itulah dia.
12 Rabiul Awal 1430.
Bersamaan 9 Mac 2009.
Tarikh itu dan tarikh sebelelumnya serta selepasnya mempunyai pelbagai rahmat yang tersirat.
Rahmat. Tarbiyah. Hikmah.
i hope I learnt well from them.
11 Rabiul Awal 1430, tamat sebuah program tarbiyah jasadi,
dengan tubuh yang sakit-sakit. (I mean it.memang sakit.)
luka di tangan dan kaki.
ditambah dengan serpihan duri yang enggan keluar di tangan kanan.
melangkah pulang ke kampus DQ untuk ambik barang, dan bergerak ke KL, untuk program esok harinya.
Pulang dengan sorg senior, dengan kereta, sempat merehatkan mata. Mata sahaja. hehe
siap ambik barang, dah pegang handphone nak telefon 'teksi', ternampak kereta seorang senior.
Abdullah Hillmee.
"ah.peluang ni.hehe" getus hati saya.
lalu saya mendail nombor senior itu untuk minta jasa baiknya.
nak tumpang ke stesen ktm. hehe
syukur, positif responsnya.
niat hati, cuma nak ke stesen ktm kuala kubu.
tapi insan itu terlalu baik hati. dia tumpangkan sampai ke..
(alah.tak ingat pulak.hehe..tapi memang jauh la)
namun perjalanan itu bukan lah sesuatu yang sia-sia.
memang saya timba pelbagai darinya.
dan sempat menyelitkan lagu
"We Will Not Go Down" nyanian Michael Hearts.hehe
perjalanan itu suatu rahmat.
terfikir pulak nak tidur kat mana malam tu.
tiba-tiba K770i mendendangkan lagu.
nama 'IZZUDIN' tertera.
dia menawarkan penyelesaian.
HPA sediakan penginapan buat kami berdua.
atas sebab-sebab tertentu. (saya pn takmau bagi org saja2 tidur kat hotel)
De' Palma tu..
memang amat bersyukurla.
saya memang dah lama tak tidur kat hotel.
saat tengah sakit-sakit badan, kaki tak mampu melangkah walaupun setapak lagi, saya amat bersyukur boleh menginap kat tempat selesa macam tu.
ada 3 pengalaman yang amat melucukan, tak sampai 10 minit kami menjejak kaki ke dalam bilik tu. amat melucukan. tapi tak perlu la diceritakan kat sini. (hehe..jangan mara ye..)
selesai jama' maghrib dan isyak, izzudin terus menyepi. (letih sangat katanya)
saya tidak tahan dengan suasana sepi. lantas saya pun menyepi. saat jam menunjukkan 1.30.
jam 4.30 pagi, pihak hotel telefon. gerak subuh.
haha..awalnye..
tapi baguslah. sebab tu la kot HPA pilih hotel ni.
jam 7.30 bergerak ke Dewan Tabung Haji.
berlatih dulu dengan izzudin.
lepas tu baru daftar.
tgk2 kena queue 100 meter.
"hai..nyesal tak daftar awal-awal.hehe"
kemudian, melangkah masuk.
keadaan amat-amat mengejutkan.
semua kerusi occupied!
dan ada beratus-ratus yang berdiri.
haha..nak buat macam mana.
berdiri lah jugak.
walau kaki rasa macam nak patah.
"bagi memberkati majlis kita, sama-samalah kita mendengar alunan ayat suci al-quran, dari surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 40 yang akan dibacakan oleh saudara Izzudin bin Zakaria."
saya melihat reaksi Zubair.
ya. Dia terkejut. hehe
12 Rabiul Awal itu memang punyai rahmat, tarbiyah dan hikmah tersendiri.
selepas test power ais krim toyyibah HPA (memang sedap. halus teksturnya. bukan promote, tapi.. itulah. memang promote pun), saya segera bergegas ke stesen monorel Ampang Park.
Destinasi seterusnya, Kuala Kubu Bharu.
ya. memang tepat seperti disangka.
dalam monorel, berdiri lagi.
dalam komuter berdiri lagi.
kemudian naik bas dari rawang.
berdiri lagi.
"takpe. inikan tarbiyah" saya tenangkan diri.
di Kuala Kubu Bharu, menaiki 'teksi' ke Darul Quran.
berlari lagi.
ambik barang.
berlari ke tingkat 4.
berlari ke masjid.
berlari ke asrama.
kaki yang terasa nak patah dah tak terasa nak patah.
kemudian bergegas ke Kuala Kubu lagi.
tunggu bas ke Tanjung Malim.
hampir pukul 8 baru bas sampai.
saya memang takut sangat dah.
takut ketinggalan train.
"takpe. ini pun tarbiyah. kena yakin dgn Allah" saya tenangkan diri lagi.
dalam tren, saya mengambil kesempatan sebolehnya untuk berehat.
tamat 12 Rabiul Awal yang penuh dengan tarbiyah, rahmat dan ujian.
No comments:
Post a Comment