Thursday, March 31, 2011

let's islamize knowledge.


sekarang saya cuti panjang. maksud saya sejak sebulan lalu.
saya yakin rakan-rakan sedia maklum tentang itu.
dan cuti saya masih berbaki sebanyak 5 bulan.

tentunya orang yang punyai cuti sepanjang 6 bulan ini mencari-cari kerja sambilan.
untuk mengisi masa lapang,
untuk mencari wang poket,
dan untuk mencari pengalaman.
tak kurang juga yang mahu berbakti kepada masyarakat.

dan baru-baru ini keputusan SPM diumumkan.
secara umumnya, generasi di bawah saya kebanyakan telah maju beberapa tapak.
semakin ramai yang mampu memperoleh keputusan yang lebih cemerlang berbanding generasi kami.

dan tentunya mereka lega setelah selesai mengemaskini borang UPU mereka,
yang ditutup petang tadi, kalau tak silap saya.

mungkin terlewat sedikit, namun saya menyeru adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai halatuju.

kenapa?

Islamization of Knowledge.

sila beritahu saya, jika ada mana-mana universiti lain yang menawarkan Islamization of Knowledge.

saya tidak memandang rendah mana-mana universiti lain.
bahkan, UIAM bukanlah sehebat UKM, UM ataupun USM.

UIAM hanya menduduki tempat pertama bagi kategori universiti awam.
bukanlah universiti penyelidikan atau apa-apa status lain.

namun saya kongsikan untuk anda betapa pentingnya Islamization of Knowledge.
ini pengalaman saya mengajar tuisyen intensif PMR. Subjek Sains.
dan saya mampu lakukan itu, kerana saya diajar sebegitu di UIAM.

*****

"Try telling me, why do we, and why do you guys need to learn this topic,
about elements, matter, compound and mixture. Tell me why?"

"Emm..sebab tajuk lepas ni ada sentuh pasal ni kot?"

"Tell me, what are the purposes of our creation on Earth?"

"Untuk buat baik?"

"OK lah. Berpandukan Quran, kita diciptakan atas 2 tujuan.
Yang pertama, kita dicipta sebagai Khalifah. Allah sebut dalam Quran, Surah Al-Baqarah ayat 30.


dan tujuan penciptaan kita yang kedua adalah, kita dicipta sebagai hamba. Untuk beribadat kepada Allah. Surah Az-Zaariyaat, ayat 56.

Khalifah, dari perkataan 'Arab "Khalafa", maksudnya menggantikan.
Bukannya menggantikan due to absence, tapi menggantikan in the presence of. Atau dengan erti kata lain, menggantikan dengan sebab diamanahkan atau disuruh mengganti.

Kita menjadi Khalifah Allah, bermaksud kita menggantikan Allah, tapi bukan menggantikan dengan sebab Allah itu tiada. Tapi kerana Allah mengamanahkan kepada kita untuk menjalankan tugas untuk memakmurkan bumi.

Faham?"

"Ooo.. Baru faham.. Ustaz tak pernah cerita pun kat kami"

"Ok, kalau kita dicipta sebagai Khalifah, yang selain dari kita ni dicipta untuk apa? Lembu, kambing, kerbau, harimau, pokok, ikan. Semua tu dicipta untuk apa?"

"Untuk kita guna lah. Nak makan, nak buat rumah"

"Betul. Quran memang ada sebut pasal tu. Dalam Surah Al-Mulk, ayat 15.

Dialah yang menjadikan Bumi ini sebagai subservient maka berjalanlah atas Bumi ni,
dan makanlah apa yang Allah bagi. Tapi ingat, kita semua akan dikembalikan kepada Allah.

Okay apa tu subservient?"

"Taktau"

"Subservient tu, macam contohnya, kita ni hamba. Dan bumi ni pulak hamba kepada kita. Maksudnya hamba kepada hamba. Itulah subservient.

