Tuesday, May 26, 2009

24h journey..!

menghadap komputer dengan perasaan penuh bosan masa terluang ni,
membuatkan saya terfikir untuk mengarang entry baru.
walaupun pada hakikatnya saya TERLAMPAU MALAS untuk menaip buat masa ni.
(oh, saya rasa anda belum lupa entry "NAK ATAU TAK NAK?" saya sebelum ni kan?
itulah yang sedang saya lakukan. MELAWAN perasaan malas.
jgn kata saya poyo walaupun nampak begitu.hehe)

lantas saya terfikir untuk melaksanakan 1 niat saya.
bercerita tentang perjalanan saya.
anda nak tau?
saya rasa anda dah tau.
kalau anda kata taknak pun, saya akan tetap bercerita kan?
hehe.
jadi anda tak punya pilihan.baca, hayati, dan ambil pengajaran.

[buka fail peristiwa]

walaupun peristiwa ni juga berlaku pada 24 Mei 2009,
tapi sengaja saya tak muatkan dalam entry sebelum ni.
kes khas kononnya.hehe

exam tamat, Jumaat 22 Mei 2009.
tapi saya rasa tek perlu bercerita tentang tu.
sbb saya taknak merepek.
nnti bestfriend saya marah.hehe
(nak tau sapa bestfriend saya?
harap maaf.kalau saya bgtau, nnt dia marah.takut.hehe)

ok.masuk cerita.(merepek lagi saya.hehe)

24 Mei 2009, tiket keretapi jam 8.47 malam (bajet macam on-time sangat train ni.hehe)
tiket saya dan Naqiuddin ada dengan sorang sahabat lain. Abdullah 'Afifi namanya.
(harap maaf.link untuk budak sorang ni takde.hehe)

pagi-pagi lagi saya dah ready.
janji dengan paksu, Syed Nazli nak tumpang letak barang di rumah dia, saya nak hantar barang-barang tu ke rumah dia.
nak pegi sorang, tak terdaya.
nak pegi dengan Naqiuddin, asyik sibuk je memanjang.
mentang-mentang la kartunis.
(untuk makluman, dia dan geng-gengnya, termasuk Zubair, Syed Anas dan beberapa orang kartunis lain sedang menyiapkan Manga Muslim, sebuah komik yang membawa mesej-mesej Islamik dan berunsur dakwah. nak beli?? nanti bagitau ye.hehe. sempat lagi promote.hehe)

akhirnya tak sempat nak 'pos ekspres' barang-barang tu ke bangi.
kena la longgok kat bilik sorang senior. kesian dia. haha

dan I mean it. kartunis-kartunis tu memang betul-betul sibuk.
bayangkanla.
tiket pukul 8.47 malam.
pukul 7.21 masih boleh makan Ais Krim HPA lagi.hehe
(eh, TERpromote pulak.hehe)

syukur Alhamdulillah ada Syed Anas.
Dia yg tolong rushkan kitorang ke Stesen Keretapi Rawang.
walaupun dia tak pecut betul-betul, tapi kitorang amat hargai bantuan tu.
kalau prebet sapu mesti kena charge paling kurang RM 30.
ni kitorang bagi RM10 pun taknak.
ALLAH, ALLAH!!

Alhamdulillah, kitorng sampai di stesen tepat jam 8.45, berbelas-belas minit sebelum train sampai.
(AIk?? kata tiket pukul 8.47??
yelah. tiket 8.47, train ikut suka dia lah pukul berapa pun.
nama pun Keretapi Tanah MELAYU.hehe
ni ayat kawan saya.hehe)
dan Alhamdulillah lagi, Abdullah 'Afifi masih setia menunggu kitorang di situ sedari sebelum maghrib.

ALLAH, ALLAH!!
kawan yang sangat setia!

kemudian setibanya train, kitorang ambik tempat.
kena2, sebelah banat DQ.
ALLAH, ALLAH!!
macam mana boleh jadi camni ni??
Hanya Allah yang tahu.
pendekkan cerita.

lebih kurang jam 7.30 pagi, kami tiba di Stesen Keretapi Alor Setar, kemudian naik teksi ke Shahab Perdana.
Alahai, terlalu awal.
RFC buka pukul 10.30 pagi.
jadi kami terpaksa buang masa.

jam 9.00 pagi kami naik bas ke Pekan Rabu.
nak pegi posto.
ada orang TERbawak balik hard disk kawan dia.hehe
kali pertama, berurusan dengan sorang kakak yang GARANG.
kemudian, kali kedua, dimalukan dek sorang kakak lain pulak.
(mentang-mentang la kitorang tak reti bab ni.)
surrender. taknak pegi dah posto tu.hehe

then jam 10, pulang ke Shahab Perdana.
Berpatah balik ke sekolah lama.
anda tau kat mana?
Bagus. Takyah tau. Ignorance is bliss. hehe

sempat berjumpa dan bergurau dengan guru-guru lama.
tak tertaip nama-nama diorang.
banyak sangat.

tapi bak kata cikgu Sobri,
"Lebah dan lalat, kedua-duanya sama. kedua-duanya boleh terbang. tapi lebah, kat mana pun dia, dia akan tetap cari madu, dan buat madu. dan lalat, kat mana pun, akan tetap cari najis dan sebar penyakit. jadilah seperti lebah!"

terima kasih banyak, cikgu!

jam 4 kami mengorak langkah ke Shahab Perdana untuk kembali ke matlamat utama kami membuang masa, ke RFC! hehe

kemudian kami berpisah. (cewah.sedih pulak.hehe)
Naqiuddin ambik bas ke Gurun sementara saya ke Kuala Kedah
tiket feri jam 5.30 petang
(tapi bertolak pukul 6 jugak. nak wat camne kan?hehe)






hampir jam 8 baru nampak haiwan ni..
lawa kan?
inilah Langkawi Geopark!!
cewah. promote lagi.hehe
badan dah melekit.
kan cukup 24 jam perjalanan saya?




itu pun belum sampai rumah.
saya sampai rumah, jam 11!!
itulah rekod perjalanan saya,
perjalanan paling lama!

[tutup fail peristiwa]

adik-adik, apa pengajaran yang dapat kita simpulkan?
betul!
1. Kita merancang, Allah yang menentukan.
2. Andai kita berjanji, maka tepatilah.
3. Jangan lupa sambunkan silaturrahim.
4. Cikgu-cikgu jangan dilupakan.
5. Maka bersabarlah, kerana sabar itu indah.

p/s: jangan salahkan saya!hehe


No comments: