Saturday, August 22, 2009

tak ikhlasnya kita..

untuk mengelakkan sape2 dari kecik hati,
anggap je 'kita' dalam artikel ni merujuk kepada saya.
cuma saya.
ok?
sedia?
baca bismillah dan terus baca.

masuk je maghrib tadi,
menandakan dah masuk 2 Ramadhan.
kurma 2 biji menjadi santapan.
kemudian air.
itu je.
kenapa saya tak makan lain2 lagi?
saya sebenarnya takde mood nak makan. atau lebih tepat lagi, MALAS! encem
tapi hakikatnya, Allah dan kawan baik saya je tau.

saya baru pulang dari menyertai satu program latihan di Port Dickson.
apa namanya dan siapa penganjurnya, biarlah rahsia.
namun apa yang mampu saya komen tentang program tu,
"kira okayla.."

saya bukan tak ikhlas bagi komen,
tapi dah nama program pun latihan, so kebanyakannya menumpukan kepada aktiviti outdoors seperti membina rakit, compass marching dan explorace yang saya dah beberapa kali join.
so saya cuma diamkan diri sepanjang program, dan biarkan orang lain pula yang menimba pengalaman.
pada masa-masa yang diperlukan barulah tunjuk power sikit. hehe

tapi bukan itu highlight saya kali ni.
cuba amati apa saya nak katakan.

memandangkan aktiviti-aktiviti seperti deisebutkan tadi, dah beberapa kali saya buat,
jadi saya punya banyak masa untuk meneliti dan menganalisa keadaan sekeliling, termasukla para committe dan peserta.

bukan niat saya untuk buruk sangka,
tapi saya mengharapkan agar saya mampu belajar dari mereka.
dalam pemerhatian saya, saya dapati ada beberapa orang yang cuba menonjolkan diri dia.
ya. itu bagus.
anda pergilah mana-mana ceramah motivasi pasti akan disentuh pasal, "TONJOLKAN DIRI ANDA!!"
tapi atas dasar apa kita perlu tonjolkan diri kita?

Umar Al-Khattab, Abu Bakr As-Siddiq, 'Uthman bin 'Affan, 'Ali Abi Talib.
kesemua kita menghafal nama-nama insan ulung ini.
mereka terkenal sebagai Khulafa' Rasyidin,
yang berjaya membawa Islam ke mercu dunia.

cuba kita renungkan kembali.
pernahkah satu saat dalam hidup mereka,
mereka berikan keistimewaan kepada diri mereka sendiri untuk menunjukkan bahawa mereka adalah insan yang hebat?
tak pernah bukan?
tapi kenapa kita perlukan sesuatu untuk tunjukkan kepada orang bahawa kita merupakan seorang yang hebat, tinggi pangkat dan sebagainya?
saya berfikir bukan sejenak untuk mencari jawapan.
tapi saya cuma temui satu.
kerana kaliber kita tidak cukup untuk menaikkan kita di mata manusia.

dan pada hakikatnya,
untuk apa kita bekerja?
untuk redha Allah kah,
atau redha manusia?

adakah kita bekerja untuk memastikan Islam hidup subur dalam hati setiap anak Adam,
atau untuk kita diperhatikan, lalu, kalimah,
"wah..mantapnya dia ni.." terpacul dari mulut satu persatu jiwa yang memerhatikan?
saya cuma mengingatkan diri sendiri agar tidak lalai di lain kali.
agar hati ini mampu untuk diikat hanya pada Allah.
agar setiap amal saya tertumpu hanya pada Allah.

kembali ke UIA PJ.
sedia untuk solat isyak.
atau lebih tepat lagi, masbuk. Astaghfirullah.
tapi ini juga terdapat pelajaran bagi saya.

di universiti islam ini saya masih dapati,
apabila masbuk, dan dia tidak sempat untuk ruku' bersama imam.
(mungkin anda lebih selesa jika menganggap 'dia' itu adalah saya. baiklah begitu.
anggaplah 'dia' adalah saya)
apabila saya tidak sempat untuk ruku' bersama imam, bermakna saya tidak mendapat rakaat tersebut.
lalu saya rela untuk tunggu hingga imam habis sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan bangun untuk rakaat seterusnya, barulah saya angkat takbiratul ihram untuk sertai imam untuk solat.

