Saturday, July 25, 2009

tak inginkah kita kembali?

kadang-kadang langkah terasa berat.
hati terasa pedih.
perjalanan dirasakan terlalu tersangat sukar.

dunia hari ini sudah terlalu berubah.
terlalu banyak berubah.
benar.
saya akui kebenaran kata-kata "to be perfect is to change often"
betul.
selalulah berubah kalau nak jadi sempurna.
tapi dengan syarat,
belajarlah pada setiap checkpoint perubahan.

satu perkara yang perlu direnungkan.
memang kita inginkan dunia ini untuk jadi sempurna.
memang kita ingin negara kita sempurna.
dan memang kita ingin segalanya di sisi kita sempurna.
dan kita cuba terlalu banyak cara.

dan hari ini, inilah hasil yang kita dapat.
sekularism yang terlampau sebati dengan jiwa setiap individu anggota masyarakat.
materialism yang telah sedia menjadi darah daging setiap di antara kita.
saya.anda.dan mereka.
tanpa pengecualian.

pernahkah kita renungkan kenapa perkara sebegini boleh terjadi?
pernahkah kita fikirkan kenapa seteruk ini, kenapa sedahsyat ini kerosakan yang berlaku di bumi?


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Rum 30:41)
1400 tahun dahulu disebut tentang kerosakan di bumi.
dan mungkin sememangnya Allah maksudkan kerosakan yang sedahsyat ini.

perhatikan ayat tersebut.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

"telah jelas kelihatan kerosakan sama ada di bumi ataupun di laut"
Allah ingatkan pada kita.
bahawa di bumi dan di laut telah jelas kerosakan.
tapi sesetengah dari kita terlampau leka untuk menyedari kerosakan yang berlaku.
hingga Allah jadikan satu ayat, KHAS untuk mengingatkan kita tentang kerosakan-kerosakan yang berlaku.
masihkah tidak ingin kita peruntukkan barang sesaat untuk memikirkan tentang kerosakan itu?

بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

"kerana apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia"
belum sempat kita berfikir Allah telah sedia letakkan jawapan.
saya baru hendak berfikir siapa yang melakukan kerosakan itu.
jin kah, atau iblis kah, atau malaikat kah?
Allah berikan jawapan dengan sebegitu segera.
sebelum waqaf, sebelum saktah.
"kerana tangan-tangan manusia"

sekarang fikirkan.
betulkah itu?
manusiakah yang mencipta segala kerosakan ini?

pernahkah iblis atau jin lakukan kerosakan di muka bumi?
antara banyak-banyak makhluk yang Allah cipta di bumi,
kenapa hanya manusia yang tergamak melakukan kerosakan di muka bumi?
pensyarah saya katakan, manusia adalah makhluk yang paling jahat.
sanggupkah anda mengiktiraf kebenaran kata-kata beliau?

seterusnya.
untuk apa Allah izinkan kerosakan itu berlaku atas bumi yang seindah ini?
bumi ini Allah ciptakan, cukup cantik.cukup indah.cukup lawa.
laut biru yang mampu berikan ketenangan.
dan darinya pula kita dapat macam-macam perkara.
dari laut kita peroleh barang makanan dan barang-barang perhiasan.
cantik kan bumi?

لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"agar mereka merasakan sebahagian yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali"

Agar kita menyedari bahawa apa yang kita lakukan itu salah.
dan Dia kehendaki apabila kita sedar kesalahan kita, kita akan kembali pada-Nya.

sahabat-sahabat.
Adam merupakan makhluk yang paling Allah kasihi.
Adam kesunyian, Allah ciptakan Hawa untuk menemani Adam.
Adam makan buah larangan di suatu tempat yang indah,
Allah ampunkan.
dan berikan dia pula rumah lain yang indah.
lengkap dengan sumber makanan dan cukup selesa.
dan sekarang pun Allah masih sayangkan Adam.
lihatlah bumi yang seindah ini.
dengan laut yang biru.
langit yang mendamaikan.
bukit-bukau yang menghijau.
dan kicauan burung yang cukup mempesonakan masih kedengaran di mana-mana.

tapi semua keindahan yang tidak terperi ini Allah beri keizinan untuk kita rosakkan.
saya tanya anda.kenapa?

agar kita kembali pada-Nya.
hingga begitu sekali Allah sayangkan kita.
pernahkah sekali kita lafazkan,

"Ya Allah, aku juga cintakan Engkau!"

moga diri ini sedar.

No comments: