarat,
belajarlah pada setiap checkpoint perubahan.

satu perkara yang perlu direnungkan.
memang kita inginkan dunia ini untuk jadi sempurna.
memang kita ingin negara kita sempurna.
dan memang kita ingin segalanya di sisi kita sempurna.
dan kita cuba terlalu banyak cara.

dan hari ini, inilah hasil yang kita dapat.
sekularism yang terlampau sebati dengan jiwa setiap individu anggota masyarakat.
materialism yang telah sedia menjadi darah daging setiap di antara kita.
saya.anda.dan mereka.
tanpa pengecualian.

pernahkah kita renungkan kenapa perkara sebegini boleh terjadi?
pernahkah kita fikirkan kenapa seteruk ini, kenapa sedahsyat ini kerosakan yang berlaku di bumi?


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Rum 30:41)
1400 tahun dahulu disebut tentang kerosakan di bumi.
dan mungkin sememangnya Allah maksudkan kerosakan yang sedahsyat ini.

perhatikan ayat tersebut.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

"telah jelas kelihatan kerosakan sama ada di bumi ataupun di laut"
Allah ingatkan pada kita.
bahawa di bumi dan di laut telah jelas kerosakan.
tapi sesetengah dari kita terlampau leka untuk menyedari kerosakan yang berlaku.
hingga Allah jadikan satu ayat, KHAS untuk mengingatkan kita tentang kerosakan-kerosakan yang berlaku.
masihkah tidak ingin kita peruntukkan barang sesaat untuk memikirkan tentang kerosakan itu?

بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

"kerana apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia"
belum sempat kita berfikir Allah telah sedia letakkan jawapan.
saya baru hendak berfikir siapa yang melakukan kerosakan itu.
jin kah, atau iblis kah, atau malaikat kah?
Allah berikan jawapan dengan sebegitu segera.
sebelum waqaf, sebelum saktah.
"kerana tangan-tangan manusia"

sekarang fikirkan.
betulkah itu?
manusiakah yang mencipta segala kerosakan ini?

pernahkah iblis atau jin lakukan kerosakan di muka bumi?
antara banyak-banyak makhluk yang Allah cipta di bumi,
kenapa hanya manusia yang tergamak melakukan kerosakan di muka bumi?
pensyarah saya katakan, manusia adalah makhluk yang paling jahat.
sanggupkah anda mengiktiraf kebenaran kata-kata beliau?

seterusnya.
untuk apa Allah izinkan kerosakan itu berlaku atas bumi yang seindah ini?
bumi ini Allah ciptakan, cukup cantik.cukup indah.cukup lawa.
laut biru yang mampu berikan ketenangan.
dan darinya pula kita dapat macam-macam perkara.
dari laut kita peroleh barang makanan dan barang-barang perhiasan.
cantik kan bumi?

لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"agar mereka merasakan sebahagian yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali"

Agar kita menyedari bahawa apa yang kita lakukan itu salah.
dan Dia kehendaki apabila kita sedar kesalahan kita, kita akan kembali pada-Nya.

sahabat-sahabat.
Adam merupakan makhluk yang paling Allah kasihi.
Adam kesunyian, Allah ciptakan Hawa untuk menemani Adam.
Adam makan buah larangan di suatu tempat yang indah,
Allah ampunkan.
dan berikan dia pula rumah lain yang indah.
lengkap dengan sumber makanan dan cukup selesa.
dan sekarang pun Allah masih sayangkan Adam.
lihatlah bumi yang seindah ini.
dengan laut yang biru.
langit yang mendamaikan.
bukit-bukau yang menghijau.
dan kicauan burung yang cukup mempesonakan masih kedengaran di mana-mana.

tapi semua keindahan yang tidak terperi ini Allah beri keizinan untuk kita rosakkan.
saya tanya anda.kenapa?

agar kita kembali pada-Nya.
hingga begitu sekali Allah sayangkan kita.
pernahkah sekali kita lafazkan,

"Ya Allah, aku juga cintakan Engkau!"

moga diri ini sedar.

