tajuknya sendiri dah mengundang kengerian dalam diri kita.
apatah lagi menontonnya.
Diberi nama Puaka Niyang Rapik,
seolah-olah siri ini hendak mengajar para penonton tentang ajaran-ajaran khurafat,
tapi apa di sebaliknya?
(saya baru tengok semalam.hehe)
siri ini lebih mengajar kita bahawa betapa mendekatkan diri dengan Allah itu membantu kita menjauhi perkara-perkara khurafat.
betul kan?
begitu juga tajuk entry saya kali ini.
Bukan niat saya untuk menyebarkan budaya couple,
tapi sebelum saya jelaskan, sama-sama kita lihat pendefinisian usul pada hari ini.
HIKMAH membawa maksud sesuatu perkara yang tersembunyi di sebalik sesuatu kejadian,
manakala BERCOUPLE pula membawa maksud bercinta.
cinta yang bersambut. bukan cinta yang hanya sekadar bertepuk sebelah tangan.
jadi saya harap kita semua jelas tentang tajuk entry kali ini.
lebih kurangnya beginilah.
APA ADA DI SEBALIK COUPLE??
seterusnya, sama-samalah kita analisis apa yang ada dalam minda saya tentang bercouple..
kita lihat apa yang relevannya dengan couple ni.
Situasi 1
Seorang wanita, cantik manis. Lemah lembut perilakunya. Sopan santun perkataannya.
Sejuk mata memandang. Seawal usia 13 tahun mula berjinak dengan arena coupling. Berkenalan dengan seorang jejaka tampan, baik budi pekerti. Memang cocok. Namun setelah beberapa bulan bercouple, hubungan 'suci' itu menemui jalan buntu. Sang jejaka berpendapat wanita itu terlampau baik untuknya. Tinggallah sang gadis bersendiri.
Terbiasa dengan kehidupan berteman, menyayangi dan disayangi, memanjai dan dimanjai, sang gadis berasa sunyi. Jiwanya meruntun agar tempat sang jejaka yang berbekas diganti. Namun takkan telaga nak mencari baldi? Ditahan gelora di hati.
Beberapa bulan kemudian, luka di hati terasa terubat dengan kehadiran seorang jejaka yang lebih kacak, kelihatan lebih cocok. Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua. Bagai satay dengan timun. hehe.. (sendiri punya peribahasa) Cinta yang disemai tampak lebih kukuh, lebih utuh. Saling memahami, bertolak ansur dan segalanya, cukup sempurna. Bila terasa yakin dengan satu sama lain, perjanjian hitam putih dibuat untuk setia, hingga ke gerbang perkahwinan. Walau apa jua yang terjadi. Namun apakan daya, mereka hanya manusia. Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Sekali lagi tsunami jiwa melanda. Entah kenapa, tiada angin, tiada ribut. Hari tetap ceria, tapi perjanjian hitam putih yang dimeterai broken with not a single reason. Sendiri lagi sang puteri.
Jiwa rasa terlampau perit, terlampau pedih. Semua lelaki dirasakan penipu. Hanya mempermainkan perasaan wanita. Hidup mesti diteruskan. Tapi kali ni, lelaki dilabelkan sebagai penipu. Semua lelaki adalah sama. Penipu. Suka mempermainkan perasaan wanita. Dan dia, sekali-kali takkan percaya pada mana-mana lelaki. Lelaki adalah penipu. Keseluruhannya.
Hadis nombor 2065 Sunan Tirmizi jilid ketiga,
"Cintailah orang yang kamu kasihi dengan cinta yang sederhana, barangkali orang yang kamu kasihi itu berubah menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti.
