Thursday, October 2, 2008

selesa..?? benarkah selesa?

hari kedua di bulan syawal..

penulis perlu mengakui hakikatnya,
syawal tahun ini terasa amat berbeza..
bagaimana bezanya,
entahlah.penulis sendiri buntu untuk mendefinisikan frasa 'berbeza' td.

yang pastinya, penulis memang kurang menziarahi rumah sanak saudara,
kerana pertamanya, semua tinggal berjauhan, termasuk teman-teman lama.
tidak kurang yang pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
dan yang keduanya, kerana menjaga ibu yang baru diizinkan keluar wad oleh doktor,
2 hari sebelum raya.

dalam sembang-sembang dengan ibu,
ada disentuh soal pemakanan yang mungkin menjadi penyebab penyakit itu.
benar.
kata orang, perut atau dengan lebih tepatnya, usus, adalah sarang segala penyakit.

ya.tepat tanpa keraguan.

terkenang senario mutakhir ini, zaman globalisasi kononnya.
semua orang mahu maju.bangunan tinggi berdiri megah satu demi satu, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
teknologi makanan dan food engineering semakin maju.
pilihan makanan juga semakin bertambah variasinya dan jenamanya.
selagi ada cop halal, umat islam tanpa ragu-ragu membeli dan menyumbat ke dalam tembolok masing-masing atau secara saintifiknya, memenuhkan rongga-rongga perut agar asid hidroklorik yang dirembeskan oleh perut tidak melukakan dinding epithelial perut.

namun, sahihkah cop halal itu..??
langkah pertama, mari kita lihat diri sendiri.

  1. adakah hati kita secerah al-syafie..??
benar, memang tidak dinafikan beliau dikurnia kelebihan seumpama itu, tapi bagaimana dengan khawarizm, avicenna, averroes dan banyak lagi tokoh ilmuan islam..?? adakah ada pendapat yang mengatakan mereka juga gifted..?? mengapa kita tidak mampu menjadi seperti mereka..? penulis tinggalkan persoalan, untuk sama-sama kita muhasabah.pernah terjadi suatu peristiwa ketika al-syafie sukar mengingat, lalu diadukan kepada gurunya, waqi'.tenang gurunya menjawab,

"Tinggalkanlah maksiat.Kerana ilmu itu cahaya.Dan cahaya Allah tidak sekali-kali menerangi hati mereka yang bermaksiat"

jadi, bukankah memakan dari sumber yang bukan halal juga maksiat?

2. diterimakah amalan dan doa kita..?

"ala..kenapa nta nak persoalan benda-benda macam ni..bukan tugas kita nak evaluate sama ada amalan kita diterima atau ditolak.itu kan kerja Allah..tugas kita kan beribadat..macamla nta tak tau ayat 56 surah az-zariyat, dan tidak Kami ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku.."

kita sendiri mengharap untuk tahu sama ada teman kita menyukai hadiah yang kita hulurkan kepadanya, tp hadiah kita pada Pencipta kita, sanggup kita biarkan statusnya 'tergantung'?

sekurang-kurangnya kita mampu melihat impak dari ibadat yang dilakukan.
lihat saja pada ibadat yang paling kerap dilakukan. solat (maaf kerana lebih banyak menumpukan pada ibadat khusus)

"dan dirikanlah solat.sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
surah al-'ankabut 29:54

tp bagaimana jika sseorang itu mendirikan solat tapi masih juga melakukan perbuatan mungkar?
soalan ini pernah diajukan kepada Junjungan Besar suatu ketika dahulu. jawab baginda, periksa kembali solat kamu.

asas pembinaan sebuah jasad yang berotot kental bermula dari satu sel yang amat kerdil.
lalu andai ditinjau bukankah asas solat itu bermula dari pemakanan yang kita amalkan..?

menggunakan kesempatan wasilah ini,
sempena hari raya, penulis ingin mengajak sidang pembaca agar meneliti dari sumber manakah makanan kita?
masih selesakah kita memakan dari sumber yang syubhah?
masih selesakah kita makan dari makanan yang di kilangnya terdapat bukan islam yang tidak pernah mandi wajib, membantu menguruskan makanan kita?
masih selesakah kita makan dari makanan yang dicop halal, tapi sumber makanan diambil entah dari mana?
masih senang hatikah kita untuk membiarkan HDC menentukan halal-haram makanan kita?
masih selesakah kita?


"katakanlah : mengembaralah muka bumi dan lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang terdahulu"
surah ruum 30:42

"islam is not based on blind faith"

2 comments:

Anonymous said...

salam...
barakAllahufik...
teruskan perjuangan nta...
(",)

siti nur amirah said...

salam alaika..
mabruk!!!!
ana doakan nta najah daiman..
salam najah min mansoura..