pandangan saya yang pertama,
"wah. ni satu tindakan yang bijak.
betul jugak kan? dah tak dapat rakaat tu, baik tunggu je sampai imam bangun untuk rakaat seterusnya"

tapi satu persoalan,
adakah kita solat semata-mata untuk mengejar rakaat,
ATAU
solat kita adalah untuk bertemu Allah?
perlukah kita berkira rakaat untuk bertemu Dia?
juga peringatan buat saya.

selesai solat isyak,
muazzin mula mengumumkan untuk solat tarawih.
para makmum manyambut baik setiap selawat yang dilaungkan muazzin.
saya jadi kagum.

namun ketika imam mula membaca fatihah,
saya dapati bacaannya agak cepat berbanding solat fardhu yang lain.
kenapa ya?
nak habiskan tarawih cepat ye?

saya teringat zaman kanak-kanak saya.
apabila ayah mengajak ke masjid untuk solat tarawih, saya menjawab,
"imam masjid tu baca lambat sangat. pukul 10.30 baru 8 rakaat"
saya tak salahkan diri saya yang jahil ketika itu.

tapi kenapa sekarang baru saya sedar?
kalau habis tarawih awal, apa saya dapat?
dapatkah pahala untuk solata yang sebegitu rushing?
kalau habis awal, apa saya nak buat?
sembang bersama kawan-kawan?
bukankah lagi baik saya solat daripada bersembang?
bukankah Ramadhan tidak datang selalu?
malam kedua Ramadhan.
adakah wujud malam kedua Ramadhan kali kedua untuk tahun ini?
pemikiran sedemikian mendorong saya untuk lebih menghargai tiap detik yang berlalu dalam Ramadhan.

pada hemat anda,
manakah yang lebih baik?
solat 8 rakaat yang khusyuk dan tertib,
atau 20 rakaat yang yang seperti kereta formula 1?
renungan untuk diri sendiri.

Sunday, August 16, 2009

Selsema Babi vs Ramadhan

selsema babi atau nama sopannya H1N1 sudah terlampau terkenal.
tak perlu lagi pendefinisian apa itu H1N1 dan bagaimana merebak.

di awal buku maza yakni intima' lil islam Allahyarham Fathi Yakan menggariskan beberapa isi penting.
dalam bab yang pertama, saya mesti muslim dri sudut akidah,
isi yang kedua,
Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah
mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana
mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu
mencipta sesuatu secara sia-sia
bererti H1N1 yang Allah utuskan juga ada hikmahnya.
ada sebabnya.
ada baiknya.
tapi apa?
saya rasa dua ayat quran yang disebut-sebut di mana-mana ini sesuai untuk dirujuk.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Ruum 30:41
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Baqarah 2:216
hikmahnya ada.
kebaikannya ada.
tapi saya belum fikirkan.
mungkin juga pemikiran manusia belum sampai tahapnya untuk mengetahui hikmah H1N1.
tapi yang pasti,
Allah mahukan kita kembali pada-Nya.

jadi tak perlu saya ceritakan kenapa wujudnya H1N1

tapi satu perkara yang saya rasa terpanggil untuk saya cetuskan.
kenapa di ambang Ramadhan?
kenapa Allah utuskan H1N1 di ambang Ramadhan?

pemikiran saya adalah amat terbatas.
jadi saya lebih suka andai anda sendiri yang berfikir fiqhnya.
fiqh kenapa Allah turunkan H1N1 di ambang ramadhan.

ingin saya kaitkan dengan sirah Nabi.

saya analogikan H1N1 sebagai penyakit budaya jahiliyyah.
dan Ramadhan sebagai pengutusan risalah Islam.

sebelum turunnya risalah,
keadaan masyarakat jahiliyyah adalah sangat teruk.
sangat-sangat teruk.
menurut kitab Fiqh Sirah karya Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti,
golongan yang terpaling jauh dari hidayah
perzinaan berlaku secara berleluasa.
perjudian, arak, peperangan, pembunuhan dan sebagainya.
kerosakan cukup-cukup ketara.
segalanya rosak.

saya analogikan kerosakan yang diakibatkan dengan sebab H1N1 dengan kerosakan golongan arab jahiliyyah.
namun kemudian muncul satu cahaya.
muncul seorang penyelamat dunia yang Allah utuskan untuk sekalian makhluk.
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

dengan membawa garis panduan cara kehidupan manusia.
mengembalikan arab jahiliyyah kepada agama nenek moyang mereka, Ibrahim.
dan agama ini menyediakan jalan selamat bagi semua penganutnya di dunia dan akhirat.

