Wednesday, May 19, 2010

dicampak ke laut menjadi pulau.

im sure uqbah has been waiting for quite a long time for this post. :)

untuk pengetahuan bagi mereka yang belum tahu,
sekarang merupakan waktu cuti semester bagi pusat asasi uia.
dan sy juga sedang bercuti, walaupun tak seperti bercuti.
alhamdulillah, sy sempat mengambil 'ibar dari beberapa perkara yang saya lalui hari-hari.

masa cuti saya banyak dihabiskan bersama pakcik-pakcik saya.
pakcik-pakcik yang pada pandangan saya, memang smart.
dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau.
(betul ke peribahasa ni?)

letakkan sahaja mereka di mana-mana. pasti mereka tahu apa yang perlu dan boleh dibuat.
ini analisa saya setelah hampir 20 tahun memerhati kehidupan mereka.
saya akui, saya yang masih lemah berharap untuk menjadi seperti mereka.

agar saya mampu melihat peluang dalam semua perkara.
dan mampu bertindak untuk merealisasikan peluang itu.
dan tidak segan untuk mulakan langkah untuk merealisasikan peluang tersebut.
serta tidak takut pada risiko.

saya melihat pakcik saya bekerja dgn sangat keras.
dari 8 pagi hingga 6 petang, di kilang kayu membina perabot.
masih dia sendiri yang bekerja walaupun dia merupakan manager.
dgn layanan 1st class kepada pekerja-pekerjanya.
kemudian disambung dengan perniagaan kedai makan sehingga 11 malam.
7 days a week. takde cuti. wahh~ smart!
dalam pada itu, anda dapat lihat senyuman dan jenaka yang tak pernah lekang dari mereka.

anda boleh bayangkan keletihan mereka?
8 pagi-11 malam. buat perabot waktu siang, dan restauran waktu malam.
dengan kerenah anak-anak. saya akui, saya yang melihat pun jadi stress. (hoho)
apa agaknya mereka rasa?
tapi i assure u, pakcik-pakcik saya masih mampu berjenaka dan bersabar dalam tekanan sebegitu.

saya berkata kepada emak,
"orang lain kerja jugak tapi ada cuti. mana tak letih kerja pagi sampai malam, 7 hari seminggu"
emak menjawab,
"begitulah mereka"

saya sedikit sebanyak membantu perjalanan kerja mereka, walaupun siri-siri pertolongan saya tak berapa memberi impak pada kerja mereka.
hari sabtu (kot), saya bersama mereka memasang kabinet di sebuah hotel di sini.
ketika memasang, orang lalu lalang mengucapkan,
"eh cantiknya"
dalam hati saya berkata, "cantik ke? mana ada pun"

dan kakak reception yang sering membuat 'roadblock' bersembang sesama sendiri.
"kalau letak kat rumah ni.."

saya berkata dalam hati,
"tempahla satu. kaya sikit kitorang nanti" hoho

kemudian pakcik bersembang dengan seorang abang yang tak dapat dipastikan jawatannya,
abang tersebut bertanya,
"byk ke tempahan?"
pakcik menjawab,
"tak banyak pun. sekarang ni lembap sikit"
dengan raut wajahnya. kalau korang melihat, saya pasti korang percaya kata-kata pakcik saya.

haih. projek yang ada pun tak menang tangan, masih kata sikit? hoho.

dalam usaha meyiapkan kabinet tersebut,
ada beberapa siri kerosakan yang berlaku pada perabot.
kecacatan yang sangat kecik dan sedikit. bak kata orang, 90 kali tengok pun tak perasan.
tapi kata pakcik,
"eh, tak boleh ni. kena baiki ni"

satu perasaan mengalir dalam diri saya,
"inilah ihsan"

kalaulah saya dapat mengaplikasikan itu dalam solat..
di saat sedikit kelalaian kecil mengganggu ketika solat,
"eh ni tak boleh ni. tak lawa solat aku kalau camni"

indahnya hidup kan?

p/s: banyak lagi cerita sebenarnya. tak tertaip.

3 comments:

nik said...

tak pun. perasan!

btw syed aku rasa dicampak ke laut dia berenang dicampak ke darat, dia berjalan. berdikari kata orang. chewahahaha.

i adore u pakcik tu ayat bodek kan. amboi.

Saidina Ali said...

posting ni betul2 untuk pakcik aku lah. haha

aku pun nak kerja keras jugak.
nak pandai kawal stress.
n jadi kreatif n inovatif.

skali tgk perabot yang diorang buat tu, ko takkan sangka yang perabot tu design dia..so..sophisticated. wa..

baru hang tau :p

Anonymous said...

so ada tip x nak hadapi stress?bleh share?~nak sgt2~