parut yang diperolehi kira-kira 15 tahun lalu.
kerana terpengaruh dengan aksi remaja ketika itu yang hendak berlagak menaiki basikal tanpa memegang handle. Lalu, jatuhlah Syed Mohd Syahmi dgn gaya superman.
kala itu, aku tak terasa ingin bangun.
namun siapa yang akan datang membawa aku pulang?
lantas aku bangun sendiri. menunggang basikal yang melukai aku sebentar tadi tanpa serik.
seminggu dagu ku berbalut.
itu kisah lama aku.
kisah jatuh yang dapat dilihat dgn mata kasar.
dan tak siapa dapat membantah, bahawa jatuh itu adalah sebahagian dari kehidupan.
ayat ini aku dengar dan aku hafal ketika tingkatan empat.
Adakah manusia mengira Kami akan membiarkan mereka mengaku "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji.
Al-'Ankabut (29:2)
ketika itu rasa terkesan sekali ayat itu pada aku.
lantas jiwa yang bergolak menjadi tenang. segala masalah terasa bagai gula-gula kapas.
manis. ringan. bagai tiada apa.
lantas ketika itu aku sedar. bahawa segala yang aku lalui hanya satu ujian kelayakan.
sama ada aku benar-benar layak mendabik dada mengaku aku beriman.
ataupun orang yang gagal dalam ujian tapi mengaku mendapat tempat pertama.
kata seorang sahabat,
segala yang kita perolehi di dunia terlalu bersifat sementara.
sem lepas mungkin aku mampu bangga mendapat 4.0. (CONTOH...)
tapi segalanya hilang hari ini.
biarpun hari ini aku mendapat 1.99 (CONTOH KEDUA), dan aku meratap. aku menangis.
aku bersedih. aku meraung. aku salahkan takdir. aku salahkan semua di sekeliling aku.
tapi adakah itu berbaloi jika aku gagal menjawab di akhirat nanti,
"Mengapa engkau tidak bersabar atas ujian yang Aku berikan?
Mengapa engkau tidak bersyukur kerana Aku masih berikan 1.99?"
aku tidak mahu kelu ketika itu.
No comments:
Post a Comment