lalu kehidupan jahiliyyah berubah serta merta.
maksud saya, berubah secara total.
Umar Al-Khattab contohnya,
dari seorang penyembah berhala menjadi salah seorang sahabat yang dijamin syurga.
dari pembunuh anak perempuannya berubah menjadi seorang khalifah rasyidin.
dari seorang yang keras hatinya,
membunuh sesiapa yang dirasa perlu pada hatinya,
kepada seorang yang mudah menitiskan airmata apabila mendengar ayat Quran.
bukankah ini satu perubahan yang total dari aspek peribadi?
nampakkah kita bahawa cara hidup Islam itu punyai satu kelebihan yang Allah susun untuk mengubah manusia seketara itu?

mari kita letakkan kaitan antara sirah dan zaman sekarang.
H1N1 telah menjadi sebab kewujudan huru-hara dan ketakutan dalam diri setiap individu.
sang ibu takut anaknya dijangkiti H1N1.
sang suami takut isterinya dijangkiti H1N1.
tak terlepas juga sang kekasih.
takut kekasihnya dijangkiti H1N1.
mungkin lain kesnya bagi pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
tapi rata-rata semua orang takut dengan H1N1.

beberapa ketika selepas H1N1 menggemparkan dunia,
Allah datangkan pula Ramadhan.
seperti sirah tadi.
selepas terjadinya kerosakan dalam golongan arab jahiliyyah, Allah datangkan pula risalah Islam.

dalam Ramadhan, Allah berjanji untuk memberi tumpuan lebih kepada ibadah hamba-Nya.
kepada doa hamba-Nya.
seperti termaktub dalam surah Baqarah 2:186.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
perhatikan kedudukan ayat ini dalam Quran.
ayat ini datang betul-betul selepas ayat yang memujuk sekalian orang beriman untuk berpuasa di Bulan Ramadhan.
lalu ditafsirkan bahawa doa pada bulan Ramadhan adalah lebih mudah untuk dimakbulkan.
tapi perlu diingat.
Allah letakkan syarat untuk doa kita dimakbulkan.

maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku
untuk apa syarat ini?
lihat di akhir ayat.

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
lihatlah betapa pengasih dan romantiknya Allah.
Dia utuskan bala.
tapi Dia tak biarkan hamba-hamba-Nya terumbang ambing.
dia utuskan rahmat-Nya bersama.
untuk siapa?
untuk kita.

moga kita selalu dalam kebenaran.
jadi apa kaitannya H1N1 dan Ramadhan?
gunakanlah H1N1 sebagai satu batu loncatan untuk kita menghayati Ramadhan sepuas-puasnya.
moga Ramadhan ini yang terakhir buat saya.

maksud saya, moga saya hayati Ramadhan ini seolah-olah dialah yang terakhir untuk saya.

selamat menyambut ramadhan.

Saturday, August 15, 2009

bila hati kosong..

bila hati kosong..
atau dengan perkataan yang lebih mudah difahami,
bila boring atau takde mood.

saya menulis entry ni merujuk kepada diri saya sendiri.
saya tidak sediakan buat para pembaca apa yang boleh dibuat ketika boring atau takde mood.
namun saya lampirkan pengalaman saya untuk kalian baca, fahami dan apply apa yang patut di mana yang boleh.

hari ini hari sabtu.
sepatutnya saya keluar,ada hal di luar,
tapi atas sebab kesihatan, terpaksa dibatalkan.
sangat sedih.

dan bersendirian di bilik tersangat membosankan.
dari pagi sampai ke malam.
bersendirian. kenapa?
mungkin kerana saya perlu sedikit masa bersendirian.
dan Allah Maha Memahami.
Dia Maha Berkuasa.
Dia aturkan untuk saya betul-betul bersendirian kali ni.

takde teman sebilik.
semuanya balik ke rumah masing-masing.
kenapa?
Allah lebih mengetahui.
Allah yang aturkan.

dari pagi saya menahan perut tanpa mengisi dengan apa yang perut perlukan.
kenapa?
sebab saya rasa makan itu membosankan.

saya cuma berada dalam bilik yang gelap.
tutup tingkap.
tutup langsir.
tutup lampu dan bukak kipas selaju mungkin.

masih rasa bosan.
saya cuba main game.
BOSAN.
cuba sms kawan baik.
gaduh lagi.
BOSAN.

lalu saya buka nota bio.
baca pun tak masuk.

