Friday, December 26, 2008

untuk si dia..

hari ini (maksud saya, semalam.khamis, 25 Disember 2008), hari yang MUNGKIN punyai kenangan.
mungkin juga kenangan terindah.
kerana?
krismas? ohh..tidak.. (takkan tak baca entry sebelum2 ni kot.. :-p )
jadi kerana apa?

entahlah. saya pun tak tahu. hehe..

menjelang jam 11 saya terpanggil untuk menambah satu entry untuk blog yang bakal ditinggalkan selama 5 bulan (mungkin?).

terfikir untuk bercerita hikmah kembara siang tadi.
tapi tertangguh.

namun berkat surah al-kahfi, ayat 23 dan 24, (baru baca tadi sebab malam jumaat kan? ;-))

(23)Nor say of anything, "I shall be sure to do so and so tomorrow"-
(24)Without adding, "So please Allah." and call thy Lord to mind when thou forgettest, and say, "I hope that my Lord will guide me ever closer (even) than this to the right road."
saya jadi teringat pada sesuatu.
sesutu yang teramat penting bagi saya, dalam hidup saya.

ya, saya teringat si dia.
si dia yang kiranya banyak berjasa. memang banyak berjasa.
perkenalan semasa tingkatan 4 rasanya terlalu bermakna.

pada awalnya saya agak jual mahal.
langsung tak pernah tegur.
yelah, kelas lain-lain. takkan la tiba-tiba je nak pergi kelas dia untuk berkenal-kenalan.
(lagipun, mak saya kate, sekolah tempat untuk belajar, bukan buat benda lain :-) )

jadi, saya memang tak kenal dia.
tapi kata orang, kalau jodoh takkan ke mana.
kalau benci pun, bila datang masanya, tetap akan timbul rasa cinta.

jadi Allah pertemukan kami,
(sebab dia yang cari saya.hehe..)
mungkin kerana saya sumber paling boleh dipakai ketika itu. (konon-kononnya.hehe..)

jadi kami berkenalan atas satu perkenalan yang amat berhikmah.
apa hikmahnya? anda nak tau? panjang ceritanya. hehe..

tapi sejujurnya bagi saya, dia yang terbaik pernah saya temui.
satu hadiah yang terlampau tinggi harganya buat saya.
nak tahu berapa harganya?
entahlah. saya pun tak tahu. hehe..

cuba cari dalam gambar ni. ada tak?


tak ada?
memangla. kan saya dah kata, dia kan dari kelas lain. hehe

cuba yang ini pulak.



tak ada jugak? hmm.. susah kan nak cari orang yang belum diberitahu identiti?
memang tak ada.
gambar ni kan gambar pelajar-pelajar Maahad Mahmud Yan tym kami adakan program (saya dah lupa nama program tu.hehe)

oklah. terus pada point.
ini orangnya.


eh, eh. salah orang pulak. bukan la. ini mango (nama samaran.nama betulnya dah lupa.hehe)
ini pelajar harapan dr. abdul malek dalam subjek matematik tambahan dan bahasa inggeris.
kalau ada soalan matematik tambahan boleh bagi kat dia. insya-Allah, settle.



ha. ini baru betul orangnnya.

nama penuh : MOHD ASYRAF BIN SHARUNUDIN
no kad pengenalan : dirahsiakan. (egen rahsia ni)
tarikh lahir : 26 Disember 1990

bermakna, hari ni ulangtahun dia la!
betul3..

(saya bukan nak sambut ulangtahun dia, cuma nak gunakan tarikh ni sebagai kesempatan untuk perkenalkan seorang sahabat yang cukup-cukup beest ni pada pembaca sekalian)

jadi buat seorang sahabat,
dah genap 18 tahun kita singgah di perhentian ketiga ni.
dah 18 tahun kita gunakan nikmat-nikmat yang Allah bagi, tanpa perlu bayar walau sekepiang.
(cikgu matematik saya masa darjah empat dulu kata, sekepiang ni 1/10 dari 1 sen)

kita menghidu dengan smell receptor pada hidung,
melihat dengan light-sensitive particles pada mata,
merasa dengan taste buds pada lidah,
menyentuh dgn pressure receptors, heat receptor, pain receptors pada kulit,
detect
bunyi dengan eardrums,
berfikir dengan otak yang miliki kuasa sekuat komputer sebesar empat padang bola,
dan pelbagai lagi nikmat yang tak tertulis di sini, walau saya hasilkan berzillion-zillion entry untuk mengira nikmat Allah.

hidung, hanya satu organ yang kecil.
tapi untuk mencipta merupakan satu proses yang cukup kompleks.
andai satu kuasa yang tidak cukup luas pengetahuan mencipta,
mungkin mucus atau bulu hidung atau phero-receptor atau apa-apa lagi komponen penting akan tertinggal.

