Friday, December 24, 2010

boneka muslim

setelah sekian lama tak menulis dalam bahasa melayu :)

Sifat Boneka

boneka. suatu alat yang digunakan untuk menghiburkan manusia suatu ketika dahulu.
sebelum wujudnya wayang, sebelum wujudnya video2 bahkan sebelum wujudnya wayang kulit.

kita kenal boneka itu bagaimana sifatnya.
kita tahu boneka itu adalah suatu objek yang tidak bernyawa.
boneka itu suatu objek yang bertindak menurut rentak dia yang mengawal, mengikut emosi dia yang mengawal.
andai digerakkan ke kanan, maka sang boneka itu bergerak ke kanan.
andai digerakkan ke kiri, maka sang boneka itu jugak bergerak ke kiri.

namun apakah boneka itu tahu apa yang dilakukan?
apakah dia punya pemikiran untuk sedar yang dia sedang dipergunakan?
apakah dia punya ruh untuk menggerakkan jasadnya, untuk menggunakan pemikirannya, untuk menjana tenaga, untuk memprotes segala yang dilakukan ke atasnya?

saya tahu. manusia rasional akan menjawab tidak.
andai anda ada interpretasi lain, sila maklumkan saya.

Boneka dan Kita.

lihatlah kepada masyarakat kita pada hari ini.
apakah beza antara kita dan sang boneka?

dalam kehidupan seharian kita, apakah kita menggunakan fikiran kita, untuk sedar apakah kita sedang dipermainkan oleh kuasa-kuasa tertentu.
sudahlah. jangan lihat dari skop yang kecil, ubahlah kepada skop yang lebih besar.

dalam kehidupan seharian kita, apakah kita punya ruh islam dalam diri kita,
lantas setiap amal kita menjadi ibadah, dan memberi kesan kepada hati kita?
dan seterusnya menyentuh hati-hati mereka di sekeliling kita, dan membawa mereka ke jalan hidayah secara tidak langsung?

kita tidak ubah seperti boneka.

jam 5.40 pagi kita bangun pagi, bersiap-siap untuk solat subuh,
dan apabila azan berkumandang kita mendirikan solat.
kemudian kita sedikit sebanyak mengemaskan rumah dan tempat tidur dan kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

dan ketika lunch hour kita mendengar laungan azan lalu kita ke masjid untuk mendirikan solat, kemudian makan tengahari dan kemudian kembali ke tempat kerja.
kita bekerja hingga jam menunjukkan 5.30 petang, dan kemudian mendirikan solat asar sebelum bergerak pulang ke rumah.

tiba di rumah, kita manjakan diri sendiri, mandi, makan malam, solat maghrib dan sebagainya.
sementara menunggu solat isyak, kita menonton televisyen, dan apabila azan isyak berkumandang, kita melaksanakan kewajipan kita.

dan sebelum tidur, kita selesaikan satu dua perkara, dan kemudian kita tidur.

dan esoknya, apabila jam menunjukkan 5.40 pagi, aktiviti semalam berulang.
dan keesokan harinya, jam 5.40 pagi, aktiviti yang sama berulang lagi.
dan hari selepas itu, jam 5.40 pagi, aktiviti yang sama terus dilakukan.

apa beza kita dan boneka?

fokus saya pada kali ini adalah pada solat.
masuk waktu, kita solat.

takbiratul ihram, baca fatihah, rukuk, sujud, hingga habis solat.
5 kali sehari, sekurang-kurangnya kita lakukan perkara yang sama.
apakah pernah ada kesan pada hati kita?

atau solat kita tidak pernah punya ruh untuk mencapai hati kita?

fatihah yang kita baca, adakah sekadar kata-kata yang kita sendiri tidak tahu apa yang kita perkatakan?
rukuk dan sujud kita, apakah tidak pernah membawa hati kita sama dalam perjalanan bertemu Tuhan?
tasyahud kita, apakah tidak pernah mengigatkan kita pada susah payah Muhammad dalam menyampaikan Islam, hinggakan kita yang entah siapa-siapa dahulu, kini juga Islam?

