Friday, December 12, 2008

hikmah ber'couple'...(siri kedua)

buat sidang pembaca..maaf ye sebab buat siri-siri ni.
saje je taknak bagi panjang2 dalam satu-satu entry. ;-)

KEDUA : MERANCANG UNTUK BAHAGIA


saya kira kita semua cukup arif dengan filem 'Ahmad Albab' arahan P.Ramlee kan?
saya teringat satu dialog yang acap kali diulang 'Syawwal' sepanjang perjalanan filem tersebut untuk mempermainkan bapa mertuanya.

"Kekayaan, Kebahagiaan di tangan Tuhan, bukan di tangan bapak"

jadi saya mohon izin pihak yang berkaitan dengan filem tu, untuk gunakan dialog tu sebagai point bagi entry saya kali ini. ;-)

seringkali alasan 'untuk kenal si dia sebelum melangkah lebih jauh' digunakan.
betul jugak. Tindakan yang bagus sebenarnya. Orang sebegini adalah orang yang mempraktikkan rukun-rukun usrah yang kita sedia maklum:

1. Berkenal-kenalan
2. Saling memahami
3. Bekerjasama


tapi ini rukun usrah. Cuma applicable bila dah ada usrah. Ni belum ada usrah dah apply? Wah! Semangat! hehe..

kata sensei saya, "kita kena logikal"
jadi ini point untuk fikiran logikal saya.
(boleh terima dan boleh tolak ye..)

Situasi 2(a)

Yahoo!(bukan nama sebenar) dan Google(juga bukan nama sebenar) saling jatuh hati. Yahoo! bertekad ingin mengenali dan menyelami hati budi Google sebelum melafazkan akad nikah. Kerana baginya, andai Google bukan yang terbaik buatnya, sempat lagi untuk memilih yang lebih sesuai untuk menemani perjalanan sisa hidupnya yang masih panjang. Jadi, dia perlukan seorang teman hidup yang betul-betul memahami. Betul-betul sekepala, sebulu dan sebagainya. Ini soal pilih teman hidup. Bukan soal main-main. Yahoo! taknak tersilap pilihan. Setelah 2 tahun sesi taaruf dan tafahum, Yahoo! merasakan dia telah benar-benar memahami dan mendalami jiwa dan hati Google. Dia yakin Google adalah yang paling sesuai untuknya. Lalu walimah diadakan secara besar-besaran. Harapan agar dapat bahagia ke anak cucu.

11 bulan pernikahan baru jelas 'belang' si Google. Yahoo! tercari-cari di mana salah dia menduga hati Google. Lama-kelamaan, retak mahligai kaca. Retak menanti belah.

Situasi 2(b)

buat rakan baik saya, pinjam istilah 'jodoh itu Rahsia Tuhan' tau.. ;-)

CD cukup percaya dengan kata-kata 'jodoh di tangan Tuhan', 'kalau jodoh takkan kemana', dan 'jodoh itu Rahsia Tuhan'

Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are not affected by what people say: for them there is forgiveness, and a provision honourable.

(An-Noor 24:26)


berkaitan soal jodoh, CD berserah bulat-bulat pada Allah. Dia yakin, Allah takkan sekali-kali mungkiri janjinya. Tapi dia tetap berusaha. Berusaha islahkan dirinya, agar dirinya sentiasa lebih baik dari semalam. Kerana dia mengharapkan teman hidup yang baik. Jadi, dia juga harus menjadi seorang yang baik. Dan dia acap kali berdoa, agar dikurniakan padanya seorang pasangan yang menjadi penyejuk mata, dan juga cahaya mata. Sungguh-sungguh dia berdoa

Tak lama kemudian, CD dinikahkan dengan CT, seorang gadis yang tak pernah ditemui, entah dari planet mana datangnya, dia sendiri tak tahu. Tapi yang pasti, dia tahu, gadis ini yang Allah janjikan untuknya, gadis ini adalah yang terbaik untuknya, dan dia tak mengharap kesempurnaan pada gadis mujahidah ini, kerana dia juga tidak sempurna.

bermula sesi taaruf, dan sesi taaruf itu bakal mengambil masa yang teramat panjang, cukup untuk sekurang-kurangnya untuk miliki 2 orang anak sebagai pengikat kasih. Bermula kisah sebuah baitul muslim, sebuah keluarga yang diredhai, dirahmati, diberkati.

Keluarga yang sepenuhnya difacilitate oleh Yang Maha Merancang, Yang Maha Menentukan, yang tak perlu bergantung pada perancangan sesiapa.

bagaimana? yang mana pilihan kita? rasa macam ada relevan pada coupling? kita boleh rancang kebahagiaan dengan coupling? Andai anda begitu yakin dengan diri anda, silakan! (",)

No comments: