Tuesday, March 2, 2010

Naga, virus dan antibiotik.

semalam saya dipaksa untuk ke klinik.
awalnya mak meminta ayah untuk membawa saya ke klinik Rahmat.
tapi kemudian di tengah jalan ayah memberitahu nak membawa saya ke klinik Naga.

saya pernah dengar nama itu.
tapi tak pernah pergi.
minda saya mula berimaginasi.

kenapa nama klinik tersebut klinik naga?
Doktornya mesti orang cina.
dan mesti ada gambar naga dalam klinik tu.
dan naga tersebut mestilah berwarna merah.

macam ini?

Photobucket

ya. lebih kuranglah.
cuma wajah naga tu mesti lebih garang.
bukan sedih macam tu :p

saya melihat, pesakit agak ramai.
selepas pendaftaran, saya duduk.
bangun semula.
melihat-lihat sekeliling.

la...india rupanya!
saya sangkakakn doktor berbangsa cina,
rupanya india. tak apalah.
saya menunggu giliran.

apabila masuk saja ke bilik doktor, saya duduk.
(alamak! lupa ucap vanakkam!)

"ada apa?"
(soalan ni yang paling saya tak suka dari doktor-doktor)

"demam kot.batuk"

lalu doktor mengambil beberapa peralatan canggihnya,
mengambil suhu.
(la.kenapa tak ambik suhu je awal-awal tadi)

saya melihat gambar sai baba, gambar ganesha dan kwan ying dalam biliknya.

"Doctor, is that Sai Baba?"

"Yes"

"and that one, Ganesha?"

"Yes"

"and that one, Kwan Ying?"

"Yes"

(amboi. 'panjang-panjang'nya dia jawab)

"why do you keep these three idols in your room?"

"because i pray to them"

saya mengangguk-angguk.

''okay, thank you"

"huh?"

"thank you"
(sambil menunjuk ke pintu)

alahai...baru nak 'masuk jarum'

balik ke rumah, saya dipaksa makan ubat.
betul-betul dipaksa. disuap. haha

terlihat antibiotik.
la...ada antibiotik rupanya.
nak kena betul lah Dr. Naga ni.
saya demam sama ada sebab homeostatic reaction atau viral infection.
(rujukan : Campbell dan Dr. Ahmad Ilyas)
buat apa bagi antibiotik?

lepas makan, saya tertidur.
sehari. bangun waktu isyak dan qadha zohor + asar + maghrib.
whoa. kuatnya kesan ubat tu.
taubat taknak makan lagi.

p/s:
1. kredit buat sutera maya buatkan saya terpanggil nak ceritakan pasal ni.
2.awalnya saya ingatkan tiga entiti tu adalah dari agama yang lain, tapi sewaktu melangkah keluar bilik doktor, baru teringat dalam agama Hindu juga ada Kwan Ying.

12 comments:

nik uqbah said...

hahaha, syed, dah namanya berbual dgn doc macamtulah...

yes,no,yes,no...mungkin dia tak enjoy kerja agaknya...tapi masa dia tunjuk pintu tu, aku rasa dia tengah happy,

yeay, duit mari...duit mari....

-ak tak merepek tau!

Saidina Ali said...

haah. betul tu.
dah dia bukak klinik, mestilah nak dapat duit banyak2 kan?

kalau dia layan soran patient lama2, macam mana duit nak masuk banyak2 kan? :)

takleh2. kene sangka baik :)

lotuslav said...

ape kaitan ng sutera maya?
mintak tlong x dedahkan identiti
kawan saya.tq

Saidina Ali said...

ouh. sure i wont.
tak kenal pun.
dont have any of such intentions.

melainkan dia adalah uqbah :p
tapi dia bukan uqbah.
so tak perlu didedahkan, no worries :)

sutera maya said...

identiti terdedah??

ape2 lah..x sangka komen 2 boleh menjana idea tuan blog plak..

saya harap, doktor2 keluaran UIA x seperti itu!

p/s: terima kasih buat lotuslav..mmg shbt sejati. ^^

Saidina Ali said...

>>sutera maya

no worries lah.
macam dijanjikan, identiti sape2 pun takkan didedahkan kecuali uqbah.
ouh ada penambahan.
afiq arshad :p

btw, korang nk buat topic request untuk next post pun boleh ^.^

nik uqbah said...

hahaha nama aku pulak naik,
kau kan memang homo sapien yang susah nak menyamar, tapi bukan aku...

dan, sape lagi yang suka type;
:P

memang masalah negara haha

Saidina Ali said...

nnti aku blajar dgn ninja cmne nk buang kebiasaan, deal?

haha

lotuslav said...

baik2.no worries.doc uia x mcm tu.
ahli frmasi uia? nnti gntung gmbr majd dlm kdai.ps2 ade customer Sikh tnye,'sir,what's that? look like my Sweetie Gudwara.'

Saidina Ali said...

kalau la waktu tu ana igt lagi ape yg kite blaja dalam RIM, ha.

pulang buah paku la jawabnye :p
(betul ke peribahasa tu?)

boleh tutup farmasi, dialog pasal agama :p

Anonymous said...

Salam bro..
ada ke letak nama aku kat bawah tu.
hehe...
Ada 4 perkara aku nak sentuh:
1) memang sesetengah doc prescribe antibiotic walaupun xperlu. kemungkinan besar untuk duit lebih. mungkin juga untuk tujuan pencegahan (prophylaxis).
2) mungkin aku terlepas pandang beberapa perkara dalam mendiagnosis sahabat aku nih... sebab kita berbual guna YM je...hehehe
3) memang menjadi hak pesakit untuk bertanya dengan lebih lanjut, penerangan doc tentang sakit dia. maybe bro kena minta dia explain lebih kut.
4) aku masih student. bukan nak merendah diri, tetapi menyatakan kekurang pengalaman diri berbanding doc biasa.

bakal Dr. Ahmad Ilyas

Saidina Ali said...

bakal dr?
tinggal berapa hari je lagi still nak juga prefix 'bakal' ke? :p

nasib baik bukan dr naga yang baca blog ni. haha

(jangan ajak dr hamidah baca jugak ye :p )