Bencilah orang yang kamu benci dengan sederhana saja, barangkali orang itu menjadi orang yang kamu kasihi suatu hari nanti"
Hancur lebur ego wanitanya apabila suatu hari hatinya terpaut pada seorang lelaki. Yang ini, memang lain dari yang lain. Dia memang tak seperti lelaki lain. Dengan teman-teman lelaki jejaka ini cukup mesra. Tapi bila terlihat kelibat perempuan, serta-merta perwatakannya berubah. Sombong. Angkuh. Ego. Tak terukir walau secebis senyuman di bibirnya. Tapi perwatakan itu yang berjaya menambat hati orang tua gadis tersebut. Secara tak sedar, cinta mula bersemi buat kesekian kalinya.
Sang jejaka, pada awalnya, agak mahal harga yang ditawarkan. Namun pada akhirnya, tewas juga. Jejaka ini, padanya amat berharga. Terlalu berharga. Tak sanggup dilepaskan walau apa jua. Hubungan yang dibina dipelihara, agar mereka tidak terlalu saling mencintai, tidak terlalu saling percaya dan mengharap. Umur pula semakin matang, semakin masak. Tak lama lagi sudah boleh mendirikan mahligai. Dan mereka begitu optimis mereka mampu bersama hingga akhir hayat.
Terlalu lewat apabila si gadis menyedari bahawa dia bukan bersendirian menaruh perasaan pada si jejaka. Dalam sombong-sombong si jejaka, ramai juga yang menyimpan perasaan. Bahkan mereka mempunyai strategi untuk menawan hati jejaka tersebut. Soalan-soalan berbentuk ilmiah diajukan, soalan-soalan berunsur islamik dihadapkan. Lalu dijawab oleh sang jejaka. Apabila semakin ramai yang bertanya, dan semakin banyak soalan yang dijawab, timbul rasa cemburu pada sang gadis yang telah berjaya menawan hati jejaka. Hari semakin hari, cemburu tak mampu dibendung, emosi tak mampu dikawal. Khuatir memudaratkan diri, sang gadis mohon agar hubungan itu ditamatkan.
Tiga tahun kemudian, sang gadis mendirikan rumahtangga. Dengan seorang lelaki yang tidak pernah muncul dalam hidupnya. Dan lelaki ini, lelaki keempat yang dicintai.
(kesian lelaki tu.. :p ) Ini relevannya couple. Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain.
Kalau tau takdir kita memang dgn si dia, silakan.
tapi kenapa tak terus kahwin je kan?
lagi selamat, lagi puas hati.
tak perlu fikir dia akan berpaling lagi.kan3..?
7 comments:
hurm..
bru siri 1..
tp beZ jg bc neyh..
hehe..
situasi 1 tue..
mmg byk brlaku...
tp..nmpk mcm m'mihak kpd llki sgt..
pmpn 2 x ksian ke..?
llki yg dya khwini 2..
x prnh b'cnta jg ke..?
pmpn yg dya khwini 2..
1st love dya ke..?
i'll wait 4
"hikmah ber'couple'..(siri kedua)"
ala..terbalikkan pun same kan..
takde byk beza sgt pn..kan3..? ;-)
yalarh 2..
gud on siri kedua..
but..
jdoh e2 mmg rhsia tuhan..
sy prnh bc ceta bnr..
psngn yg d'nikahkan..
tnpa cnta..
yaa..mcm ceta cd & ct..
tp...
akhrnya..p'khwinan mrka..
tdk kekal krna tda k'sefahaman...
sy tdk ktakan coupling 2 bgs..
sy jg tdk ktakan coupling e2 tdk bgs..
tp..sumanya dlm k'tntuan ilahi..
but..nice post..
hehe..worth reading..
np pompuan jew???
mn laki nyr??
p/s: islam 2 adel
memang adil..
kalau nak, boley je nak buat utk laki lak.
(asalnya mmg wat ni utk ppuan, n igt nak wat utk laki plak, tapi penat seyh..hehe)
kalau nak, boley wat utk laki. nak ke?
buat substitution watak laki dgn ppuan n ppuan dn laki jadi mcm tak logik, ok. kita buat untuk laki plak! ;-)
wawawa. sedapny certa...
Allah bagi sedap.. ;-)
Post a Comment