Friday, February 18, 2011

matlamat yang berlari-lari.


"Begin with the end in mind"

Quoting itu saya terima kira-kira ketika saya sedang menuntut di tingkatan tiga. (Atau mungkin dua). Ketika itu saya menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training). Dan saya tahu, quoting ini cukup terkenal di kalangan mereka-mereka yang berlabel 'orang persatuan'.

Apapun fokus utama saya adalah, quoting tersebut menggesa kita supaya kita memiliki sebuah matlamat. Sebuah cita-cita. Sebuah hala tuju. Atau sekurang-kurangnya sebuah target.

Dan itu juga sebahagian daripada ajaran Islam.

Apabila Allah berulangkali menyebut soal syurga dan neraka, Allah mengajar kita untuk memilih matlamat hidup. Apakah matlamat kita, mahu ke syurga atau ke neraka?

Dan itulah sebaik-baik matlamat.
Di sebalik itulah tercatat dan terselit ciri-ciri sebuah matlamat.



MATLAMAT YANG JELAS.

Syurga atau neraka merupakan dua matlamat yang jelas. Tidak kabur, meskipun ghaib.
Islam tidak mengajar kita untuk mencari matlamat yang kabur seperti, tempat tinggal yang baik, tempat tinggal yang selesa ataupun seumpamanya.

Baik? Bagaimanakah baik itu?
Selesa? Bagaimanakah selesa itu?

Namun andai disebutkan syurga, kita sedia maklum bahawa itulah sebaik-baik tempat tinggal.

MATLAMAT YANG STATIK.

Syurga, seperti yang kita ketahui, sememangnya statik. Syurga itu tidaklah boleh berubah-ubah.
Tidaklah syurga itu, suatu hari nanti akan beralih menjadi suatu mimpi ngeri.
Tidak pula syurga itu, suatu hari nanti akan berubah menjadi suatu penjara penyeksaan untuk menyiksa penghuni-penghuninya dengan segala bentuk penyeksaan yang memeritkan.

Syurga itu kekal sepertimana yang dikhabarkan, kerana syurga itu berada di dalam sebuah dunia yang tidak ada perubahan dalamnya.

Kerana itulah, dalam syurga, para penghuninya akan kekal muda, walau 1000 tahun berlalu.

FALSAFAH YANG DILUPAKAN

Dua elemen ini, dalam pembentukan sebuah matlamat, seringkali dilupakan.

Dalam kursus-kursus motivasi, apabila matlamat dipersoalkan, seringkali yang diterima, hanyalah jawapan-jawapan yang umum, yang tidak jelas, dan tidak statik.

Kerana apa?

Kerana jawapan-jawapan tersebut semuanya berpaksikan dunia. Dunia seperti yang kita tahu, dunia yang sentiasa berubah, dan yang akan sentiasa berubah.

Contohnya mudah.
10 sen pada zaman nenek saya merupakan suatu nilai wang yang sangat besar.
Namun pada hari ini 10 sen, andai jatuh tercicir pun, tiada siapa yang mahu mengutip.

Dunia berubah, bukan?

Demikian juga matlamat hidup bekerjaya.
Ramai di kalangan kita sekadar mahu menjadi seorang yang berjaya, apabila ditanya tentang cita-cita.

Kadang-kadang saya ketawa. Kerana rapuhnya jawapan tersebut.
Tapi kadang-kadang saya terdiam. Kerana andai dia menyandarkan 'kejayaan' pada

Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
At-Taubah 9:89
dan beberapa ayat yang sama maksudnya, maka kejayaan yang dia kejar memang berpaksikan suatu sendi yang sangat kukuh.

Itu matlamat dalam bekerjaya.
Bagaimana pula dgn matlamat dalam berumah tangga?

Mereka menjawab, "isteri yang cantik", "isteri yang pandai", "isteri yang begitu-begini".

No offense.

Saya okay saja dengan semua jawapan tersebut.
Tapi saya cuma ingin bertanya, apakah semua itu akan menjamin kesinambungan rumahtangga anda?

Bagaimana jika isteri anda tiba-tiba menjadi hodoh? Apakah anda masih sudi bergelar suaminya?
Ataupun tiba-tiba hilang ingatan. Apakah anda masih sudi bersamanya?
Ataupun tiba-tiba hilang ciri-ciri yang anda gariskan. Mahukah anda untuk terus bersamanya?

Kita semua tahu hadis nabi,

The Prophet said, "A woman is married for four things, i.e., her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers.

hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya.
Lantas, kenapa tidak kita letakkan agama sebagai kayu ukur bagi isteri kita?

Sebagai penutup, saya suka sekali untuk mengajak kita bermuhasabah.

apakah matlamat kita dalam bekerjaya?
dan apa pula matlamat kita dalam mencari teman hidup?

yang paling penting, apa matlamat kita dalam menjalani kehidupan seharian?

7 comments:

saya said...

falsafah lelaki zmn skrg dlm mencari teman hidup : agama diutamakan, kecantikan didahulukan.wpun mcmane pn agama tu diutamakan,lelaki ttp dahulukn kecantikan.pendapat anda?

Syed Mohd Syahmi said...

orang cakap pasal matlamat, pasal baytul muslim jugak nampak ye. hehe.

erm.
i'd prefer avoiding over-generalization.
tidak sama lelaki yang bertaqwa dan yang tidak bertaqwa.
tidak sama khomeini dan saya.

dan saya tidak mencari. :)

namun bak kata seorang sahabat saya,
"cukuplah kalau dia boleh menutup lompang2 kelemahan aku. tapi kalau dia lawa, alhamdulillah. bonus utk aku."

takde sape boleh nafikan kesukaan terhadap kecantikan paras rupa kan.

tapi adakala kecantikan budi boleh menutup cacat cela rupa,
dan kebobrokan budi boleh menutup cantiknya wajah. wallahua'lam.

Anonymous said...

cari partner hidup yg tahu agama n mengamalkan agama dlm seharian..

Unknown said...

cantik lahiriah boleh pudar..cantik luaran boleh hilang serta merta pabila nampak buruk dalamnya..bagai buah yang nampak sedap di luar tetapi berulat di dalamnya..

cantik di dalam, walau luarannya biasa saja,tapi semakin hari semakin terserlah kecantikannya kerana dalaman tuh yg nampak..macam makanan yang rupanya tak sedap, tapi rasa sekali nak lagi..

saya said...

saya suka sgt ayat penutup tu..."Sebagai penutup, saya suka sekali untuk mengajak kita bermuhasabah"
tp, sejauh mana kita bermuhasabah diri sebenarnya?adakah sekadar terucap di mulut?tetapi tidak pada pebuatan dan hati?fikir2kanlah...hipokrit bukan jalan terbaik..pelik.ramai yg berdakwah..konon2 baik.dgn tazkirah,ceramah,blog..mcm2.tp tingkah laku..masyaAllah..Allah saja yg tahu apa yg dilakukannya di sebalik kopiah atau tudung labuh itu..any comment?

Sorrow said...

saya said:

Cari buruk orang...kompem tak abes...komen2 pasal buruk..abes x?
ad amek tindakan..start by walking the talk of yourself rather than start to have concern on others gait.

Atia Qistina said...

best