Monday, November 23, 2009

tanpa sponsorship..

saya teringat suatu ketika dahulu ketika membincangkan buku Fiqh Sirah karangan Al-Buti.
memang semua soalan yang dilontarkan ustaz terhadap kami sukar-sukar belaka.
tapi yang hairannya, soalan-soalan yang berbunyi seolah-olah sangat sukar tu terjawab dengan kitab tersebut.

masya-Allah. hebat pemikiran Dr. Said Ramadhan Al-Buti.
nak jadi macam dia jugak, insya-Allah ;)

saya terasa terdetik nak berkongsi tentang satu perkara,
kepenganjuran.
bila ustaz tanya kami apa itu kepenganjuran, kami gagal menjawab.
kami cuba menjawab dengan pelbagai jawapan.
bermula dari satu perkataan hingga beribu-ribu perkataan, tiada yang tepat.
ustaz memberi kami satu hint. sponsorship.
kami sangkakan kami sudah tahu, tapi rupanya ustaz jugak yang kena terangkan.
sorry ustaz ;)

kepenganjuran adalah seperti biasiswa.
maksudnya kita hidup senang.
apa yang kita hendak, mudah untuk diperolehi.
hendak wang, UIA bg.
hendak laptop, mintak pada parents, parents bagi. (eh saya pulak yang terasa :p)
perlu apa saja, boleh dapat.
dan itu yang sedang diusahakan oleh kita dan siapa-siapa di zaman sekarang.
dan hasilnya, inilah.
anak-anak muda zaman sekarang.

mari kita renungkan bagaimana Allah membesarkan pemimpin nombor satu dunia sepanjang zaman.
Baginda juga orang biasa seperti kita.
apa lebihnya?
lahir dalam keluarga kaya-raya? salah!
dibesarkan dalam infrastruktur kelas pertama? salah!
diberikan pendidikan kelas pertama? salah!
diberikan sepenuh kasih sayang? salah!

saat dalam kandungan lagi, bapanya sudah meninggal dunia.
lahirnya dalam keadaan tidak kenal siapa bapanya.
di kalangan masyarakat Melayu sendiri pun, kalau tiada bapa, pasti diketawakan.
itu masyarakat Melayu yang terkenal dengan sopan santun, kononnya.
bagaimana pula Arab, anda rasa?
akan dapat ramai kawan kerana simpati?

kemudian setelah beberapa hari disusukan orang suruhan Abu Lahab, baginda bertukar tangan lagi kepada seorang wanita Bani Saad, Halimah binti Abi Zuwaib.
dan baginda bertukar tangan dalam keadaan ibu susuannya berat untuk menerima bayi itu, lantaran keyatiman baginda.
Tidakkah sedih bertukar tangan dalam umur yang sebegitu muda?

Baginda hidup jauh dari keluarga sendiri selama 5 tahun,
dan selepas itu baginda dipulangkan kepada keluarga baginda.
ketika umurnya 6 tahun pula, ibunda baginda pula dijemput menemui Pencipta.
ketika itu baginda sedang dalam perjalanan pulang ke Mekkah bersama rombongan yang melawat ke Madinah.
boleh anda bayangkan anda di tempat baginda?
bagaimana rasanya andai ibu kita meninggal dunia pada umur kita sedemikian rupa?
tidakkah kita akan merungut di kemudian hari kerana tidak sempat mendapat kasih sayang seorang ibu?

baginda bertukar tangan lagi dan kali ini baginda dipelihara datuk baginda, Abdul Mutalib.
Itulah dia seorang yang punyai keteguhan hati, pengaruh yang besar dan tajam fikirannya.
Kita sangka hidupnya akan mula bahagia.
Tapi siapa tahu, Allah sudah aturkan sejak azali lagi,
datunya akan meninggal pada umur baginda 8 tahun.

andai kita di tempat baginda, ke mana hendak kita mengadu nasib?
pada siapa kita hendak bermanja?
pada siapa kita hendak meminta itu dan ini?

seterusnya baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
benar, bapa saudaranya itu punyai perasaan yang halus dan sangat menyayanginya, namun beliau bukanlah orang yang berkemampuan.
bahkan, beliau sendiri punyai anak yang ramai.
dan baginda, ketika itu diberi kerja untuk mengembala kambing.
ketika mengembala itu, sekali lagi baginda jauh dari manusia.

sekarang nyatakan,
dari sudut mana baginda hendak dapatkan kasih sayang?
dari kecil dibesarkan oleh orang asing, kemudian belum sampai setahun tinggal bersama ibu, ibunya pula meninggal.
baru beberapa tahun tinggal bersama datuk, datuk juga meninggal.
lalu dibesarkan oleh seorang pakcik yang kurang berkemampuan, dan punyai anak yang ramai.
dari mana baginda hendak dapatkan kasih sayang?

di mana pula infrastruktur kelas pertama baginda?
setelah dilahirkan, baginda dibawa ke sebuah kampung di pedalaman.
ketika dipualangkan kepada ibu baginda, baginda dibawa bermusafir.
setelah wafat datuknya, baginda dipelihara bapa saudaranya,
dan diberi tugasan untuk mengembala kambing.
sekali lagi baginda jauh dari infrastruktur, mahupun kelas pertama atau kelas ke berapa sekalipun.

mana pula kekayaan baginda?
sejak bayi lagi baginda dibesarkan di sebuah kampung yang sangat teruk keadaannya.
kemudian dipulangkan kepada ibunya.
kemudian datuknya.
dan belum sempat apa-apa diberikan pula kepada bapa saudaranya yang kurang berkemampuan.
dan baginda sendiri yang perlu bekerja.
mengembala kambing.
detik mana yang baginda perolehi untuk berkenalan dengan wang dan harta?

dan apa hasilnya?
kita kenal baginda.
kuat semangat. tabah. tak kenal erti putus asa. zuhud. lemah lembut. sentiasa mengutamakan orang lain.
itu adalah hasil dari kepayahan hidup yang baginda tempuhi sejak awal lagi.

dan kita? maksud saya, saya.
ibu bapa saya cuba memberikan yang terbaik buat saya.
makanan, tempat tinggal, pendidikan dan segalanya.

dan mungkin ini hasilnya.
apabila menempuh sedikit kesulitan di jalan dakwah, mula hendak mengeluh.
ketika diminta membayar yuran untuk program dakwah dan sebagainya, mula hendak berkira.
ketika diminta sedikit masa untuk program tarbiyah, mula hendak mengelak.
kita kata kita sayang nabi.
kita kata kita cintakan baginda.
tapi kenapa kita tidak belajar dari kehidupan baginda?
maksud saya, kenapa saya tidak belajar dari kehidupan baginda?

cukup sekadar ini.
moga pengorbanan baginda yang terlampau besar suatu ketika dahulu menggerakkan hati kita untuk membuat pengorbanan kita sendiri untuk Islam.
sempena 'Idul Adha yang bakal menjelang.
dan saya mulakan semangan pengorbanan itu dengan berkorban tak balik rumah raya ni. adoi.
(ish.jangan mengeluh ;))

Friday, November 20, 2009

24 jam sehari.

benar Allah kurniakan kita 24 jam sehari.
benar Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
memang benar Allah dah aturkan segala yang terbaik untuk kita.

tapi benar kata Al-Banna, atau sesetenga orang katakan, kata-kata Al-Syafie,
kewajipan itu lebih banyak dari waktu.
saya sekadar tidak ingin mengecewakan para pengunjung yang saya sendiri tak sangka untuk setia,
lalu saya curi sedikit masa yang berbaki ni untuk dicoretkan sedikit dakwat pada blog ni.

banyak yang saya nak ceritakan.
pasal iktibar dari mekanisme fotosintesis, Cyclic Photosystem dan Non-Cyclic, tapi nampaknya saya belum berkesempatan.

saya juga ingin ceritakan serba sedikit tentang Analytic Geometry yang boleh kita serapkan dalam kehidupan seharian.

juga tentang pengembaraan saya sehari-hari berurusan dengan makhluk yang kasar mahupun halus.

namun kelihatannya kesempatan itu masih belum Allah kurniakan pada saya.
saya quotekan kata-kata roomate saya yang bunyinya agak kelakar bagi saya,

"Hey, you know, you look like a saint you know,
but actually you are a terrorist."

haha.anda boleh fikir apa di sebalik kata-katanya?
may Allah guide All of you.