Tuesday, January 6, 2009

Masyarakat Melayu melucukan?

apa yang bakal anda baca, adalah realiti. saya pasti ramai yang menyedari, tapi tidak ambil peduli. mungkin sudah menjadi norma hinggakan ramai yang dah lali.
tapi saya tidak.
saya masih kolot. saya tidak mengikut
trend.
sebab itu saya kolot.



anda pernah ketawa sampai begini?





atau begini?




ataupun begini??



apa yang lucu sangat sampai nak ketawa teruk-teruk macam tu?
"habis tu, nak buat macam mana? dah memang lawak"
satu jawapan yang pernah didengar.

anda rasa lawakkah perkara yang diketawakan sebegitu rupa sekali?
saya rasa memang lawak.
sebab saya yang ketawa sebegitu.
tapi cuma dalam hati.

nak tahu apa yang lawak?
jom kita check it out.

[fail situasi dibuka]
sekarang, kita serius.
apa? anda tak percaya?
kenapa tidak?
kata Datuk S, "percayalah.."
siapa Datuk S? Datuk Syed?
oh tidak.. saya masih muda.
Datuk S ialah Datuk Siti.
Kenapa S? jawapanyya ialah kerana suaminya Datuk K.
huruf dengan huruf, baru sepadan kan?
(peringatan: saya bukan peminat Siti Nurhaliza)

ah, kali ni kita benar-benar serius.
jangan main-main lagi.
"now into the serious topic. Dont laugh. Dont even smile", kata Tok Guru Shah Kirit.

tapi saya tetap ketawa dalam apa jua keadaan.
(kecuali depan orang yang memang betul-betul tengah marah)

Situasi 1

Masa : (maaf, tak ingat. tapi malam)
Tempat : Dalam televisyen. (bukan saya tengok. cuma tertengok.adik yang tengok)
Tajuk : Sehati Berdansa. (tengok? saya takkan tengok perkara macam ni kan?)

"Berita baiknya, tiada siapa tersingkir pada minggu ini!" pengacara (tak ingat siapa) mengumumkan. "Jadi apa perasaan anda? Dan bagi komen sikit" "Alhamdulillah, syukur kerana kami terus diizinkan untuk menari" kata pasangan yang hampir tersingkir tu.
er..tak jelas?
baik. kita rewind.

"Alhamdulillah, syukur kerana kami terus diizinkan untuk menari" kata pasangan yang hampir tersingkir tu.

ok? dah jelas kan?
bagaimana mungkin mereka melafazkan kata-kata sedemikian?
saya tahu. memang kita kena bersyukur untuk setiap nikmat.
tapi menari? depan orang ramai, dengan pakaian yang 'ntah pape'?
nak bersyukur? terpulanglah.

tapi saya memang ketawa sebaik dengar ayat tu.


Situasi 2

Masa : lebih kurang jam 4 (ya. kelmarin atau semalam)
Tempat : Bank Islam (tak perlu tanya saya buat apa di sana)
Tajuk : tak perlu tajuk (anda boleh bagi sendiri)

saya sedang mengulang hafalan. Tiba datang seorang makcik hendak duduk.
Oh. Makcik. Takpe, takpe. Duduk, Duduk.
Datang pula seorang remaja.
Pakaiannya boleh tahan la. (dia lelaki ok?)
kacak SIKIT la. (saya kacak banyak)

(tak perlulah ketawa macam tu. dalam hati cukuplah)

"mak, mai nombor giliran" lembut suaranya. aduh. betul-betul lembut.
(tapi dia bukan lelaki lembut. dan dia orang kedah.)

"bagusnya. lembut cakap dengan emak" getus hati saya.

dia tengok K770i saya. sedang buka aplikasi Quran.
dia tengok lama sikit.
"Apa pandang-pandang? Nak curi la tu" (ini hanya dialog rekaan)
saya biarkan saja dia pandang. mungkin kagum. haha
saya tahu anda tak kagum. saya tahu telefon bimbit anda lebih canggih.

dia keluarkan telefon bimbitnya. (saya ingat nak tayangkan pada saya. teruknya saya bersangka buruk)
"Hello sayang..sorry..hubby baru bangun tido", suaranya jauh lebih lembut dari tadi.
(anda bayangkan, lelaki kedah yang kasar dan tegap melembutkan suara dan bercakap loghat K.L. )
serta-merta saya lupa ayat seterusnya untuk dibaca. 2 minit saya lupa.
(saya tidak diam untuk dengar perbualan dia, tapi saya benar-benar lupa ayat seterusnya)

saya lihat remaja tu.
atas dan bawah.
rambut, boleh tahan. (mungkin guna brylcreem)
pakai jeans, spek hitam ala 60-an.
tapi tak ada gaya macam orang dah berkahwin.
habis dia cakap dengan siapa?
anda mesti boleh agak, kan?
teruskan bercerita.

ok. saya dah ingat balik.
"ok sayang. saaaaaaayang ayang sangat-sangat" lembut teramat suara dia.
lebih lembut dari bantal peluk saya. (ops?)

saya kembali lupa ayat seterusnya.
saya pandang ibu remaja tersebut. tiada reaksi.

"mak..mai seratus.." suaranya agak kasar berbanding semasa bercakap dengan 'isteri'nya.

saya hampir ketawa mendengar permintaan tu.
tadi macam dah kahwin, tapi minta duit kat emak?
inilah remaja sekarang.
saya pun tak faham.

[fail situasi ditutup]

cerita ini sudh saya riwayatkan kepada sahabat baik saya, dan dia juga ketawa.
anda bagaimana? taknak ketawa?
bagus. jangan jadi macam saya.
lakukan sesuatu untuk jadikan masyarakat kita masyarakat yang Islam sebenar-benarnya.

banyak lagi sebenarnya tindak-tanduk masyarakat melayu yang benar-benar buat saya ketawa.
"ROTFL" kata sensei saya.
tapi mungkin ini cukup kali ini.

Dalam bab ketiga sahih bukhari, hadis ke 68,
Ibn Mas'ud meriwayatkan, "Rasulullah menyelangi kami dalam beberapa hari dalam memberi peringatan, kerana khuatir kami bosan kerananya"

dan itulah apa saya akan lakukan.
untuk kita fikirkan, apa perlu kita lakukan kepada masyarakat yang sebegini melucukan.

p/s: Ya Allah, kurniakan daku hikmah dan jadikan aku antara mereka yang bergelar ulul albab.

2 comments:

Anonymous said...

Erm. Nice, easy, relaxing yet an informative writting. Keep going..

Anonymous said...

caree yg b'sahaja...