Allah kata, Dia ciptakan bumi ni sebagai subservient, maksudnya kita boleh guna apa saja atas bumi ni, buatlah apa yang kita nak. Nak tebang pokok ke buat bot ke, nak buat rumah ke, buatlah. Tapi ingat, macam mana kita guna tu, akan ditanya di akhirat nanti.

Intipatinya, Allah dah bagi green light kat kita untuk kita gunakan apa saja atas dunia ni.
Tapi macam mana kita nak guna kalau kita tak kenal apa yang kita nak guna?

Contohnya, air yang kita minum. Dibuat daripada 2 molekul Hidrogen dan satu molekul Oksigen.
Kalau kita tau macam mana nak gabungkan hidrogen dgn oksigen tu, kita boleh buat air tanpa perlu beli kat kedai. Ha. Best tak?"

"Jimat duit.. Boleh bayar duit tuisyen kat cikgu"

"Jadi untuk tau semua tu, sebab itu kita belajar pasal matter, elements, mixture dan compounds ni. Dan saja saya sebut ayat quran tu semua, supaya kita semua ingat, walau macam mana pun kita gunakan sumber atas bumi ni, kita akan dipersoal"

*****

Itu contoh Islamization of Knowledge yang saya sendiri cuba terapkan.
Terinspirasi dari guru biologi saya, Sir Mahathir Azhari.

Apa komen anda?

13 comments:

^^MizBeLL^^ said...

&& saya teramat jelez!
ustaz! sy nak tuition juga boleh.?=p

Muhammad Haidar said...

mohon share.. :)

kemudi hati said...

Mantap sheikh!nak daftar jadi anak murid juga rasanya:P

Betul. Kalau dikaji asal usul cadangan penubuhan UIAM OLEH Syed Naquib pun kita akan jumpa jawapan yang sama. Cuma persoalannya, pelajar2 sekalian,kita mengasimilasikan atau mengislamisasikan ‘ilmu islam’?

Mungkin kalau kita tengok sekarang,dekat UM pun dah ada satu bidang pengajian islam dan sains.Dan kita harap ianya dikembangkan ke universiti2 yang lain.

“Cikgu ajar sains tabii mengikut acuan sains islam. Semoga anak2 murid cikgu akan menjadi bakal2 sainstis-sainstis islam”.

Wazir Takahashi said...

Bersesuaian sekali perkaitan yang sheikh huraikan. Harap sheikh dapat meneruskan penyebaran ilmu sebegini. Biarlah ringkas tetapi bertepatan objektif dan huraiannya dan tesampai maksudnya kepada audiens

Saidina Ali said...

bella : carilaa ayat surah aali imran
"adakah kamu cemburu terhadap manusia atas apa yang Allah kurniakan atas mereka?" hingga akhir ayat

haidar : pls do so, if there's any benefit

Saidina Ali said...

aishah : utk PMR tahun ni ke?
hehe betul tu. sy cuma ralat sbb masa sekolah dulu tak didedahkan macam ni. so sy buat pada student sy.

moga Allah tetapkan hati. dan kaki.

wazir : keh2 pedih tu tuan wazir. erm baik, akan terus dibaiki :)

terima kasih kerana sudi melontar pandangan. sangat dialu2kan. semua sekali :)

afuan shah said...

alhamdulillah...aku terpilih untuk ke uia..kalau ilmu2 x di islamize kan..abeslah ilmu Human Sciences..suma philosophy barat yang punya...:)

Saidina Ali said...

afuan : yeah. very true. we carry a mission to get knowledge back to where it belongs. to hearts which are close to Allah :)

bez amin said...

perghhhhhhhhhhhhhhh!! rugi x masuk uia.. :-D

Anonymous said...

katang syed shahmi.

Saidina Ali said...

bazli : tahniah dr bazli :D
anonymous : ahah gagal nk teka sapa ni. btw, moh same2 usaha islamize knowledge :)

Piqah said...

sila masuk uia ye :)

Saidina Ali said...

@piqah : nasib baik laa uia sudi terima :)