Saturday, March 14, 2009

saya kena berfikir!

to be perfect is to change often


tiba-tiba saya teringat proverb ni.
bukan nak poyo, tapi agak poyo jugaklah.
(entah apa yang saya taip ni.haha)

saya baru 18 tahun.
baru-baru ni kawan saya dah masuk 19 tahun.
nampak sangat saya masih muda.
(maksud saya muda bukanlah lambat lagi nak mati. tapi nampak sangat saya masih banyak kena belaja. betul kan?)

saya sedari dalam 18 tahun ni, terlalu banyak salah yang saya buat dan terbuat.
ada yang saya sedari, dan banyak yang saya tak sedari.
ada yang salah yang pada hakikatnya betul dan teramat banyak yang pada hakikatnya saya je yang rasa saya betul.
ada yang saya sedari, saya rasa betul, tapi hari ni saya dah tau i was wrong.
(tak reti nak explain dalam bahasa melayu.sorry.hehe)
tapi tetap banyak yang saya masih tak tau salah betulnya.
dan saya, masih dalam pencarian.
bukan mencari jalan.
tapi mencari cara terbaik untuk lalui jalan tu.
merangkak? meniarap? berjalan? berlari? menunggang kuda?
atau semuanya sekali?
sayangnya saya tak tahu di mana saya sekarang.haha

apa yang saya tahu, keadaan saya sekarang adalah amat dinamik.
dinamik dalam erti kata sangat kerap berubah.
berubah dalam mencari kebenaran hakiki.
kebenaran cabang yang hakiki.
dan kesempurnaan sejati.
itu sahaja yang saya faham tentang diri saya.

cuma ada seorang kawan yang faham betapa saya sedang diuji.
bukan saya nak cerita pun, tapi dia yang nak tau.
jadi saya ceritakan.
tapi saya suka berkawan dengan dia.
dia memang kawan sejati.
dan saya tau,
dia adalah rahmat dalam ujian.
jadi saya teramat bersyukur dapat kawan macam dia.


kadang-kadang saya berfikir,
bilalah semua ujian ni nak berakhir.
saya hampir menyerah kalah.
tapi dia tetap bersama saya.
percayalah.
dia memang kawan yang sangat baik.

bila emosi kembali tenang, saya terfikir untuk meletakkan satu jawatan.
(sebenarnya bukan jawatan pun. cuma tanggungjawab. hehe)
biar orang lain pulak yang pikul tanggungjawab tu.
tapi saya kena berkompromi dengan seseorang.
partner saya dalam memikul tanggungjawab tu.
saya kata kat dia,

nak berjuang kena berkorban. taknak berkorban, takyah berjuang.
taknak berjuang, takyah hidup. hidup adalah perjuangan, dan perjuangan bererti pengorbanan. kesimpulannya, hidup adalah pengorbanan. biarlah tanggungjawab ni jadi 1 wasilah tarbiyah untuk tarbiyah kita dalam pengorbanan.

tapi saya akhirnya tetap melepaskan tanggungjawab tu.
(cakap je pandai kan?hehe)

lantas saya tersedar, ujian yang saya hadapi ni juga merupakan tarbiyah.
dan saya takkan terlepas daripada undergo tarbiyah ni.
tarbiyah dari-Nya adalah sebaik-baik tarbiyah.
moga saya terus tabah menghadapinya.

saya ada seorang senior yang saya panggil sensei.
dalam setiap perkara,
dia amat tenang.
sangat berhikmah.
sangat bijaksana.
(ni bukan nak bodek tau.haha)
saya nak jadi macam dia,
sekurang-kurangnya.
tapi pada hakikatnya,
saya nak jadi lebih hebat daripada dia.
(jangan marah,sensei.hehe)

kesimpulannya, saya masih ada banyak untuk dipelajari.
banyak untuk ditempuhi.
banyak untuk diubah.
banyak untuk diperbetulkan.
dan menjadi manusia bukanlah alasan untuk saya terus melakukan kesilapan.
menjadi manusia adalah sebab saya MESTI belajar dari kesilapan.

kerana orang yang melakukan kesilapan lebih faham kenapa dia tak boleh ulang kesilapan yang sama. kan?

jadi saya kena cari apa yang saya perlu belajar dari kesilapan-kesilapan tu.
kenapa saya buat kesilapan-kesilapan tu,
dan macam mana untuk improve.
agar saya tak ulangi kesilapan yang sama.
untuk itu, saya KENA berfikir!

"dan beringatlah wahai ulul albab!"

p/s: bukanlah niat saya nak mencurah rasa hati. tapi sekurang-kurangnya analisalah apa yang saya cuba sampaikan. saya minta maaf kepada semua pihak untuk kesilapan yang pernah saya lakukan, dan doakan saya berjaya tempuhi ujian ni. berjaya dan belajar. saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat Tuan Haji Ismail, Imam Masjid Kelibang, sebab bagi saya peluang untuk baca khutbah. terima kasih banyak.


"saya adalah kanak-kanak yang baru belajar bertatih. melalui siri-siri tarbiyah dan perubahan. perjalanan saya masih panjang. teramat-amat panjang."

No comments: