Wednesday, June 3, 2009

kisah..sebuah router!

saya cuba buat sebuah kisah autobiografi.
macam cikgu rozita ajar waktu darjah 3 dulu.
tajuknya "Saya sebuah internet"
(betulke SEBUAH internet? saya dah lama tak belajar bahasa melayu.
dah lupa apa penjodoh bilangan untuk internet.
atau cikgu yang tak pernah ajar?
haha. mula nak salahkan orang :-p)

tapi akhirnya saya sedar.
bukan internet yang bermasalah.
cuma modem rumah saya.
berpuluh-puluh kali saya telefon TM Careline.
i mean it.
memang berpuluh-puluh kali.
(sebenarnya tak sampai sepuluh pun.haha)
sorang kata modem saya rosak.
sorang technician juga kata modem saya rosak.
pak lang saya juga kata modem saya rosak.
kemudian dia berikan saya modem lain.
internal modem.
katanya RM50.
tapi saya tak pernah bayar.haha
saya berikan dia kasih sayang.
(gelikah bunyinya?haha)
kan kasih sayang itu lebih bernilai dari segalanya? :-p

lalu saya gantikan built-in modem komputer saya
dengan modem yang paklang saya berikan.
saya ingat dah ok.
rupanya masih belum ok.
eoknya seorang lagi technician datang ke rumah.
dengan keadaan rumah yang macam kandang babi.
(saya bukan mencarut.
tapi anda cuba bayangkan keadaan kandang babi.
sangat-sangat menyemakkan minda kan?
lain kali jangan kata saya mencarut.haha)
rumah saya begitu berselerak sebab..
mak ayah tiada di rumah.
bukan saya taknak kemaskan.
tapi..belum ada mood.
(haha.boleh gunakah alasan ni?)

dia juga kata modem saya rosak.
tapi dia tunjukkan pada router.
saya tak tahu.
saya ingatkan dia salah cakap.

petang itu ayah ajak pergi beli modem.
sayangnya kedai tutup.
lalu ayah suruh saya pergi beli sendiri esoknya.
alahai~
BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN!
(baik bos!)

esoknya saya pergi PC Langkawi.
(oh.hampir 19 tahun tinggal di Langkawi tak pernah tahu ada kedai ni :-p)
saya kata pada owner kedai saya nak beli modem yang ayah saya bagitau.
dia tanya siapa ayah saya.
rupanya dia tak kenal.
haha

lalu saya beli modem jenama TP-Link model TD-8810.
kenapa jenama dan model tu?
(aduh.tak perlula banyak tanya. :-p)

saya lihat belakang kotak.
oh. rupanya walaupun dah ada internal modem,
masih perlukan external modem untuk disambung pada router.
baru saya tahu.
jahil saya rupanya.
(sebenarnya dah lama tahu.tapi taknak mengaku.
teruk kan? )

*dush* *dush*

lalu saya kata saya boleh pasang sendiri.
sebab saya ingat memang saya reti pasang.haha
tauke tu kata harganya RM130.
saya kata ok.
lalu saya pergi survey laptop.
agak murah.
tapi tak bertepatan dengan kehendak saya.
saya mencari jenama DELL atau COMPAQ.
menggunakan processor AMD.
Hard Disk 320 GB.
RAM 2 GB.
tapi tak jumpa.

kemudian saya pergi bayar harga modem.
cashier tanya pada owner kedai berapa harga selepas rundingan.
uncle tu tak jawab.
lalu dia berikan RM120.
murah RM10.
haha. ALHAMDULILLAH.. :-)

teringat kisah seorang cina yang pernah puji saya kerana jujur.
kononnya.hehe
saya pergi beli satu barang.
harganya RM1.50.
dia kata RM1.
saya kata saya tengok tanda harga RM1.50.
lalu dia kata
"nasib baik you jujur"

tapi dalam kes ni..?
dia tak tanya saya pun.
saya pun tak jawablah.haha

saya pulang ke rumah.
pasang modem.
dah siap.
tapi sekejap dapat surf.
sekejap lagi line dah hilang.
mak saya tanya kawan dia.
(masa ini mak parents dah balik. mak masuk wad 2 hari kat KMC)

sekejap kemudian suami kawannya datang dan set-up kan modem.
alah. silap sikit saja rupanya.
patut pun tak dapat. :-p

anda dah tau pengajarannya?
mungkin satu lagi cerita akan buat anda tahu.
tapi korang mesti janji.
jangan gelakkan saya.

satu hari.
emak suruh ke kedai.
emak suruh belikan sayur sawi.
saya dengan yakinnya ke kedai.
saya lihat sayu-sayur di atas meja.
wah..banyaknya.
saya lihat satu demi satu.

oh.ini nampak macam sawi.

saya ambik 3 ikat.
saya bayar.
dan pulang ke rumah.
anda tau apa jadi?

haha.jangan gelak tau.biar saya gelak sorang-sorang.haha

"lah..ini bukan sawi..ini kailan.."
dengan begitu kuat emak saya sound saya.
aduh.malunya.
sejak itu saya fobia dengan sayur.haha

tapi.saya tetap ke kedai beli sayur.
seperti timun.terung dan tomato.
yang lain saya tak berani.haha
korang dah janji tak gelakkan saya. jadi jangan gelak. haha

pengajarannya.
1.jangan berlagak pandai.haha
2.kalau tak tahu, tanya.
3.kenalilah sayur kita.
4.jujurlah.

sudahlah~
berhenti ketawa.

9 comments:

Anonymous said...

pengajaran yg baik ^_^..teruskan usaha.haha..

Saidina Ali said...

smiley seolah2 dikenali.
haha
sama2 belajar.
sebab
orang yang bijak adalah orang yang belajar melalui pengalaman orang lain.
tapi org yang belajar dengan pengalaman sendiri belajar dengan lebih baik. ;-)

Anonymous said...

betol3..sampuk upin ^_^

Saidina Ali said...

siapa ini anonymous?

Anonymous said...

hamba Allah yg hina..yg byk melakukan dosa..

Saidina Ali said...

owh. pedihnya. ;-)

Anonymous said...

tp yg pastinye sye lebih muda dr abg..kalo abg x kisah ur mom sakit apew??cox blog b4 tis pun ada pasal ur mom..i2 pun kalo abg x kesah..

Saidina Ali said...

sorry to say.
i do mind. ;-)

Anonymous said...

comel!