Thursday, January 27, 2011

Prinsip Soalan Saya.

Hari ini adalah hari Khamis, dan jam 4-6 petang nanti akan berjalan kelas terakhir bagi saya dan beberapa orang rakan bagi semester ini.

Semester ini, kami dipaksa belajar UNGS2030, UNGS2040 dan UNGS20050 yang masing-masing membawa tajuk "Introduction to Islamic Worldview", "Islam, Knowledge and Civilization" dan "Fiqh and Ethics in Daily Life"

Dan sepanjang sesi kelas berlangsung dari awal semester, saya merupakan antara pelajar lelaki yang paling banyak mengajukan soalan kepada professor. Sebenarnya, saya risau andai soalan-soalan yang saya utarakan kepada professor itu menyinggung perasaan dan keselesaan classmates saya.

Namun pada hakikatnya, jumlah soalan yang saya tanyakan bukanlah banyak sangat pun. Itu kerana saya cuba untuk mengurangkan kuantiti soalan yang ditanya, dan hasil-hasil soalan yang ditanya, hanya soalan-soalan itulah yang kritikal, yang saya rasakan saya tidak boleh simpan lebih lama. Dan antara mekanisme penapisan soalan yang saya gunakan adalah prinsip-prinsip saya dalan bertanya.

Walau bagaimanapun, saya lebih suka untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Maka dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka kepada semua rakan-rakan sekelas, andai ada di kalangan kalian yang merasa tersinggung ataupun annoyed dengan soalan-soalan yang saya utarakan kepada prof. Di sebalik kemaafan yang saya pohon, saya masih mahu kalian tahu, atas dasar apakah saya bertanya soalan. Antaranya :

  1. Saya tidak tahu tentang sesuatu perkara.
  2. Saya tidak pasti akan kebenaran sesuatu teori.
  3. Saya mahu berkongsi akan sesuatu dgn kalian.
Bukankah bertanya soalan itu lebih baik daripada berlagak tahu? :)


p/s: entry ini ditaip pada hari khamis dan dipost pada hari jumaat.

Saturday, January 8, 2011

ukhuwah dan...

in picture : Amer Muttaqin, Musthoffa Syawwal, Umar Zulkifli, Shukri Nordin, Haidar Adnan, Aizat Khodus, Zubair Shamsul Bahri, Nadzmi Che Ramli.

Tiada dalam gambar : FAUZUL KABIR. (kasi besar sikit. haha)


kalau boleh, saya nak letak semua gambar kawan-kawan saya kat sini. tapi nanti bagi mereka yang menggunakan iium-community, kene tunggu sehari pulak nak bukak satu post ni :)
just joking :)

pengalaman mengajar saya, bahawa ukhuwwah itu tak mungkin dapat dibina hanya dari hasil sebuah program. Proses pembinaan ukhuwwah itu adalah suatu proses yang berpanjangan.
Walaupun anda tinggal sebilik dgn seseorang selama bertahun-tahun, itu tak menjanjikan sebuah ukhuwwah. Walaupun anda sekelas dgn seseorang itu selama 2 sem, itu masih tak menjanjikan kuatnya sebuah ukhuwwah.

Saya bukanlah seorang yang setiap hari memberikan bunga ros kepada mereka2 yang membuatkan hari2 saya menjadi hari2 yang terindah, dan bukan juga seorang yang setiap hari menyusun kata2 indah untuk dihantar kepada sahabat2 tersayang dan dihargai untuk membuatkan kalian rasa dihargai.

Bahkan, kalian akan termuntah saat kalian menerima kuntuman bunga dan kata2 tersebut. kalian kan lelaki :)

Namun apa yang mampu aku titipkan buat kalian adalah layanan yang terbaik sehari2.
Tidak mengecilkan hati2 kalian dgn kata2 yang mungkin mengguris hati kalian, (aku masih mencuba) dan mungkin yang masih gagal aku lakukan adalah beberapa, seperti ithar.

Above all, aku bersyukur kerana kalian dihadirkan ke dalam hidupku :)

Tuesday, December 28, 2010

kematian.


"setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut"


Saya kira, ayat 185 surah Ali 'Imran ini cukup keramat. Cuba bisikkan di telinga rakan anda yang sedang tidur, atau lebih baik yang sedang tidur dalam kelas. Dan perhatikan. Apakah dia akan terus melayan nikmat mati kecil itu, atau akan melompat bangun?

Ayat ini memang cukup keramat.
Ketika di sekolah menengah, Al-Fadhil Ust. Affandi akan membisikkan ayat ini di tepi telinga mereka yang tidur, untuk membangunkan mereka yang tidur, tidak kiralah untuk solat subuh atau mereka yang tidur dalam kelas. Ajaib, mungkin roh mereka masih takut-takut untuk tinggalkan dunia, lalu cepat-cepat kembali ke jasad.

Dan saya sendiri, andai tertidur ketika sambil mendengar nasyid, akan bingkas terbangun, saat track yang bermula dgn ayat tersebut berputar.

Kerana ayat tersebut berkait rapat dengan kematian.
Dan seputar pengalaman saya, ramai rakan-rakan yang akan mengelak apabila saya cuba masuk ke topik kematian.

Saya juga manusia. Saya juga pernah kehilangan mereka-mereka yang saya sayangi.

