Monday, September 21, 2009

bagaimana syawal kita?

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan hanya bagi Allah segala pujian.
(cube tnya student BAR betul tak saya punya translation kalau tak caye)

tatkala jam menunjukkan 8 malam, 19 september 2009,
(masa tu belum tau tarikh hijrinya sebab penimpan mohor besar raja-raja belum umum)
saya bersedia dengan juzuk 30 untuk tarawih malam ke 30,
berharap dengan usaha muraja'ah yg dilakukan boleh meringankan sikit tarawih yang akan dilaksanakan.
saya betul-betul menumpukan perhatian pada usaha muraja'ah tersebut.

hingga tiba-tiba,
"YEAY!! ESOK RAYA..!!"
saya sedikit terkesima, atau perkataan yg lebih tepat, tergamam dan terpaku mendengarkan suara lembut 2 orang kanak-kanak perempuan menjerit kesukaan.

"eh budak-budak ni biar betul. takkan esok raya?"
secara jujurnya saya masih mengharapkan sekurang-kurangnya sehari lagi ramadhan untuk menjelma, sekurang-kurangnya untuk saya.
(haha.bunyinya agak tak adil kan?)
ini bukan satu percubaan mencipta ayat-ayat poyo,
tapi sebenar-benarnya saya mengharap kehadiran ramadhan walau hanya sehari.
walau hanya sehari.

sungguh saya akui,
ramadhan yang berlalu selama lebih 25 hari di uia,
berlalu agak sia-sia bagi saya, secara peribadi.
mungkin kerana saya kurang bersedia untuk menghadapi ramadhan,
mungkin juga kerana saya kurang berada dalam jemaah yg kuat zauqnya.

di situ saya menyedari kesahihan kata-kata Hassan al-Banna,
"tidak ada kekuatan kecuali dengan jamaah"
saya tak membuka ruang untuk mana-mana individu beraliran sufi untuk membahaskan tentang frasa ini, dalam blog saya.
cuma saya harap saya benar-benar mengambil iktibar untuk masa akan datang.
dan kali ini saya takkan membicarakan tentang ciri-ciri jemaah yg sepatutnya dipilih,
menurut Allahyarham Dr. Fathi Yakan.

malam satu syawal berlalu tanpa tidur,
tapi sayang sekali saya tak menyahut seruan seorang senior saya untuk memanfaatkan malam satu syawal. banyak fadhilatnya. memang banyak.
tapi yang jelasnya, saya lebih menyahut seruan final exam yang akan menjelang beberapa hari lagi.
(anda pun tahu macam mana rasanya menghadapi final exam)
namun saya mengharapkan agar tungkus lumus saya malam itu, diterima sebagai ibadah.
tapi siapa sangka menjelang jam 5, selepas 2 rakaat menghadap Yang Esa,
tersungkur juga saya.haha.

raya kali ini kurang terasa keriuhannya, kurang terasa kelam-kabutnya.
mungkin kerasa kurangnya tenaga 2 insan penting dalam keluarga saya,
adik saya, dan ibu tercinta.

namun sunnah 1 Syawal tetap disusuri.
dan kerana kurangnya kemampuan ibu, kami memilih untuk solat hari raya di satu masjid berdekatan dgn rumah nenek, masjid tempat bersemadinya jasad datuk tersayang.
tapi siapa sangka suasana di masjid ini agak memberi pengajaran bagi saya.
untuk diri sendiri.

saat melangkah ke dalam masjid, kelihatan cuma beberapa kerat manusia.
dan beberapa insan berusia lebih separa abad kelihatan memandang saya dgn pandangan yg...
menakutkan.
*ugh..macam melampau.tapi memang pandangan yang menakutkan*
saya menghulurkan tangan untuk bersalaman, berharap dgn sentuhan kulit dapat mengendurkan ketegangan.

seterusnya saya mengambil tempat berhampiran tempat imam, melihatkan tempat itu kosong.
mendengarkan takbir yang syahdu, saya mula mengikut.
mikrofon bertukar-tukar tangan, dan takbir dilaungkan dgn nada-nada yang berlainan.
terasa indah diversity di bumi Allah yang indah ini.
melihatkan deretan kubur yang terletak di hadapan masjid melalui tingkap,
saya mula merindui saat kematian.
mungkin agak gila bunyinya, tapi kematian adalah saat yang saya benar-benar rindukan.
tapi saat terpandang bumi hijau ini, hati ini segera terpaut pada keindahan dunia.
betapa jelas keindahan dunia mampu melekakan hati dari mengingati mati.

baru sekejap tadi saya merindui mati,
tapi tatkala memandang bukit yang menghijau, hati ini lekas sekali terpaling.

mikrofon akhirnya sampai ke tangan seorang kanak-kanak yang menyejukkan hati yang memandangnya.
dengan suara yang halus, takbir mula berkumandang di corong pembesar suara di masjid.
jelas kedengaran kefasihannya, tajwidnya yang hampir sempurnya, dan alunan suaranya yang dapat menghidupkan hati yang mati, mengubati hati yang sakit.
mungkin kerana dia masih suci dari dosa,
lalu Allah kurniakan dia kemuliaan sebegitu.
dan Allah kurniakan dia kebolehan mengubati hati dengan alunan kalam suci.

tapi secara tidak sengaja saya terpandang seorang pembesar masjid warga separuh abad.
dengan pandangan tajam dia merenung kanak-kanak itu.
pandangan yang sesiapa sahaja mampu faham.
pandangan yang bermaksud, "eh, hentikan, budak-budak!"

lalu seketika kemudian, seorang dewasa di sebelahnya mengambil kembali mikrofon.
barangkali takut dengan pandangan tajam pakcik separuh abad tersebut.haha

masjid semakin dibanjiri para muslimin yang sama ada mengikut sunnah mendirikan solat aidil fitri, ataupun mengikut adat, pagi raya kena pergi solat.
datang seorang pakcik yang kelihatannya tawadhuk, menghulur tangan bersalaman dengan saya, dan saya menyambutnya dengan tawadhuk juga.
saya tak mampu menyangkal,
sikap tawadhuk akan melahirkan tawadhuk dari hati yang lain jugak.
setuju?

dan begitulah pengajaran yang saya peroleh pada pagi yang cukup indah itu.
dan rumah kami,
tidak juga seperti tahun-tahun sebelumnya.
rumah kami diserbu para pelawat!

moga kehadiran mereka benar-benar membawa rahmat,
pemergian mereka menghilangkan dosa!

p/s: dalam ujian sentiasa ada rahmat.

3 comments:

Anonymous said...

soo colorful post ;)

Syed Mohd Syahmi said...

sekadar mencuba style baru penulisan.
tak best eh? ;)

Adlan said...

menarik sekali kisah saudara.

tapi tarikh 1 syawal tu memang sudah ditetapkan.

dah lama dah takde 30 ramadhan.