Saturday, March 13, 2010

biarkan dia terkubur.

(tribute to Fakhrurrazi, Abdul Hayyie and the gang)



hampir 20 tahun dahulu aku dilahirkan.
27 oktober 1990, hospital besar langkawi. (langkawi ada hospital besar tau.haha)
pukul..err..tak ingat pulak. semalam ingat lagi.haha

ramai orang kata, aku mahkota manusia.
aku tak pernah kisahkan itu semua. aku tau tugasku.
dan aku laksanakan tugasku sebaik mungkin.
aku tahu kerana aku manusia boleh ke syurga, dan kerana aku manusia boleh ke neraka.

seingat aku, tarikh terakhir aku di'servis' adalah 2 bulan yang lalu.
ketika cuti short-sem. ke waktu sem-break?
haha. tak ingatlah.
tapi lebih kurang tu lah.

dalam seminggu dua sebelum peperiksaan akhir, aku selalu terdengar kata-kata seperti,
"taknak lalu situ. nanti pakguard saman"

"harap-harap lah dia tak nampak rambut aku"

"eh, takpe nih. pakguard ni kamceng. takkan dia nak saman kot"
(haha?)

tapi petang khamis itu 11 Mac 2010, jam 2.40 petang,
sekali lagi aku dihadapkan dengan musuhku.
dia pun seperti aku. boleh buatkan manusia ke syurga. juga boleh ke neraka.

tapi aku tahu,
saat 2.40 itu, aku dah tak punya harapan. (ayat hiperbola. mintak tak jatuh syirik)
saat abg zul melangkah masuk (korang mesti tak kenal abg zul.haha),
aku sudah pasrah.

zapp! zupp! zapp!

tamatlah riwayatku sebagai sekepala rambut.
tak sempat aku nak tengok adik tuan aku naik pentas ambik hadiah untuk 5A UPSR.

*****

(apasal orang suke gune bintang untuk divider?)

well, as you guys read, i know that shouldnt be taken as a reference for your brothers or sister who are still primary school for autobiography writing.

tak kena format pun. haha.
tgk perenggan pun dah tau.
tapi anyways, that was the story of my hair that i kept for maybe 2 or 4 months.
lama kan?
dah jadi rambut akhil hayy dah pun.haha
(no i dont keep the pics.haha)

tapi langit tak selalunya cerah.
takut kena saman punya pasal,
dengar cakap mak punya pasal,
gugurlah akhirnya mereka.

lantas terserlahlah kegemukan.
(that's why i dont want to have a haircut)

sudahlah. ambik pengajaran.

Tuesday, March 2, 2010

Naga, virus dan antibiotik.

semalam saya dipaksa untuk ke klinik.
awalnya mak meminta ayah untuk membawa saya ke klinik Rahmat.
tapi kemudian di tengah jalan ayah memberitahu nak membawa saya ke klinik Naga.

saya pernah dengar nama itu.
tapi tak pernah pergi.
minda saya mula berimaginasi.

kenapa nama klinik tersebut klinik naga?
Doktornya mesti orang cina.
dan mesti ada gambar naga dalam klinik tu.
dan naga tersebut mestilah berwarna merah.

macam ini?

Photobucket

ya. lebih kuranglah.
cuma wajah naga tu mesti lebih garang.
bukan sedih macam tu :p

saya melihat, pesakit agak ramai.
selepas pendaftaran, saya duduk.
bangun semula.
melihat-lihat sekeliling.

la...india rupanya!
saya sangkakakn doktor berbangsa cina,
rupanya india. tak apalah.
saya menunggu giliran.

apabila masuk saja ke bilik doktor, saya duduk.
(alamak! lupa ucap vanakkam!)

"ada apa?"
(soalan ni yang paling saya tak suka dari doktor-doktor)

"demam kot.batuk"

lalu doktor mengambil beberapa peralatan canggihnya,
mengambil suhu.
(la.kenapa tak ambik suhu je awal-awal tadi)

saya melihat gambar sai baba, gambar ganesha dan kwan ying dalam biliknya.

"Doctor, is that Sai Baba?"

"Yes"

"and that one, Ganesha?"

"Yes"

"and that one, Kwan Ying?"

"Yes"

(amboi. 'panjang-panjang'nya dia jawab)

"why do you keep these three idols in your room?"

"because i pray to them"

saya mengangguk-angguk.

''okay, thank you"

"huh?"

"thank you"
(sambil menunjuk ke pintu)

alahai...baru nak 'masuk jarum'

balik ke rumah, saya dipaksa makan ubat.
betul-betul dipaksa. disuap. haha

terlihat antibiotik.
la...ada antibiotik rupanya.
nak kena betul lah Dr. Naga ni.
saya demam sama ada sebab homeostatic reaction atau viral infection.
(rujukan : Campbell dan Dr. Ahmad Ilyas)
buat apa bagi antibiotik?

lepas makan, saya tertidur.
sehari. bangun waktu isyak dan qadha zohor + asar + maghrib.
whoa. kuatnya kesan ubat tu.
taubat taknak makan lagi.

p/s:
1. kredit buat sutera maya buatkan saya terpanggil nak ceritakan pasal ni.
2.awalnya saya ingatkan tiga entiti tu adalah dari agama yang lain, tapi sewaktu melangkah keluar bilik doktor, baru teringat dalam agama Hindu juga ada Kwan Ying.