Saturday, August 22, 2009

tak ikhlasnya kita..

untuk mengelakkan sape2 dari kecik hati,
anggap je 'kita' dalam artikel ni merujuk kepada saya.
cuma saya.
ok?
sedia?
baca bismillah dan terus baca.

masuk je maghrib tadi,
menandakan dah masuk 2 Ramadhan.
kurma 2 biji menjadi santapan.
kemudian air.
itu je.
kenapa saya tak makan lain2 lagi?
saya sebenarnya takde mood nak makan. atau lebih tepat lagi, MALAS! encem
tapi hakikatnya, Allah dan kawan baik saya je tau.

saya baru pulang dari menyertai satu program latihan di Port Dickson.
apa namanya dan siapa penganjurnya, biarlah rahsia.
namun apa yang mampu saya komen tentang program tu,
"kira okayla.."

saya bukan tak ikhlas bagi komen,
tapi dah nama program pun latihan, so kebanyakannya menumpukan kepada aktiviti outdoors seperti membina rakit, compass marching dan explorace yang saya dah beberapa kali join.
so saya cuma diamkan diri sepanjang program, dan biarkan orang lain pula yang menimba pengalaman.
pada masa-masa yang diperlukan barulah tunjuk power sikit. hehe

tapi bukan itu highlight saya kali ni.
cuba amati apa saya nak katakan.

memandangkan aktiviti-aktiviti seperti deisebutkan tadi, dah beberapa kali saya buat,
jadi saya punya banyak masa untuk meneliti dan menganalisa keadaan sekeliling, termasukla para committe dan peserta.

bukan niat saya untuk buruk sangka,
tapi saya mengharapkan agar saya mampu belajar dari mereka.
dalam pemerhatian saya, saya dapati ada beberapa orang yang cuba menonjolkan diri dia.
ya. itu bagus.
anda pergilah mana-mana ceramah motivasi pasti akan disentuh pasal, "TONJOLKAN DIRI ANDA!!"
tapi atas dasar apa kita perlu tonjolkan diri kita?

Umar Al-Khattab, Abu Bakr As-Siddiq, 'Uthman bin 'Affan, 'Ali Abi Talib.
kesemua kita menghafal nama-nama insan ulung ini.
mereka terkenal sebagai Khulafa' Rasyidin,
yang berjaya membawa Islam ke mercu dunia.

cuba kita renungkan kembali.
pernahkah satu saat dalam hidup mereka,
mereka berikan keistimewaan kepada diri mereka sendiri untuk menunjukkan bahawa mereka adalah insan yang hebat?
tak pernah bukan?
tapi kenapa kita perlukan sesuatu untuk tunjukkan kepada orang bahawa kita merupakan seorang yang hebat, tinggi pangkat dan sebagainya?
saya berfikir bukan sejenak untuk mencari jawapan.
tapi saya cuma temui satu.
kerana kaliber kita tidak cukup untuk menaikkan kita di mata manusia.

dan pada hakikatnya,
untuk apa kita bekerja?
untuk redha Allah kah,
atau redha manusia?

adakah kita bekerja untuk memastikan Islam hidup subur dalam hati setiap anak Adam,
atau untuk kita diperhatikan, lalu, kalimah,
"wah..mantapnya dia ni.." terpacul dari mulut satu persatu jiwa yang memerhatikan?
saya cuma mengingatkan diri sendiri agar tidak lalai di lain kali.
agar hati ini mampu untuk diikat hanya pada Allah.
agar setiap amal saya tertumpu hanya pada Allah.

kembali ke UIA PJ.
sedia untuk solat isyak.
atau lebih tepat lagi, masbuk. Astaghfirullah.
tapi ini juga terdapat pelajaran bagi saya.

di universiti islam ini saya masih dapati,
apabila masbuk, dan dia tidak sempat untuk ruku' bersama imam.
(mungkin anda lebih selesa jika menganggap 'dia' itu adalah saya. baiklah begitu.
anggaplah 'dia' adalah saya)
apabila saya tidak sempat untuk ruku' bersama imam, bermakna saya tidak mendapat rakaat tersebut.
lalu saya rela untuk tunggu hingga imam habis sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan bangun untuk rakaat seterusnya, barulah saya angkat takbiratul ihram untuk sertai imam untuk solat.

pandangan saya yang pertama,
"wah. ni satu tindakan yang bijak.
betul jugak kan? dah tak dapat rakaat tu, baik tunggu je sampai imam bangun untuk rakaat seterusnya"

tapi satu persoalan,
adakah kita solat semata-mata untuk mengejar rakaat,
ATAU
solat kita adalah untuk bertemu Allah?
perlukah kita berkira rakaat untuk bertemu Dia?
juga peringatan buat saya.

selesai solat isyak,
muazzin mula mengumumkan untuk solat tarawih.
para makmum manyambut baik setiap selawat yang dilaungkan muazzin.
saya jadi kagum.

namun ketika imam mula membaca fatihah,
saya dapati bacaannya agak cepat berbanding solat fardhu yang lain.
kenapa ya?
nak habiskan tarawih cepat ye?