Tuesday, July 21, 2009

mikroskop vs teleskop.

saya, anda dan mereka.
bahkan anak-anak kita.
(err..ayat ni rasanya perlu dipertimbangkan balik. ANAK-ANAK KITA? takpelah. abaikan saja. anggap je saya juga dah punya anak. hehe)

kita semua maklum apa itu mikroskop dan apa itu teleskop.
tak apalah.
mungkin masih ada lagi orang-orang kampung, bak kata Bro Mahathir Azhari kenyit,
yang masih tak kenal apa itu mikroskop dan teleskop. jelir
jadi tak apalah.
biarlah saya korbankan masa saya ceritakan pada anda apa itu mikroskop dan teleskop.





baik. ini ialah gambar teleskop
.
rupa teleskop adalah seperti yang anda lihat di sebelah ni.
anda tau kan ruang lingkup tugasan teleskop?


teleskop digunakan untuk melihat objek-objek yang jauh.

tapi dari kacamata saya,

teleskop : melihat objek yang jauh tapi objek tu BESAR







okay.
sebelah kanan pulak mikroskop.
apa yang anda lihat di sebelah, beginilah rupa mikroskop.
atau dengan lebih tepat, compound microscope.

fungsinya untuk magnify fine objects.
tapi dari kacamata saya,

mikroskop : melihat objek yang dekat tapi halus.




betul tak?
okay2. cepat setkan minda anda untuk pendefinisian sedemikian semasa membaca blog ini sahaja.
kalau anda gunakan definisi tu untuk jawab SPM atau final exam nanti,
sila tanggung risiko sendiri ya. sengihnampakgigi

okay.
dalam kesibukan melayan keluarga (cewah.haha), mengulangkaji biologi dan matematik,
configure desktop dan sebagainya,
saya jadi lalai.
benar-benar lalai.

anda ingat tak hari ni hari apa?
ya. memangla selasa.
berapa haribulan?
ya. 21 Julai 2009.
eh, hari ni bukan hari jadi saya la.
nampaknya anda juga lupa.

biar saya bagitau.
berkumandangnya azan maghrib tadi menandakan masuknya 28 Rejab 1430.
bermakna anda dah terlepas tarikh yang ulamak sepakati sebagai tarikh berlakunya israk mikraj.

macam mana saya boleh tak ingat tarikh ni?

pertama. sebab kurang diwar-warkan.

masa kat sekolah, saya selalu alert dengan hari kebesaran Islam.
sebab ada program.
sekarang?
haha. sendiri-sendiri la.

kedua. sebab lalai.
seperti yang saya katakan tadi.
kalau masa solat, kita lalai, akan hilang khusyuk atau tumpuan ketika solat.
begitu juga dalam kehidupan.
kalau kita lalai dalam kehidupan,
kita akan hilang tumpuan pada OBJEKTIF SEBENAR kehidupan.
(Ya Allah, tetapkan hatiku pada jalan-Mu)

ketiga. sebab dunia lebih kuat bertapak di hati.
masya-Allah. ampunkan aku ya-Allah.
teringat seketika rintihan Saidina Ali tika hening malam dengan airmata yang berjejeran,
seperti termaktub dalam kitab Imamul Muhtadin,
"Wahai Dunia, usahlah kau membujuk diriku.
pergilah engkau kepada yang lain"
bayangkanlah seorang pemuda yang begitu zuhud.
yang mengahwini puteri seorang pemimpin tertinggi dunia,
tapi tak mampu untuk hiaskan walaupun rumah sendiri untuk wanita semulia itu,
masih lagi menangis merintih agar dunia pergi jauh darinya.
bagaimana pula kita?

dah ada handset 3G, masih nak yang lagi maju.
kan?
saya maksudkan diri saya.

teringat sahabat-sahabat saya.
kata mereka,
"hari ni kita tiap-tiap hari cakap pasal dunia.
cakap pasal laptop. pasal bola. pasal handset, pasal artis.
sebab apa?
sebab dunia dah masuk dalam hati kita.
kita kurang cakap pasal akhirat, kurang cakap pasal Allah,
kurang sebut pasal Allah,
sebab dunia dah mendahului Allah dalam hati kita"

masya-Allah.
banyak saya kena muhasabah ni.