buka buku-buku lain.
mukasyafah al-qulub karya imam ghazali ~ beberapa mukasurat
fiqh al-aulawiyyat yusuf qardhawi ~beberapa perenggan.
syarah al-hikam ibn atho'illlah ~baca 2 mukasurat
haza ad-deen sayyid qutb ~2 mukasurat
maza yakni intima' lil islam fathi yakan buat persediaan untuk study circle ~ tak jadi bukak.

jadi penghujungnya saya tutup kembali semua buku-buku tersebut.
dan fikiran mula menerawang.
macam-macam perkara datang menyerbu.
kalau kata Dr. Abdullah 'Aidh Al-Qarni,
bersendirian adalah racun yang paling berbisa
tapi saya sedang bersendirian.
datanglah racun-racun yang Al-Qarni maksudkan tadi dalam pemikiran saya.
saya memikirkan penjelajahan dalam mukasyafah al-qulub.
karya imam Ghazali.
beberapa hadis yang disertakan tidak disertakan sanad dan martabat.
saya jadi ragu untuk berpegang dengan hadis tu.
tapi bukan bermaksud saya menolak Al-Ghazali.

Fiqh Al-Aulawiyyat.
saya membaca.
dan saya faham.
saya mula melihat gambaran mana yang perlu diutamakan dan mana yang tidak.
saya berfikir adakah saya pernah buat kesalahan dalam memilih perkara yang perlu diutamakan.
jawapannya ya.
kerana saya manusia.

Syarah Al-Hikam.
kali kedua saya menatap kitab ni.
mungkin saya tersalah faham atau tertinggal isi penting ketika membada buat kali pertama.
sebab kali pertama terjemahnya dalam bahasa Indonesia.
dan memang ya.
kali ini baru terasa salahnya diri.

masih lagi bosan.
saya mendengar kuliah sirah.
dan saya sedang mendengar.
syarah raheeq al-makhtum.
rasa rindu pada nabi.
rasa salahnya diri.
sebab terlampau sibuk dengan duniawi hinggakan terlupa untuk merindui baginda.

lantas teringat pada kematian.
satu demi satu ulamak berangkat pulang ke kampung akhirat.
menepati satu hadis nabi yang mafhumnya,
sesungguhnya Allah mengangkat ilmu pada akhir zaman dengan mematikan ulama'
lantas saya terfikir.
bila pula giliran saya?
mungkin Dia belum mahu berjumpa dengan saya.
takpe.
saya akan tunggu masanya.

p/s:
Ya Allah, Kau pisahkan aku dari segalanya, tapi jangan Kau pisahkan aku dari Rahmat-Mu.

Thursday, August 13, 2009

profesionalism yang melupai penciptanya

rata-rata di mana-mana manusia membicarakan soal profesionalisme.

"nak buat kerja kenalah profesional"

"kita dalam satu organisasi yang berprestij, jadi kita kena bekerja secara professional"

antara ayat yang pernah direkod oleh medulla oblongata saya.

namun hakikat profesionalisme yang jelas kelihatan pada tindakan dan tingkah laku mereka yang terlibat sebenarnya satu ilusi.
profesionalisme yang ada dalam minda mereka adalah sebenarnya,
hubungan sosial lelaki-perempuan yang melupakan, kadang-kadang, batas-batas yang telah ditetapkan oleh Dia yang mencipta profesionalisme.

lelaki-perempuan berhubungan tanpa ada satu perasaan bersalah,
mesyuarat berpuluh kali, perbincangan berbelas kali, tapi yang terhasil dari gerak kerja adalah sesuatu yang boleh menafikan semua 'profesionalisme' yang di'perlihatkan' sedari mesyuarat pertama.

"kata badan berprestij, macam ni je ke gerak kerja?"

ayat sebegitu memang kurang enak didengar, apatah lagi setelah kita bertungkus-lumus bersusah payah memerah tenaga dan keringat untuk menjayakan sesebuah program.

pedih rasanya bila usaha kita dikritik sebegitu.

namun dalam menuding jari pada orang, 4 jari masih menunjuk pada diri sendiri.
hendak atau tidak, muhasabah adalah satu cara yang paling baik.

walau apa organisasi kita,
walau apa jemaah kita,
pada hakikatnya kita bekerja untuk Islam.
dan kita tak pernah terlepas daripada syariat Allah.

ayuh. betulkan pendefinisian ideologi-ideologi kita.
selaraskan dengan syariat.
moga gerk kerja kita diberkati, insya-Allah.

p/s: Ya Allah, sampaikan kami pada Ramadhan, kuatkan kami padanya