Salah siapa?

dalam memikirkan penyelesaian, salah siapa adalah salah satu persoalan yang akan timbul.
mari kita lihat, salah siapa sebenarnya dalam permasalahan ini.
permasalahan yang merosakkan fitrah kita.
hingga keadaan masyarakat kita pada hari ini lebih teruk dari masyarakat arab jahiliah dahulu.

salah saya? ya.
salah anda? ya.
salah guru? ya.
salah ibu bapa? ya.

manusia kan tak maksum?
lantas mesti ada di mana-mana mereka terlepas pandang dalam mentarbiyah.

tapi salah yang utamanya adalah pada suatu perancangan yang sangat rapi yang tidak kita sedari.

scientism, sekularism, modernism, post modernism, relativism, positivism, naturalism, dan lain-lain.

itulah nama-nama yang perlu kita persalahkan.
nama-nama itulah yang membutakan hati kita.
dan nama-nama itulah juga yang mencacatkan fitrah kita.

akhirnya, nama-nama itulah juga yang membonekakan kita.

penyelesaiannya?
saya percaya, hanya Quran penyelesaiannya.

lihat kita pada hari ini.
kita muslim, tapi kita tak punya ruh Islami.
sebab itu saya katakan, kita hanya boneka yang beragama Islam.

16 comments:

D. said...

huhu....

Syed Mohd Syahmi said...

panjang kan?
aku pun malas buat post panjang2.

tak ramai minat nk baca :)

Anonymous said...

aku bce r ;)-sang semut-

Anonymous said...

aku bce r ;)-sang semut-

Syed Mohd Syahmi said...

okay. aku terharu. seriously. :)

dont forget to take the lesson.

Anonymous said...

23:1-11

Syed Mohd Syahmi said...

@anonymous.

ouh. sorry. i forgot that khusyuk is the word for the presence of ruuh in our solah.

and yes, mula2 memang nak kaitkan dgn masalah sosial zaman skrg, tapi i guess u know, bila dah menulis, idea pun gets narrower.

the forgetful me. :)

Anonymous said...

ramai yg x sedar..
solat mreka kini bukan lg 1 ibadat, tp sekadar amalan..
bagai sia-sia b'diri, rukuk, sujud tnpa erti..-__-

Syed Mohd Syahmi said...

anda sangat tepat.
dan itu jugak menyebabkan solat tidak terefleksi dalam kehidupan seharian mereka.

kerana itu muncul isu solat, tapi pakai skirt pendek.

islah, tarbiyah.

MF said...

boneka muslim.. menarik

mungkinkah juga.. mengikuti jejak 'mereka' sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, .... jga dpt dipanggil boneka?

jzkk akhi ats pkongsian yg ckup bermanfaat!

Syed Mohd Syahmi said...

la syukr 'alal wajib :)

persoalan menarik.
saya kira, ya. mungkin kerana mengikut secara membuta tuli? :)

tapi mereka itu adalah perancangan yang kita sendiri tak sedar wujudnya. halus kan?

Ummu Ammar said...

Salam Saidina Ali..

Blog yang ilmiah & bermanfaat..teruskan berkarya utk ummah..

p/s : Tgk rekod pendidikan tu, mesti saudara kenal dgn anak saudara saya, Abu Ubaidah kamarudin juga dr DQ dan skrg di UIA

Syed Mohd Syahmi said...

@ummu ammar

insya-Allah. azam utk terus thabat :)

abu ubaidah ye? insya-Allah kenal.
kena tgk orangnya dulu. yelah. ramai orang kita jumpa hari2, mungkin kenal, tapi nama penuh tak igt.

Anonymous said...

ecece kenal ke idak tu ? :P

Anonymous said...

ecece kenal ke idak tu ? :P

Syed Mohd Syahmi said...

@anon.

haha. sibuk. kan cakap. kenal insya-Allah.