satu perkara saya nak kongsikan.
dimana-mana dikatakan Isra' Mikraj berlaku pada satu tahun yang dinamakan Tahun Kesedihan.
tapi kenapa tahun tu dikatakan Tahun Kesedihan?

rata-rata orang mengatakan Rasul Tercinta bersedih kerana kehilangan Khadijah binti Khuwailid dan Abu Talib, dua ahli keluarganya yang terdekat.

wajarkah seorang Rasul bersedih kerana itu?
ya. mungkin wajar kerana dia juga manusia.

tapi perlu diingat.
siapa sebenarnya Khadijah binti Khuwailid?
siapa sebenarnya Abu Talib?

masa berlakunya Tahun Kesedihan adalah zaman awal dakwah nabi.
anda setuju?
bermakna tentangan adalah masih tersangat kuat.
masih setuju?

dan siapa orang yang paling kuat memberi sokongan,
memberi perlindungan,
dan memberi motivasi pada insan mulia Muhammad bin Abdullah?

siapa yang menyelamatkan baginda daripada perbuatan jahat kafir Quraisy kalau bukan Abu Talib?
siapa yang menyembunyikan baginda daripada perbuatan jahat kafir Quraisy kalau bukan Abu Talib?
siapa yang membawa baginda berjumpa Waraqah bin Naufal untuk menenangkan hati baginda kalau bukan Khadijah Khuwailid?

saya rungkaikan lagi.
setelah kewafatan kedua-dua insan yang amat dicintai Junjungan Besar ini,
ancaman dan perbuatan jahat kafir Quraisy semakin menjadi-jadi.
kerana mereka tahu ketika itu tiada siapa lagi yang akan melindungi Muhammad bin Abdullah.
tiada siapa lagi akan menghalang mereka dari membunuh Muhammad bin Abdullah.
dan mereka bebas lakukan apa saja pada mana-mana insan yang menganut Islam.
umat Islam ketika itu sangat-sangat tertindas.
langsung tiada pembelaan.

dan ketika itu, Baginda menjadi sangat-sangat sedih.
kerana Baginda merasakan jalan dakwah telah tertutup.
lalu Allah menghiburkan Baginda dengan peristiwa Isra' Mikraj.

kita renungkan kembali.
insan itu sangat-sangat bersedih kerana merasakan jalan dakwahnya tertutup.
tapi kita?
jalan kita terbuka luas.
pernahkan kita mengorak langkah walau setapak ke arahnya?

peringatan buat saya.


Sunday, July 12, 2009

siapa nakkan saya?

saya lontarkan satu persoalan sebagai permulaan.

"siapa nakkan saya?"

eh. ada jugak ye yang angkat tangan?
haha. sekadar bergurau.

apa yang terlintas di fikiran anda tika saya bertanya soalan sebegitu?

"eh dia ni dah desperate sangat ke?"

"eh sape la nak kat dia ni"

tak kurang jugak yang nak speaking,
"hello..please la. cermin2la diri tu dulu"

apa pun yang terlintas di fikiran anda,
tentunya berkaitan dengan, orang yang bertanya ni mesti seorang yang tak laku. kan?
dengan erti kata dia takde nilai.
lalu orang pun tak hendakkan dia kerana dia takde nilai.
sila rujuk entry sahabat saya merangkap downline. hehe
Nilai Kehidupan Ini

mari sama-sama kita renungkan.
apa agama kita?
Islam. semua orang bagi jawapan yang sama.

sayangkah kita pada Islam?
sayang. ya. semua orang masih beri jawapan yang sama.

kita renungkan.
pernahkah Islam ada nilai dalam hati kita?

selama ini,
adakah kita bertanya sama ada kita perlukan Islam atau Islam perlukan kita?

andainya Islam ada kita,
apa Islam dapat?

andai Islam takde kita,
ape Islam rugi?

dan andainya kita takde Islam,
siapa yang rugi?

peringatan buat saya sebenarnya.

mari kita tanya pada Islam,
"adakah kau hendakkan aku?"
dan
"apa boleh aku buat untukmu?"