Tuesday, June 2, 2009

kata orang..orang kata!

"and Peace be upon those who follows the right guidance"
Taha 20:47

korang cuba teka ni kali ke berapa saya mula entry macam ni?
err..saya rasa kali kedua.
anda kata kali ke berapa..??

ha..kan dah masuk perangkap. :-P
ini cara baru saya tarik korang masuk tajuk entry kali ni.hehe

ada orang kata, saya PEMALAS.
tapi tak kurang orang kata saya RAJIN.

ada orang kata saya PENDIAM.
tapi ex-roommate saya, Fuad Zakaria kata saya BISING.
nak tahu kenapa?
(eh, tolong jangan sibuk-sibuk boleh? :-p)

ada orang kata saya PANDAI.
ada jugak yang kata saya BODOH.
(sampai hati dia kan.. :-p)

ada jugak yang kata saya KACAK.
tapi belum ada yang sampai hati nak kata saya KURANG KACAK.
(haha. agak poyo sikit ya.jangan marah)

ada yang kata saya BAIK.
ada jugak yang kata saya JAHAT.

itu apa yang orang kata.
kawan saya pulak kata,
apa kita perlu peduli dengan apa orang kata?
lalu dia quotekan kepada saya dua baris dari lagu Hijjaz.

"pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih"

eh. ada 2 kesilapan. anda perasan tak?
pertama. bukan 2 baris. tapi berbaris-baris.
kedua. sebenarnya bukan lagu ni la. hehe. sorry2.

saya pun tak ingat lagu apa.hehe
tapi..katanya,
pandangan manusia pandangan menipu.
pandangan ilahi pandangan hakiki.

korang ingat lagu apa?
sorry ye saya tak ingat.hehe

saya kata...
"haah. betul jugak kata dia"
anda kata apa?
(ape saya peduli apa anda kata. kan? :-p)

ada orang kata,
"ambikla medic. senang hidup nanti"

kita kata..
"aduh..boleh ke aku ambik medic ni..berat tu.."

tambah-tambah kalau yang suruh ambik medic tu parents kita, cikgu-cikgu kita.
mesti rasa berbelah bahagi kan..?

kita kata kita tak mampu.
kemudian orang kata,
"i know you can do it"

fuh. rasa sangat bersemangat kan?
itu yang saya rasa. memang bersemangat bila orang kata macam tu pada kita.

tapi kita lebih kenal diri kita.
tanya pada mereka yang kenal diri kita.

mampu ke kita bawak sesuatu yang berat..?
we decide our future.

kata mak saya,
"kalau kita gagal nanti, orang yang suruh ambik tu nak tolong ke?"

kita fikirkan.
kita tentukan masa depan kita.
(kan saya dah kata. blog saya juga ada selitan pengajaran. kan Shukri?)
(dia yang suruh saya mention nama dia dalam blog ni :-p)


p/s: saya tujukan entry ni khas untuk bestfriend saya. ;-)
dan kita tgk apa orang kata dalam komen mereka.. ;-)

10 comments:

nik uqbah said...

banyak la kesilapan dalam entri ni :P

1. nama roommate tu betulke bin zakaria?

lagi, malaslah nak tulis...haha

eh, yg cakap kau kacak tu mesti lepas tu dia sembahyang taubat kan? hehehe
lol~

Saidina Ali said...

yelah.
ini masa semester satu.
fuad versi kurus.
bukan fuad zani.
ya cik uqbah..? :-)

MizBeLL said...

yg cakap kacak tuu..
mst rabun kan.?.
dah tuu tak guna spec or contact lens..
tuu arr pasal..
kacak xde..
manis ada arr "kowt"..

nik uqbah said...

oh. malunye aku.... haha.

kem salam kalau dia pernah wujud,,,:P

Dari.Angan.Yang.Tewas said...

oldabes untuk anda...:)

Saidina Ali said...

ya. terima kasih.
insya-ALlah

everjihad said...
This comment has been removed by the author.
everjihad said...

percaya apa kata hatimu
yakin apa yang dikau rasakan
abaikan apa orang kata
kerana manusia itu tidak pernah berhenti mengata
berhentilah menilai apa yang dikata
kerana dikau lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan dirimu

mohonlah pentunjuk dari Ilahi
moga pilihanmu tepat dan selamat..

Allah knows the best.

the offer must be the reason.
Dia berkuasa je nak bagi medic. tapi kenapa dapat pharmacy?
Maybe thats a sign.
Everything happen there are reason for it to happen.
Only wi need to find the hikmah beyond that.

Anonymous said...

huh..terasa..
ntahla..
adalah hikmahnya jd cmni..
org len xtau btapa rase bersalahnya ana..nangis.sebak.
biarlah..
huh..
hidup kna gak teruskan!

Arynsan said...

Salam...lirik berbaris-baris tu lagu nyanyian SNADA la...hehe...tak pe cube lagi.