Saturday, October 16, 2010

sajak bertajuk..

aku yang tak masyi


di kala mereka hanyut
hanyut dalam dakapan bayu lembut
bersama belaian mimpi
dalam nikmat lena

aku dibawa memori
kepada kenangan indah yang pernah kukecapi dulu.

ku ingat.

ketika itu segalanya amat indah.
terlalu manis untuk diukir.
saat dihatiku hanya ada dia.

saat itu.
aku tak endahkan masa.
siang malam aku bersamanya.
dan aku tak kisah apa manusia akan kata.

namun kini.
bila di hati hadir yang lain.
tumpuan mula beralih.
kenangan kian kabur.
ingatan kian kusut.

wahai Al-Quran.
tak pernah terlintas utk aku lupakanmu.
terasa ingin ku ulang detik lalu.
menghabiskan sehari suntuk bersamamu.

sungguh cita-cita ini tak pernah luput.
aku ingin setiap bait dirimu hidup dalam ingatan.
mencorakkan fikiran.
menghiasi hati.
menceriakan diri.

andai kau mahu untuk bersamaku.
mencorakkan fikiranku.
menghiasi hatiku.
menceriakan diriku.

nescaya engkau akan sentiasa meniti di bibirku.



p/s: aku nak masyi.

No comments: