Monday, August 29, 2011

selamat pulang ke 'kampung'

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Wa lillahil hamd.

masjid 'aisyah : ihsan google

Dalam setiap siri kuliah saya, saya tidak pernah lupa untuk berpesan kepada para jamaah yang hadir utk tidak lupa mengucapkan syukur kepada Allah taala.

Kerana Dia tak pernah lupa untuk mengurniakan nikmat-Nya yang terlalu luas kepada kita.
Betapa sangatlah ringan kewajipan kita untuk mengucapkan syukur atas pemberian yang tidak lain hanya memberikan kebaikan kepada kita jua.

Dan terkini, kerana kita telah diizinkan Allah untuk menyempurnakan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, dan menghirup udara syawal yang baru menjelma beberapa ketika lalu.

Bermakna, kita sekarang menyambut 'Eidul Fitri, perayaan kembali kepada fitrah.
Usai sebulan dalam Ramadhan, kita mendidik nafsu dengan lapar dan dahaga, kita membasuh nafsu dgn pelbagai amalan sunat, lantas saat ini kita mengecapi pengembalian kita kepada fitrah.

Tepuk dada, tanyalah diri kita.
Benarkah kita telah kembali kepada keadaan kita yang suci dari dosa setelah diampunkan Allah hasil dari ta'abbud kita Ramadhan lalu?
Atau, 'Eidul Fitri kita hanya ucapan lalu lalang di bibir?

Dan seterusnya, marilah kita melakukan 'post mortem' bagi Ramadhan yang lepas.
Di manakah kelemahan kita, kekuatan kita, peluang yang terabai dan di mana perlu kita tambahbaik.
Moga andai kita ditakdirkan bertemu Ramadhan akan datang, ia pastinya lebih baik dari tahun ini.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Moga Allah terima amalan kita semua.

Mohon maaf andai ada hati yang terguris, hak yang tak tertunai.
Sama-sama kita usahakan perbaiki diri dalam perjalanan pulang ke kampung akhirat.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Syed Syahmi