Tika umur saya 9 tahun, saya kehilangan kucing hitam kesayangan saya, yang mati kerana dipatuk ular. Dan dia dipatuk kerana cuba menyelamatkan saya dari dipatuk. Seminggu saya menangisi pemergiannya.

Tika umur saya 12 tahun, saya kehilangan datuk saya. Yang saya kira, adalah tunjang keluarga kami. Titik perpaduan keluarga besar kami. Pelindung kami dan sebagainya. Bukan saja pada kami, bahkan penduduk kampung. Beliau merupakan seorang yang amat terpercaya hinggakan ketika balai raya belum dibina, rumah beliau lah yang dipilih untuk disimpan aset-aset kampung.

Garang? Memang garang. Tapi beliau penyayang.
Itulah sebabnya saya sangat menangisi pemergian beliau. Sejak beliau disahkan meninggal dunia jam 4 pagi, saya berada di sampingnya, membaca yasin, hingga ke subuh. Selepas subuh, saya tertidur, dan beliau datang dalam mimpi saya memberi beberapa amanat.

Terjaga dari tidur, saya kembali ke sisi beliau membacakan yasin berulang kali hingga jam 12. Saya tak rasa ada apa-apa yang mampu saya sumbangkan untuk beliau yang terlebih awal mendahului kami. Hanya yasin dengan tajwid yang sumbang itulah saya hulurkan.

Apabila jenazah mula diuruskan, saya tidak dibenarkan untuk memandikan beliau dengan alasan saya masih kecil. Mengimamkan apatah lagi. Itulah nasib saya, memerhati dengan rantaian doa yang tidak putus-putus moga beliau mendapat bekalan pahala yang tidak terbilang.

Selesai pengkebumian, saya demam beberapa hari.

Saya bukanlah seorang yang superstitious untuk percaya pada mimpi, namun beliau beberapa kali menjelma ke dalam mimpi saya, memberi beberapa peringatan. Apa yang baik, saya ambil sebagai pelajaran, dan yang berselirat, saya letak di tepi. Mungkin ada maksudnya di masa hadapan.

Ketika tingkatan 2, datuk datang ke dalam mimpi saya namun tidak mengatakan apa-apa. Saya menceritakan kepada emak, dan emak hanya berkata,
"Mungkin ada apa-apa yang tokbit tinggalkan kat Bang Mi, tapi bangmi tak baca/guna"

Ahah. Quran buruk tu.
Sahabat-sahabat. Itu alasan saya, untuk menggunakan Quran buruk itu hingga ke hari ini.

Kali terakhir beliau menjenguk saya adalah ketika semester 2 Darul Quran. Seingat saya, itu adalah dalam tempoh sebulan atau dua bulan sebelum emak jatuh sakit.

Dalam mimpi itu, beliau datang menunggang motor buruknya yang kelihatan berkilat, seperti baru. Namun saya kenal bentuk motor yang selalu digunakan untuk membawa saya bersiar-siar keliling kampung. Beliau keluar dari cahaya dari atas tasik Darul Quran, perlahan menuju ke kami sekeluarga. Saya lihat, dalam bakul motorsikalnya, ada sayur-sayuran yang segar. Saya ingat untuk kami, tapi beliau tidak pernah menghulurkan kepada kami.

Emak memeluk ayahnya serapat mungkin, dan saya faham kerinduan yang melanda mereka.
Kemudian mereka bercakap-cakap. Kemudian datuk berkata-kata kepada ayah, sesuatu yang sangat menyentap hati saya. Ayah hanya tersenyum, seolah-olah sangat redha. Tapi saya pula yang berkecamuk.

Namun melihat wajah datuk yang sangat tenang dan bercahaya, saya semakin redha.
Dan kemudian beliau berlalu pergi kembali kedalam cahaya.

Andai kalian tahu apa yang diperkatakan datuk kepada emak saya, dan emak saya melonjak girang, dan andai kalian tahu apa yang diperkatakan kepada ayah saya, yang membuat ayah senyum redha, saya kira kalian menipu andai kalian tidak menitiskan airmata.

Namun, pembaca sekalian,

Cerita itu bukanlah fokus saya.
Fokus saya adalah untuk kita sama-sama bersedia menerima kematian.

Mungkin ibu kita, mungkin ayah kita.
Tapi paling penting diri kita.

Saya tanamkan dalam diri, "tak guna aku mengiringi pemergian mereka dengan airmata".

Dan saya menyeru rakan-rakan sekalian,
agar kita tidak terlalu menangisi yang telah pergi.

Tangisan kita hanya akan membuat mereka tersiksa.
Hadiahkanlah kuntuman doa, dan pahala.
Kita adalah anak, maka jadilah anak yang soleh.
Kerana kita adalah penyelamat mereka di waktu mereka terputus hubungan dengan dunia.

Andai mereka tinggalkan apa-apa yang andai kita manfaatkan, akan menyumbang pahala kepada mereka, maka gunakanlah. Sekurang-kurangnya kita tahu, yang pahala masih mengalir ke dalam akaun akhirat mereka.

Dan kita, bersedialah untuk kematian. Mungkin Izrail sedang menunggu anda habis membaca artikel ini untuk membawa anda ke sana.