Monday, December 22, 2008

ambik bau, buang isi.. [bahagian 2]

buat para pembaca, sorry sebab lama sgt idle untuk post sambungan topik ni.

ada yang tertanya-tanya, ada yang terpinga-pinga.
tak kurang juga yang buat tak endah saja.

'buah apa sebenarnya yg nta maksudkan?'

'memang ada ke jenis orang macam tu?'

yakin saya jawab, memang ada.


buah yang saya maksudkan adalah Islam itu sendiri.

kita semua sedia maklum betapa indahnya Islam, kita semua maklum betapa manisnya Islam. Buat mereka yang benar-benar mengkaji Islam, benar-benar menghayati Islam, mereka lebih tahu betapa terkelunya lidah tatkala diminta menghuraikan pendapat tentang islam. Bagi saya, satu-satunya perkataan yang layak untuk menceritakan perihal Islam, sekadar tertakluk pada pengetahuan cetek saya, cuma satu.

PERFECT!

andai ada perkataan yang menunjukkan maksud yang lebih sempurna daripada perkataan perfect, perkenalkan pada saya. Insya-Allah perkataan itu saya akan gunakan untuk mendefinisikan keindahan Islam.

tapi sayang sekali wujud golongan seperti yang saya katakan dari episod terdahulu, golongan yang hanya menumpang keindahan 'buah' ini, menumpang keharuman 'buah' ini, menumpang nama baik 'buah' ini, lantas berkelakuan dgn kelakuan yang memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti 'buah' ini.

mereka yang saya maksudkan adalah golongan pendokong-pendokong agama ini sendiri. Maksud saya, sebilangan kecil pendokong agama. Lantas dengan ini saya akui kata-kata yang saya dengari daripada akh (atau Ustaz) Idris Yussoff suatu ketika dahulu,

"pendokong agama adalah pembawa FITNAH TERBESAR pada agama"

Saya akui, setiap kita bertanggungjawab mendokong agama.
Setiap kita bertanggungjawab mem'promosi'kan Islam.
Tapi apa yang kita lakukan?

Benarkah kita mem'promosi'kan Islam?
tapi bagaimana?
kita renung kembali apa yang kita lakukan selama ini untuk mem'promosi'kan Islam.

(kita buka fail situasi)
satu

ketawa mengilai-ngilai di tempat awam, sehingga membuat setiap individu di tempat berkenaan jadi ingin tahu siapa orangnya. Dilihat raut wajah, melayu.

Jadi pintasan hati seorang bukan Islam (yang jahil tentang Islam),
"oh..begini Islam mengajar umatnya.."

dua

berpakaian selekeh ke tempat-tempat awam, bahkan busuk, tak terurus. Dilihat raut wajah, melayu.

Sekali lagi pintasan hati seorang bukan Islam (yang jahil tentang Islam),
"oh..Islam suruh penganut-penganutnya berpakaian compang-camping"

tiga

keluar berdua-duaan (bukan mahram, bukan suami isteri), ke tempat-tempat awam, mesra berpimpinan, berpelukan. Dilihat raut wajah, melayu jugak.

Terlintas sekali lagi di kalbu seorang yang tidak dididik dengan tarbiyah Islamiyah,
"semua tempat aku tengok, orang Islam sama je dgn kitorg. Takkan Islam tu cuma pada paksa diri solat 5 kali, tak makan sebulan, pastu raya, pastu kena bagi duit kat orang"

(tutup fail situasi)

implikasi daripada ketiga-tiga situasi yang dilihat, akhirnya timbul MISCONCEPTIONS IN ISLAM yang terpaksa diperbetulkan semula dari akar umbi.

bayangkan pula andai misconceptions atau dalam bahasa arab(+melayu)nya, fitnah-fitnah ni dilakukan oleh golongan-golongan agamawan, atau dengan istilah lebih familiar, ustaz-ustaz. Bukankah implikasinya jadi lebih teruk dan complicated?

saya katakan, kerana memang wujud golongan seperti ini.
hendak ditegur,
"eh, engkau tu dah pandai sangat ke nak tegur-tegur aku ni?"

mungkin kita terlalu muda untuk menegurnya,
tapi bila seorang senior pula yang tegur,
"pakcik dah belajar sampai mana yang nak tegur saya ni? saya taula saya belajar"

dia dah sempurna. lantas apa yang paling sesuai?
kita fikirkan bersama. moga Islam tak difitnah kerana kita.

5 comments:

laksamana said...

great,but xyah ar tarok ayt2 puitis.waste mse aq je.juz type main case je.

Syed Mohd Syahmi said...

haha..sampai gak kat sini. ;-)
yela2..baik downline. hehe

Sharifah Zahidah said...

Erm. Dalam fail situasi tu, kenapa highlight org Melayu, bukan orang Islam itself? I mean, kenapa bukan Muslim, but Melayu? Melayu not necessarily Muslim kan?

Syed Mohd Syahmi said...

sbb dlm perlembagaan Malaysia melayu=muslim. lagipun, takkan la bila org tgk org camtu nak kata Islam. Islam bukan camtu. Melayu yg wat camtu. am i ryte?

Unknown said...

owh...
now i know..
wha kind of fruit..
ngeh3..
fkr buah btl2 larh..
rpanya simbol jewk..
hoho..