Sunday, December 7, 2008

ambik bau, buang isi.. [bahagian 1]

KITA BUKAN QADHI


"Kita hanya daie. Kita bukan qadhi. Tugas kita hanya mengajak mereka ke jalan yang benar, menghakimi? TIdak sama sekali. Itu kerja Allah," Idris Yusoff lancar, menusuk kata-katanya.

Pertama kali mendengar kalimah itu terasa ringan dada,
lapang jiwa.

"ish..aku kesian betul tengok budak-budak ni.seksa kalau diorang masuk neraka tu.."
pernah terpacul kata itu dari bibir saya, lama dahulu.
namun kini, saya sedar sendiri.
andai saya abid sekalipun, saya tiada jaminan syurga.
(mungkin ya, pada penghujungnya jika mati saya dalam husnul khatimah, insya-Allah)
tapi pilihan untuk ke neraka untuk membayar harga fasad yang dibuat di bumi Allah ini tak terdaya rasanya untuk ditanggung. Berhadapan sedikit ujian dunia pun terasa sempit dada, apa lagi azab akhirat.

bukan itu sebenarnya maksud blog entry saya kali ini. cuma saya rasa saya atau sesiapa pun tidak layak untuk menghakimi golongan yang ingin saya highlightkan kali ini. Melainkan Allah. Saya doakan golongan yang akan saya ketengahkan kali ini, Allah buka hati mereka. Amiin. Insya-Allah.

kembali pada tajuk


Buahnya cukup cantik.
Merahnya, bakal membuat sesiapa yang melihat menitiskan air liur.
Rasanya, tiada keraguan. marvellous! "teramat3 enak" kata sensei saya.
Baunya, masya-Allah. Maha Suci Allah yang menjadikan bau sebegitu enak.
Bentuknya, sempurna!
Tapi sayang, tak begitu ramai yang membeli buah ini.

(saya tak berbicara tentang mereka yang memiliki buah ini di halaman rumah. bahkan, ada juga yang miliki buah sesempurna ini, yang sanggup membuang buah ajaib ini ke tepian jalan, kerana? salah sendiri tak tahu menikmati.mungkin mereka tidak melihat sejarah dan testimoni mereka yang bersungguh-sungguh menyatakan kehebatan buah ini)

Sang Penjual menjadi punca buah ini tidak dikenali, tidak diminati dan dipandang rendah dan disalah tanggap.
Sudahlah dibalut secara cincai, dibalut pula dengan pembalut yang buruk.
Melihat kepada pembalut,
di sana kotoran, di sini kotoran.
Pembalut terkoyak dan sebagainya.

Penjual pula, cukup mengecewakan.
Melaung-laung dengan suara keras,
"Mari, mari! Buah ini buruk, busuk! Makan sejemput pasti termuntah hijau"
Dan dengan megah dia menunjukkan buah yang dibalut dengan sebegitu cuai.

Andai insan yang pernah mempromosikan buah itu dengan kesungguhan yang terlampau jelas kesungguhan mereka melihat apa yang dilakukan penjual-penjual ini, pasti ada yang memilih untuk terus memancung kepala sang penjual, atau tidak kurang menempeleng atau juga menitiskan airmata kecewa dek pengkhianatan durjana yang dilakukan golongan yang menumpang nama baik buah ajaib itu, tapi pada masa yang sama menconteng arang pada buah indah kurniaan Allah itu.