saya teringat zaman kanak-kanak saya.
apabila ayah mengajak ke masjid untuk solat tarawih, saya menjawab,
"imam masjid tu baca lambat sangat. pukul 10.30 baru 8 rakaat"
saya tak salahkan diri saya yang jahil ketika itu.

tapi kenapa sekarang baru saya sedar?
kalau habis tarawih awal, apa saya dapat?
dapatkah pahala untuk solata yang sebegitu rushing?
kalau habis awal, apa saya nak buat?
sembang bersama kawan-kawan?
bukankah lagi baik saya solat daripada bersembang?
bukankah Ramadhan tidak datang selalu?
malam kedua Ramadhan.
adakah wujud malam kedua Ramadhan kali kedua untuk tahun ini?
pemikiran sedemikian mendorong saya untuk lebih menghargai tiap detik yang berlalu dalam Ramadhan.

pada hemat anda,
manakah yang lebih baik?
solat 8 rakaat yang khusyuk dan tertib,
atau 20 rakaat yang yang seperti kereta formula 1?
renungan untuk diri sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

solat 8 rakaat!

yg mcm formula 1 tu selalunya berlaku di masjid area kampung.

Yg dimamkan oleh pakcik2. setuju tak?

Syed Mohd Syahmi said...

kurang setuju.
sebab kadang2 imamnya saya :-p

dan tak semestinya kampung.
taman perumahan juga.
contohnya rumah saya. :-p

Unknown said...

sye x brape setuju jugak..knp mst highlight kn 'msjid area kampung'?? ok jer sye rase..sori r ye,pndpt sye je..

Syed Mohd Syahmi said...

betul.
tapi saya lagi setuju kalau soal masjid area mane tak dijadikan pertikaian.

saya buat untuk muhasabah diri saya je. moga bermanfaat ;-)

Anonymous said...

okay okay. tak kisah la ape pun..
saya cuma usulkan ape yg berlaku di sekitar kwsan kg berhmpiran rumah saya je :)

Syed Mohd Syahmi said...

haha.
yela. apa2 je.
yang mana kita boleh betulkan, sama2 betulkan dan islah ye.

moga Ramadhan kali ni penuh makna.

Anonymous said...

sbnarnya kadang2 imam tu baca laju, sebab adanya org2 tua yg tak mampu berdiri lama, adanya kanak yg mmang xbtah dok beridiri lama tnpa berbuat apa2..

mog2 kte sentiasa mdahulukan husnu zhon dr sglnya.

waallahua'lam.

uwais said...

kpd huffaz sedunia, klu jd imam tu, bce la tartil.tajwid kena jaga.

kpd pakcik2, bagi la hafiz jadi imam. kami pun nk pahala. (^_^)

pendapat saya, solat terawih 20 rekaat dgn mengkhatamkan 30juzuk alquran, itulah target seorang HAFIZ.
apalah ada pada gelaran AL-Hafiz, namun xpernah mengkhatamkan quran dalam terawih sebagaimana sunnah? dlm berpesan sesama kita, saya juga ada lemahnya. harapan saya, Huffaz mesti meneraju globalisasi. so, bagaimana? langkah pertama, mantapkan al-quran!

bukan setakat kelancaran, hafalan, bahkan tajwidnya, qiraatnya, tafsirnya, hadis asbabun nuzulnya, sejarahnya, tarannumnya, sainsnya dsb yg berkaitan dgn alquran.

kpd sidang huffaz sekalian, tolonglah, martabatkan quran. ini tugas kita. kpd pakcik2, sokonglah kami. undilah kami!.

kpd pemiik blog ini, tahniah saya ucapkan. penulisan anda sungguh mengujakan dan memanggil naluri saya untuk bertinta di sini. Syabas. Teruskan usaha anda. Uhibbuka fillah.

kontek saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kriteria sebanar seorang HAFIZ di bulan Ramadhan. 012-9846388 @ 019-9604740 , atau terus ke blog saya.

Anonymous said...

dkt masjidil haram pun laju.
camne 2?

huffaz yg bgn qiamullail mcm minyak wangi yang terbuka penutupnya dan baunya semerbak.

huffaz yang x bgn, mcm minyak wangi yang tertutup penutupnya.

Syahida _Masri said...

hurm, menulis dgn mngaitkan dri sndri...
suke baca post yg mcm nih...
mestilah 8 rakaat tu...
bergantung pd imam..
tp, ana lg suka imam yg baca dgn lmbt kerana cuba mnghayati satu persatu bacaannya..
secara lgsg mmbawa makmum brsama2 dlm pmbacaannya.
itu lebih baik..

windu pd suasana asrma yg solat berjemaah beramai2...isk2

Syed Mohd Syahmi said...

klu macam tu, ape kate diri sndri jadi imam, then bace dgn pelan2 sambil mhayati?

klu betul teknik, boleh mgalir airmata. (tapi time solat makruh nangis ;))

nway cadangan tu jgn lupa plak eh? ;)