tahukah anda betapa pentingnya bulu hidung?
tahukah anda betapa pentingnya mucus?
tahukah anda apa fungsi phero-receptors?

tak tahu?
jadi maknanya masih banyak perkara yang perlu kita renungkan dalam diri kita sendiri untuk sedar betapa hebatnya kuasa Allah.

ini baru penerangan yang ringkas dan jahil (sebab saya sendiri jahil) untuk menerangkan teori Intelligent Design yang berjaya menafikan teori evolusi Darwin.

teringat saya pada satu kisah (dalam sunan tirmizi kalau tak salah saya),
ketika Junjungan Besar bertanya kepada para sahabat terdekat tentang nikmat Allah.

ditanya kepada Umar, Uthman dan Ali.
semuanya menjawab dengan betul.

namun sengaja baginda mengulang soalan yang sama untuk dijawab Ali,
namun Ali memberi pelbagai jawapan,
dan menutup persoalan yang ditimbulkan baginda dengan ayat 34 Surah Ibrahim, surah ke 14.

And He giveth you of all that ye ask for. But if ye count the favours of Allah, never will ye be able to number them. Verily, man is given up to injustice and ingratitude.

ayat yang cukup terkenal di kalangan kita, hingga tak menimbulkan kesan tatkala dilafazkan.
namun tika membaca hadis tersebut, memang terasa bahawa terlalu banyak nikmat yang dikurniakan.

kita dijadikan sebagai lelaki, bukan perempuan, adalah satu nikmat.

saudari-saudari dijadikan sebagai perempuan, bukan lelaki, adalah satu nikmat. bukan?

kita boleh duduk, berlari, berdiri, makan, bercakap, mengumpat (oopss..) juga nikmat bukan?

menangis,ketawa juga nikmat, bukan?

bayangkan anda sedih, tak mampu menangis, gembira, tak mampu senyum mahupun ketawa.
betapa terseksanya.kan?

silalah sahut cabaran Allah dalam ayat tersebut.
senaraikan satu-persatu nikmat yang Allah berikan.
takkan terhitung.
buang masa saja.

bukankah lebih baik kita mensyukuri nikmat yang diberi daripada menghitung?
kan3?

mungkin sekadar ini leteran saya(menurut sepupu saya, saya banyak berleter :-p )

buat si dia,
sebenar-benarnya saya menghargai persahabatan kita.

nta benar-benar miliki apa yang ana tak miliki.
nikmat kenal dan bersama nta pun, dah ana tak terhitung,
apa lagi nikmat yang lain, kan3?

moga hari ini jadi titik tolak untuk nta lakukan lonjakan paradigma untuk bergelar seorang yang benar-benar layak dipanggil mujahid.

salam sayang dari seorang sahabat,
bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah.

jauh di mata tak bermakna tiada dalam doa.

7 comments:

Uqbah Azam said...

5 bulan terlalu lama lah.

kurangkan kepada 4 bulan.

kalau boleh empat,

mengapa tidak 3,

ah, tiga dah dekat dengan dua.

alang-alang 1 bulan je lah...

jap,
boleh sahaja panggil makcik cleaner bersihkan blog kamu... heheh.

Sharifah Zahidah said...

cheewah.. sweet habis dia puji kawan dia... :P

Syed Mohd Syahmi said...

sweet ke?
tak letak madu asli hpa pun da sweet kan? :P

nway, i meant it 4 him k, not 4 u.
hehe..just joking.. ;-)

Anonymous said...

salam..,
syukran atas penghargaan nta thdp ana..
ana xmnta pn nta puji ana mcm tu skali..
tp ana kagum dgn komitmn nta dlm bshbt..
ana akui ana xjmpa lg shbt yg stnding dgn nta kt sni.. hehe.. suke la 2.. tp ana sntiasa bsyukur dpt bshbt ngn nta.. w'pn org slalu kondem kta tp nta ttp backup ana.. ssh nk cri org mcm nta.. satu nikmat ALLAH yg besar pd ana.. apa pn.. syukran atas igtn & smga ukhuwah yg tbina dgn bismillah br akhir dgn innalillah.. salam mahabbah..

Syed Mohd Syahmi said...

takde innalillah..
sampai syurga insya-Allah. ;-)

(kalau minta dipuji plik la plak kan jadinya.. :P )

Sharifah Zahidah said...

Fuyyooo.. Mr. Anonymous.. (Ashraf eh nama?) pergh... melayan habis korang berdua ni.. kalah banat2 sekalian... hehe..

Anonymous said...

tahniah syed, krn memiliki seorg shbt yg berupaya melengkapi kekurangan diri & dlm msa yg sama, melalui blog nie dpt mengajak pembaca yg lain utk turut menghargai shbt2 mereka..dlm bentuk yg lebih kreatif..mungkin..