Tuesday, December 9, 2008

erti sebuah lambaian..

"Dan sempurnakan ibadat haji dan `umrah kerana Allah"
(al-Baqarah 2:196)

sebermula turunnya ayat yang mewajibkan haji, tanah suci kota Mekkah sentiasa, atau lebih sesuai dikatakan saban tahun dibanjiri oleh muslim seluruh dunia.

Setiap tahun.

Tahun diikuti tahun.

Tidak pernah terlepas, walau SATU tahun.

Lambaian, panggilan menunaikan haji dipenuhi oleh setiap kaum yang berkemampuan.

Melayu,
Cina,
India,
Imamiyah,
Sunni,
Wahabi.

setiap kaum.

semuanya tawaf mengelilingi SATU PUSAT BUMI : BAITULLAH.

aman, damai.
alangkah bahagianya.

itu ajaran TUHAN.
TUHAN mengajar kita bersatu.
tak kira bangsa, tak kira warna kulit.

Asalkan Tuhan kita Allah,
Rasul kita Muhammad.
Kitab kita Al-Furqan.

Kita tak berhak memusuhi satu sama lain.
sensei saya sering berkata;
"nta tak boleh menghukum satu organisasi hanya kerana pendirian seorang dari mereka.
hanya satu pangsa dalam durian yang nta beli yang buruk. yang lain, jelas. elok. sedap. kuning. nta nak buah semua sekali?"

"kita tak boleh buat macam tu. kita kena akui, kita semua tak terlepas daripada ignorance, daripada buat kesilapan. Jangan ingat nta tak pernah buat salah. Nta pernah buat salah, dan orang lain pun ada buat salah. So, terima la kesalahan orang, jangan terus menghukum. Tak adil kalau kita hukum sesuatu puak, keseluruhannya sebab segelintir daripada mereka adalah pelampau"

Dalam syiah, ada puak pelampau.
Dalam sunni pun ada puak pelampau.
Jadi macam mana?
Syiah saja betul?
Atau sunni saja betul?

Kita sama-sama ada salah.

Kata sensei saya,
"learn from mistakes"

``Perbezaan pendapat (di kalangan) umatku adalah rahmat.''
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

kewujudan SYIAH, SUNNI DAN LAIN-LAIN, ADALAH RAHMAT.

Saban tahun, kita diseru.
Kita dilambai.

Untuk bersatu.

Itulah erti sebuah lambaian.

TAPI BILA AGAKNYA?

No comments: