Tuesday, May 26, 2009

24h journey..!

menghadap komputer dengan perasaan penuh bosan masa terluang ni,
membuatkan saya terfikir untuk mengarang entry baru.
walaupun pada hakikatnya saya TERLAMPAU MALAS untuk menaip buat masa ni.
(oh, saya rasa anda belum lupa entry "NAK ATAU TAK NAK?" saya sebelum ni kan?
itulah yang sedang saya lakukan. MELAWAN perasaan malas.
jgn kata saya poyo walaupun nampak begitu.hehe)

lantas saya terfikir untuk melaksanakan 1 niat saya.
bercerita tentang perjalanan saya.
anda nak tau?
saya rasa anda dah tau.
kalau anda kata taknak pun, saya akan tetap bercerita kan?
hehe.
jadi anda tak punya pilihan.baca, hayati, dan ambil pengajaran.

[buka fail peristiwa]

walaupun peristiwa ni juga berlaku pada 24 Mei 2009,
tapi sengaja saya tak muatkan dalam entry sebelum ni.
kes khas kononnya.hehe

exam tamat, Jumaat 22 Mei 2009.
tapi saya rasa tek perlu bercerita tentang tu.
sbb saya taknak merepek.
nnti bestfriend saya marah.hehe
(nak tau sapa bestfriend saya?
harap maaf.kalau saya bgtau, nnt dia marah.takut.hehe)

ok.masuk cerita.(merepek lagi saya.hehe)

24 Mei 2009, tiket keretapi jam 8.47 malam (bajet macam on-time sangat train ni.hehe)
tiket saya dan Naqiuddin ada dengan sorang sahabat lain. Abdullah 'Afifi namanya.
(harap maaf.link untuk budak sorang ni takde.hehe)

pagi-pagi lagi saya dah ready.
janji dengan paksu, Syed Nazli nak tumpang letak barang di rumah dia, saya nak hantar barang-barang tu ke rumah dia.
nak pegi sorang, tak terdaya.
nak pegi dengan Naqiuddin, asyik sibuk je memanjang.
mentang-mentang la kartunis.
(untuk makluman, dia dan geng-gengnya, termasuk Zubair, Syed Anas dan beberapa orang kartunis lain sedang menyiapkan Manga Muslim, sebuah komik yang membawa mesej-mesej Islamik dan berunsur dakwah. nak beli?? nanti bagitau ye.hehe. sempat lagi promote.hehe)

akhirnya tak sempat nak 'pos ekspres' barang-barang tu ke bangi.
kena la longgok kat bilik sorang senior. kesian dia. haha

dan I mean it. kartunis-kartunis tu memang betul-betul sibuk.
bayangkanla.
tiket pukul 8.47 malam.
pukul 7.21 masih boleh makan Ais Krim HPA lagi.hehe
(eh, TERpromote pulak.hehe)

syukur Alhamdulillah ada Syed Anas.
Dia yg tolong rushkan kitorang ke Stesen Keretapi Rawang.
walaupun dia tak pecut betul-betul, tapi kitorang amat hargai bantuan tu.
kalau prebet sapu mesti kena charge paling kurang RM 30.
ni kitorang bagi RM10 pun taknak.
ALLAH, ALLAH!!

Alhamdulillah, kitorng sampai di stesen tepat jam 8.45, berbelas-belas minit sebelum train sampai.
(AIk?? kata tiket pukul 8.47??
yelah. tiket 8.47, train ikut suka dia lah pukul berapa pun.
nama pun Keretapi Tanah MELAYU.hehe
ni ayat kawan saya.hehe)
dan Alhamdulillah lagi, Abdullah 'Afifi masih setia menunggu kitorang di situ sedari sebelum maghrib.

ALLAH, ALLAH!!
kawan yang sangat setia!

kemudian setibanya train, kitorang ambik tempat.
kena2, sebelah banat DQ.
ALLAH, ALLAH!!
macam mana boleh jadi camni ni??
Hanya Allah yang tahu.
pendekkan cerita.

lebih kurang jam 7.30 pagi, kami tiba di Stesen Keretapi Alor Setar, kemudian naik teksi ke Shahab Perdana.
Alahai, terlalu awal.
RFC buka pukul 10.30 pagi.
jadi kami terpaksa buang masa.

jam 9.00 pagi kami naik bas ke Pekan Rabu.
nak pegi posto.
ada orang TERbawak balik hard disk kawan dia.hehe
kali pertama, berurusan dengan sorang kakak yang GARANG.
kemudian, kali kedua, dimalukan dek sorang kakak lain pulak.
(mentang-mentang la kitorang tak reti bab ni.)
surrender. taknak pegi dah posto tu.hehe

then jam 10, pulang ke Shahab Perdana.
Berpatah balik ke sekolah lama.
anda tau kat mana?
Bagus. Takyah tau. Ignorance is bliss. hehe

sempat berjumpa dan bergurau dengan guru-guru lama.
tak tertaip nama-nama diorang.
banyak sangat.

tapi bak kata cikgu Sobri,
"Lebah dan lalat, kedua-duanya sama. kedua-duanya boleh terbang. tapi lebah, kat mana pun dia, dia akan tetap cari madu, dan buat madu. dan lalat, kat mana pun, akan tetap cari najis dan sebar penyakit. jadilah seperti lebah!"

terima kasih banyak, cikgu!

jam 4 kami mengorak langkah ke Shahab Perdana untuk kembali ke matlamat utama kami membuang masa, ke RFC! hehe

kemudian kami berpisah. (cewah.sedih pulak.hehe)
Naqiuddin ambik bas ke Gurun sementara saya ke Kuala Kedah
tiket feri jam 5.30 petang
(tapi bertolak pukul 6 jugak. nak wat camne kan?hehe)






hampir jam 8 baru nampak haiwan ni..
lawa kan?
inilah Langkawi Geopark!!
cewah. promote lagi.hehe
badan dah melekit.
kan cukup 24 jam perjalanan saya?




itu pun belum sampai rumah.
saya sampai rumah, jam 11!!
itulah rekod perjalanan saya,
perjalanan paling lama!

[tutup fail peristiwa]

adik-adik, apa pengajaran yang dapat kita simpulkan?
betul!
1. Kita merancang, Allah yang menentukan.
2. Andai kita berjanji, maka tepatilah.
3. Jangan lupa sambunkan silaturrahim.
4. Cikgu-cikgu jangan dilupakan.
5. Maka bersabarlah, kerana sabar itu indah.

p/s: jangan salahkan saya!hehe


Monday, May 25, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!

24 MEI 2009.

suatu perkara penting telah berlaku.
lawatan ke RFC Cawangan Alor Setar.
(bunyi cam poyo ke? sebenarnya saja nak bagi geng2 yang tak penah pegi RFC jeles.hehe)














anda pernah tgk tempat ni?
inilah RFC.hehe

RADIX FRIED CHICKEN.
satu lagi produk HPA.hehe
promote sikit.hehe











ha. bdk ni namanya Naqiuddin.
taktaula camne dia pun boleh sampai sana.hehe
nak tau how much we spent?















camne? RM 73.19
was that too much?? well.. no comment.haha











that's what we eat for lunch.
2 sets of chicken rice.
2 cups of radix coffee.
coleslaw.
mashed potato.
4 pcs of bun
chocolate topping ice-cream.
strawberry+vanilla ice-cream.
terliur?? hehe



what's important, everything is ORGANIC and HALAL.
i really hope korang jeles.hehe

p/s: masa saya tgh bergambar depan RFC tu, ternampak 3 org gelak2.
terasa macam saya yang digelakkan. apa kesnya ya?
saya bukan tek penah pegi RFC, cuma gambar-gambar ni kan utk korang?
tak salah kan bergambar depan RFC?hehe

AKU AKAN KEMBALI!!

22 Mei 2009 dan 23 Mei 2009.

tarikh bersejarah ini telah mencatatkan suatu kenangan.
kenangan yang sangat bernilai.
terlalu bernilai untuk dilupakan.
dua tarikh ini adalah tarikh-tarikh terakhir saya memijak tanah dan rumput Darul Quran.
tak kurang jugak, jalan tar.

oh, saya terlupa satu yang paling penting.
MASJID DARUL QURAN.
hehe.bukan hipokrit ya.
saya memang sukakan masjid tu.
dan saya pegi tau solat kat masjid.

anda nak tau cerita
"Last Moments in DQ?"

