untuk pengetahuan pembaca, saya masih dalam tempoh tomakninah. lama kan? haha
saya masih lagi belum dapat merungkai misteri perkara yang mengganggu pemikiran.
dan juga menyebabkan keserabutan minda.
tapi insya-Allah, dgn bantuan Allah, tak lame lagi lah ye :)
doakan, insya-Allah.
tarikh hari ni, andai ditanya kepada anak kecil sekolah rendah sekalipun,
mereka bakal tau, dan tentunya mereka tau,
hari ni adalah 1 Januari 2010.
saya juga ada dapat beberapa sms mengucapkan selamat tahun baru.
mesej dari ym juga.
tapi secara jujurnya, saya kurang merasakan bahang tahun baru kali ni.
bahkan, sedih pulak.
kenapa?
kalau tak silap perkiraan saya (sebab saya tak tgk kalendar),
hari ni baru 15 hari selepas awal muharram.
tahun baru hijrah.
tapi seingat saya, sambutan awal muharram tak sehangat awal tahun 2010.
kenapa ya?
adakah kerana tahun masihi angkanya lebih 'cantik' berbanding tahun hijri?
haha. kalau ada yang memilih berdasarkan kecantikan, nombor atau apa-apa, saya malas komen. :P
tapi itulah kita, sebenarnya.
kita dari dulu sampai sekarang adalah manusia dan tetap manusia.
bersama fitrahnya, pelupa.
selalu lupa, kadang-kadang je lupa, ataupun buat-buat lupa,
sifat tersebut adalah sebahagian daripada kita.
dan takkan lari daripada kita.
tapi siapa kata sifat tersebut tak boleh dikawal?
dan kalau kalian ingat satu ayat quran dalam surah al-kahfi, hujung juzuk 15, mukasurat terakhir,
mengatakan, lupa itu dari syaitan.
mengapa tidak kita jauhi syaitan dan taghut untuk tidak lupa?
dan untuk jauhi syaitan dan taghut itu cuma satu cara : dekati Allah.
apa kaitan lupa dgn tahun baru hijri dan tahun baru masihi?
kerana mungkin kita lupa mana satu sambutan yang direka oleh agama mana.
kita kaji semula.
dan islah diri.
kenapa saya tidak hidangkan di sini?
jangan lupa.
saya kan anti-kepenganjuran? :)
satu seruan untuk islahkan diri sendiri :)
No comments:
Post a Comment