Wednesday, January 30, 2013

Pesan Dia.

"Ibu pesan, jangan main jauh-jauh. Nanti orang culik!"

"Ayah pesan, lepas sekolah terus balik rumah!

Itu antara pesan-pesan yang kita selalu dengar ketika zaman kanak-kanak. Pesan. Kata lainnya nasihat. Kata lainnya, advice. Kata lainnya, wasiat. Eh.

Itu pesan emak. Pesan ayah. Macam mana kita baca sekalipun pesan tu, nampak sangat yang kasih sayang turut mengalir dalam pesan-pesan diorang tu. Diorang nak kita selamat. Diorang nak kita selalu ada depan mata. Diorang nak selalu bersama dengan diorang, supaya diorang boleh pastikan yang kita ni selamat.

Namun atas kasih sayang diorang, ada yang lebih hebat kasih dan sayang akan kita. Okay plot biasa kan? Bosan. Go straight to the point.

Yeap. Memang Dia. Memang tak lain tak bukan, Allah sayangkan kita, lebih dari sayang ibubapa kita terhadap kita. Ini yang Islam sebutkan. Ini yang Islam ajar. Dan pada hakikatnya, dalam Kristianiti sekalipun, perkara asas bagi mereka adalah kasih sayang. Bukti? Adeh. Nak bukti jugak?

Dari suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (bukan matan sebenar),

Suatu hari Nabi dan sahabat melihat seorang ibu mendukung anaknya dan menyusukan anaknya,
Lalu Nabi bertanya kepada para sahabat, "Apakah mungkin wanita ini mencampakkan anaknya kedalam api?"
Para sahabat menjawab, "Demi Allah, walaupun dia mampu, dia takkan mencampakkan anaknya"
Maka Nabi menjawab kembali, "Sesungguhnya Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada kasih sayang wanita ini terhadap anaknya"

Maka untuk itu, Dia juga tak mahu untuk kita ke neraka. Kita diberi pilihan, antara dua.
Untuk hidup sebagai ahli neraka, dan menempah jalan ke neraka, atau hidup seperti ahli syurga, dan menempah jalan ke syurga.
Walaupun akhir sekali Dia yang akan tentukan, namun kita masih diberi pilihan.
Bukankah tu satu bukti kasihnya Dia terhadap kita?

Dia bukan saja berikan kita pilihan, malah Dia beri kita panduan.
Panduan bagaimana untuk ke syurga. Apa dia? Quran.
Dia bukan saja berikan kita panduan, Dia hantarkan kepada kita seseorang untuk menjelaskan panduan tersebut. Siapa dia? Rasulullah.

Dia betul-betul taknak kita ke neraka. Lalu Dia hantarkan pesan-pesan tu untuk kita.




Akhir kata, dalam pesan-pesan ni, ini tunjangnya.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
tak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengannya,
iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul"

(HR Imam Malik)

Friday, January 4, 2013

The Revival.

sekadar mencuri masa untuk mencoret sedikit kata.

untuk menghiasi blog yang tampalan terakhirnya, 1 Februari 2012, hampir setahun yang lalu.
kini 2013.

dan Alhamdulillah sepanjang setahun penyepian,
saya telah terdidik dengan pelbagai tarbiyah, dan insya-Allah kini lebih matang :D
(atau boleh dikatakan, kononnya matang?)

2012 telah menyaksikan terlalu banyak perkara di sekeliling.
Dari awal revolusi Mesir hinggalah kini, kita melihat seolah-olah sinar kemenangan Islam itu semakin terpancar dari Mesir.
sekadar mengimbau kenangan.
credit ust muktasyaf

Khilafah itu semakin dekat. tapi bukan di Malaysia.
Malaysia bila lagi?

anda telah belajar dari kehidupan.
Anda tentukan sama ada Malaysia mampu membina Daulah Islamiyah.

p/s : Undi anda adalah rahsia. :P

Wednesday, February 1, 2012

perihal kerja kayu.

Alhamdulillah, 30 Januari 2012 merupakan tarikh yang sangat bersejarah sepanjang hidup saya.

Semenjak selepas SPM sy mula berjinak2 dengan kerja-kerja pertukangan. Saya sempat menjadi tukang perabot selama lebih kurang satu bulan. Bermula dengan asas pembinaan perabot yang agak unik, iaitu

"begin with the end"

Saya sememangnya dilahirkan dalam keluarga tukang.
Datuk saya dahulunya seorang tukang.
Ayah saya juga memiliki asas-asas pertukangan.
Dan pakcik saya seorang usahawan dalam bidang pertukangan.

Dan mungkin itu sebabnya saya lebih meminati bidang pertukangan berbanding kerja-kerja lain yang merehatkan dan kurang mencabar jasmani.

Hari ini Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 orang tukang perabot profesional.
Dan mereka banyak bercerita tentang teknik bekerja yang sepatutnya bagi menjamin kualiti perabot.
Sememangnya seorang tukang perabot harus meletakkan maruahnya pada hasil kerjanya.
Dan kualiti kerja seorang tukang perabot akan mencerminkan peribadi sang tukang.

Saya agak terkesan dengan beberapa cerita mereka, antaranya,
"Kat, hang bawak sampah macam ni nak pasang kat rumah customer? Aku takmau pasang, malu nak pasang sampah macam ni"

"Hg spray syelek ni, hg tengok, boleh nampak muka hang tak dalam ni?"
"Tak."
"Hang kikis balik, hang spray balik"

tabletop hasil kikisan 2 kali. 6 bulan lepas.

Itu antara kualiti yang ditekankan dalam hasil kerja.
Sungguhpun antara mereka bukan Islam, tapi mereka sangat menekankan konsep ihsan dalam pekerjaan.
Dan kita yang Islam?
Shame on yourselves.

Mereka juga menceritakan tentang perbezaan antara perabot yang dibeli dari kedai perabot, dan perabot yang ditempah khas.
Perabot yang dibeli dari kedai dipanggil 'barang air', kerana kualiti dan ketahanan yang rendah.
Perabot-perabot tersebut dibina atas dasar 'untung' lalu isu 'menjimatkan kos' timbul, dan hasilnya kayu yang berkualiti rendah digunakan dan di'topeng'kan dengan 'kayu berkualiti tinggi'.

Manakala perabot yang ditempah sebenar-benarnya dibina atas dasar kualiti, dan para tukang perabot yang terlibat dalam pembinaan perabot tersebut secara langsung perlu menjaga reputasi mereka sebagai tukang perabot, kerana mereka dikenali secara terus oleh pelanggan.
Maka perabot yang dihasilkan juga lebih berkualiti.

Lalu saya juga jadi seperti tersuntik oleh suatu semangat baru.
Semangat untuk menjaga kualiti hasil kerja.
Kerana kualiti hasil kerja itu yang mencerminkan peribadi saya.
Dan yang paling penting, bukti penghayatan ihsan. :)

p/s: Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk mara ke fasa dua pembinaan perabot.
Dan projek pertama yang saya uruskan separa sepenuhnya, pembinaan pintu rintangan api.