(NAK!!)

ouh.terima kasih. saya sangat terharu dengan sambutan anda.
(mungkin kalian saja nak ambik hati saya. saya tak kisah.kalau kalian kata taknak pun saya tetap cerita. ini kan blog saya.hehe)


















































ya. itulah antara aktiviti-aktiviti saya tika saat-saat terakhir di Darul Quran.
mengambil gambar.hehe
(anda tak perasankah gambar saya takde pun dalam gambar2 tu? ouh saya lupa.anda pun taktau mana satu saya.hehe)

ada lagi aktiviti saya sebenarnya.





















anda suspens nak tau apa aktiviti saya?
jeng, jeng!!




















ya. tepat sekali!!
futsal lewat malam.hehe
(yela.mmg saya bukan pemain futsal kebangsaan, tapi sekadar isi masa dengan kawan-kawan takpe kan?)

cukup kot sekadar itu.
saya malas menaip sebenarnya. hehe

dalam setiap perkara, ada pengajarannya.
mungkin tak banyak coretan saya kali ni,
(dan agak kurang best.saya pun terasa camtu)
tapi saya masih mengharap, anda dapat cungkil sendiri pengajarannya.

tapi apa yang saya dapat,
PERSAHABATAN ADALAH SESUATU YANG PALING BERHARGA!

ops, hampir lupa menyentuh tajuk.
sepatutnya bukan
"AKU AKAN KEMBALI"
tapi,
"AKU MESTI KEMBALI"
sebab bulan Ogos ni ada konvokesyen.hehe

Saturday, May 2, 2009

RFC Alor Setar!

semalam saya janji dengan sorang kawan yang sangat baik dengan saya,
nak ceritakan pengalaman melawat ke Radix Fried Chicken (RFC).
apa yang sempat saya ceritakan cumalah,
SAYA MEMANG TERKEJUT!

Bila saya melangkah masuk, nampak macam biasa je.
macam takde apa-apa yang berbeza.
tapi bila saya ke kaunter, nak memesan pesanan,
"ASSALAMU'ALAIKUM"

eh??!! terkejutnya.
kali pertama orang di kaunter bagi salam.
apa pun, itu adalah sesuatu yang baik untuk diterapkan.
TAHNIAH, HPA!

p/s: saja taknak upload gambar ayam RFC. nanti Zubair jeles.hehe

nak lagi sebenarnya cerita pasal beberapa yang mengejutkan pasal RFC ni, tapi, saya ada kerja lah! sorry ye.

NAK ATAU TAK??

EH, KO NAK KE TAK NAK NI??
"eh, apehal tetibe je mula entry camni?
dah la lama tak update, tetibe je nak marah2."
P/s: yang warna hijau tu bukan kata saya.
memang kata saya, tapi kata saya yang cuba menduga apa yang ada dalam fikiran pembaca sekalian bila membaca tulisan merah tu. hehe
amacam? betul tak korang nak kata camtu? betul kan?
takdela. gurau je.

untuk pengetahuan, tulisan merah tu adalah perkataan yang biasa saya ucapkan kepada seorang rakan bila saya fed-up dengan alasan-alasan dia.
nak tau sape dia?
try tgk Izzudin bin Zakaria

Dia cuba menyamar jadi perempuan pulak.
tapi dengan saya, sorry, brother.hehe

-balik kepada topik-

post saya memang selalu ada tulisan kuning camtu kan?
nak buat macam mana. suka sangat melalut.

ok. balik kepada topik.

pembaca sekalian, saya sememangnya punyai berjuta-juta cerita untuk dikongsi.
memang saya maksudkan. berjuta-juta.
(jangan risau. segalanya punyai pengajaran. buat saya sekurang-kurangnya)

tapi "NAK ATAU TAK??" ni sememangnya menjadi penghalang.
saya boleh kata, "saya tak sempat ke smart lab untuk update blog ni."
boleh jugak kata, "saya kena cari mood untuk mula menaip"
dan macam-macam lagi.

memang betul.
timetable saya memang buatkan saya tak sempat untuk buat banyak perkara,
melainkan iadah untuk final exam.

entahlah. tapi saya masih kagum dengan blogger setempat, seperti

Nik Mohd Uqbah, Syed Anas dan beberapa lagi blogger yang saya TAK sempat (kononnya.hehe) untuk senaraikan. rajin diorang update.

-balik kepada topik-

kali kedua tulisan kuning ni muncul.

ok. kita kembali kepada topik.

pernah saya hadiri program "Motivasi Alihan Pelajar" yang dikendali oleh Dr. Tengku Asmadi sendiri, katanya, nak atau tak atau nama glamournya MALAS ni hanyalah perasaan.
macam mana nak atasi??

LAWAN!!

itu sahaja caranya.

baiklah.lain kali saya akan lawan fenomena "NAK ATAU TAK??" ni.
tapi selepas final exam la ye.
hehe..sorry banyak-banyak ye.