Sunday, August 16, 2009

Selsema Babi vs Ramadhan

selsema babi atau nama sopannya H1N1 sudah terlampau terkenal.
tak perlu lagi pendefinisian apa itu H1N1 dan bagaimana merebak.

di awal buku maza yakni intima' lil islam Allahyarham Fathi Yakan menggariskan beberapa isi penting.
dalam bab yang pertama, saya mesti muslim dri sudut akidah,
isi yang kedua,
Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah
mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana
mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu
mencipta sesuatu secara sia-sia
bererti H1N1 yang Allah utuskan juga ada hikmahnya.
ada sebabnya.
ada baiknya.
tapi apa?
saya rasa dua ayat quran yang disebut-sebut di mana-mana ini sesuai untuk dirujuk.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Ruum 30:41
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Baqarah 2:216
hikmahnya ada.
kebaikannya ada.
tapi saya belum fikirkan.
mungkin juga pemikiran manusia belum sampai tahapnya untuk mengetahui hikmah H1N1.
tapi yang pasti,
Allah mahukan kita kembali pada-Nya.

jadi tak perlu saya ceritakan kenapa wujudnya H1N1

tapi satu perkara yang saya rasa terpanggil untuk saya cetuskan.
kenapa di ambang Ramadhan?
kenapa Allah utuskan H1N1 di ambang Ramadhan?

pemikiran saya adalah amat terbatas.
jadi saya lebih suka andai anda sendiri yang berfikir fiqhnya.
fiqh kenapa Allah turunkan H1N1 di ambang ramadhan.

ingin saya kaitkan dengan sirah Nabi.

saya analogikan H1N1 sebagai penyakit budaya jahiliyyah.
dan Ramadhan sebagai pengutusan risalah Islam.

sebelum turunnya risalah,
keadaan masyarakat jahiliyyah adalah sangat teruk.
sangat-sangat teruk.
menurut kitab Fiqh Sirah karya Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti,
golongan yang terpaling jauh dari hidayah
perzinaan berlaku secara berleluasa.
perjudian, arak, peperangan, pembunuhan dan sebagainya.
kerosakan cukup-cukup ketara.
segalanya rosak.

saya analogikan kerosakan yang diakibatkan dengan sebab H1N1 dengan kerosakan golongan arab jahiliyyah.
namun kemudian muncul satu cahaya.
muncul seorang penyelamat dunia yang Allah utuskan untuk sekalian makhluk.
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

dengan membawa garis panduan cara kehidupan manusia.
mengembalikan arab jahiliyyah kepada agama nenek moyang mereka, Ibrahim.
dan agama ini menyediakan jalan selamat bagi semua penganutnya di dunia dan akhirat.

lalu kehidupan jahiliyyah berubah serta merta.
maksud saya, berubah secara total.
Umar Al-Khattab contohnya,
dari seorang penyembah berhala menjadi salah seorang sahabat yang dijamin syurga.
dari pembunuh anak perempuannya berubah menjadi seorang khalifah rasyidin.
dari seorang yang keras hatinya,
membunuh sesiapa yang dirasa perlu pada hatinya,
kepada seorang yang mudah menitiskan airmata apabila mendengar ayat Quran.
bukankah ini satu perubahan yang total dari aspek peribadi?
nampakkah kita bahawa cara hidup Islam itu punyai satu kelebihan yang Allah susun untuk mengubah manusia seketara itu?

mari kita letakkan kaitan antara sirah dan zaman sekarang.
H1N1 telah menjadi sebab kewujudan huru-hara dan ketakutan dalam diri setiap individu.
sang ibu takut anaknya dijangkiti H1N1.
sang suami takut isterinya dijangkiti H1N1.
tak terlepas juga sang kekasih.
takut kekasihnya dijangkiti H1N1.
mungkin lain kesnya bagi pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
tapi rata-rata semua orang takut dengan H1N1.

beberapa ketika selepas H1N1 menggemparkan dunia,
Allah datangkan pula Ramadhan.
seperti sirah tadi.
selepas terjadinya kerosakan dalam golongan arab jahiliyyah, Allah datangkan pula risalah Islam.

dalam Ramadhan, Allah berjanji untuk memberi tumpuan lebih kepada ibadah hamba-Nya.
kepada doa hamba-Nya.
seperti termaktub dalam surah Baqarah 2:186.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
perhatikan kedudukan ayat ini dalam Quran.
ayat ini datang betul-betul selepas ayat yang memujuk sekalian orang beriman untuk berpuasa di Bulan Ramadhan.
lalu ditafsirkan bahawa doa pada bulan Ramadhan adalah lebih mudah untuk dimakbulkan.
tapi perlu diingat.
Allah letakkan syarat untuk doa kita dimakbulkan.

maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku
untuk apa syarat ini?
lihat di akhir ayat.

agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
lihatlah betapa pengasih dan romantiknya Allah.
Dia utuskan bala.
tapi Dia tak biarkan hamba-hamba-Nya terumbang ambing.
dia utuskan rahmat-Nya bersama.
untuk siapa?
untuk kita.

moga kita selalu dalam kebenaran.
jadi apa kaitannya H1N1 dan Ramadhan?
gunakanlah H1N1 sebagai satu batu loncatan untuk kita menghayati Ramadhan sepuas-puasnya.
moga Ramadhan ini yang terakhir buat saya.

maksud saya, moga saya hayati Ramadhan ini seolah-olah dialah yang terakhir untuk saya.

selamat menyambut ramadhan.

No comments: